LETUPAN BOM DI JAKARTA – TIADA RAKYAT MALAYSIA TERKORBAN

Tiada rakyat Malaysia yang terkorban atau cedera dalam kejadian letupan bom di dua hotel di Mega Kuningan, di sini pagi ini, kata Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Zain.

Di Jakarta, Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, Widodo AS berkata, sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di ibu negara Indonesia itu pagi ini.

Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45 pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.

“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita di depan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.

Widodo yang dipetik media massa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.

Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.

Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: