SIAPA BUNUH MICHAEL JACKSON?

Di Luar Jendela

Daripada Agensi

Polis sudah menetapkan Raja Pop, Michael Jackson, dibunuh sebagai punca kematiannya dan akan mula mengemukakan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab tidak lama lagi, lapor akhbar News of The World, semalam.

Bedah siasat penyanyi itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat terlebih dos suntikan ubat penahan sakit, Diprivan.

Polis memberitahu keluarganya mereka akan membuat dakwaan ke atas seorang atau lebih dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan ada perbicaraan jenayah atas tuduhan itu.
Ia mungkin membabitkan sesiapa saja yang memberi suntikan dan mana-mana pihak yang memperkenalkan ubat terbabit kepada Jackson.

Yang pasti, doktor peribadi Michael, Dr Conrad Murray dilaporkan telah melarikan diri selepas disoal siasat oleh pihak polis Los Angeles.

Dr. Conrad Murray juga difahamkan kini berada di Houston, Texas, di mana dia menjalankan latihan perubatannya di sana, lapor satu sumber.

Bukti terbaru mendapati, ‘Anastesia Propofol’ atau sejenis ubat bius yang kuat merupakan penyebab utama kematian Michael, dan Murray dipercayai menjadi dalangnya.

Menurut pegawai koroner, keputusan laporan bedah siasat itu masih belum diketahui lagi
Minggu lalu, adik penyanyi itu, La Toya Jackson memberitahu News of The World, beliau tahu siapa yang membunuh adiknya.

Perkembangan mengejutkan ini didedahkan Terry Harvey, rakan lama keluarga Jackson dalam temu ramah eksklusif dengan akhbar ini.

Harvey berkata: “Bedah siasat menunjukkan Michael maut akibat penggunaan dos berlebihan Diprivan dan beberapa pil turut ditemui dalam perutnya. Dia juga mempunyai tanda suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya.

“Pihak berkuasa memberitahu keluarganya, agensi Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah (DEA) sedang mendesak supaya dakwaan jenayah dikemukakan.

“Ia kemungkinan pembunuhan tahap kedua, berikutan tindakan yang menyebabkan kematiannya. Mereka yakin seseorang atau mungkin lebih dari seorang perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

“Keluarga penyanyi itu bekerjasama dengan DEA dan Jabatan Polis Los Angeles untuk memutuskan doktor yang memberi ubat kepada Michael dan sejak bila.”

Bedah siasat yang dijalankan ke atas Michael mendapati badannya terdapat kesan jarum suntikan yang teruk di bahagian belakang lututnya dan di beberapa bahagian jari-jari kakinya.
Tubuh badannya seperti bantalyang telah dicucuk dengan jarum ketika dia mati,” kata satu sumber.

Kesan-kesan jarum suntikan di celah jari-jari kakinya dikatakan tindakan yang terdesak Michael untuk menyuntik dadah ke badannya.

Satu sumber berkata: “Sesiapa juga yang memberikan Michael dadah tersebut, pasti seseorang yang tahu akan tahap ketagihan Michael yang amat teruk.”

Dipercayai doktor Michael telah mengepam ubat penahan sakit dengan dos yang banyak melalui urat darahnya setelah mendapati urat-urat pada lengannya tidak berfungsi.

Pendedahan ini muncul setelah polis melakukan penyiasatan yang lebih mendalam dengan menyoal siasat doktor penyanyi itu, terutama Dr. Conrad Murray yang merupakan doktor peribadi Michael dan Dr. Arnold Klein yang merupakan pakar dermatologi Michael.

Turut juga dilaporkan, Michael membelanjakan 30, 000 pound sebulan untuk membeli ubat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: