WAWASAN 2020 TIDAK MUSTAHIL

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia masih boleh mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkannya pada 1991 sekiranya ia berubah daripada sebuah negara berorientasikan eksport kos rendah kepada ekonomi kos tinggi yang berasaskan kepada aktiviti ekonomi domestik.

Wawasan 2020 bertujuan meletakkan Malaysia mencapai status sebuah ekonomi maju dan matang menjelang 2020.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan memulakan “pemikiran yang di luar kebiasaan” ini, kapasiti kuasa beli rakyat juga akan meningkat seperti di kebanyakan negara Eropah yang mempunyai kos ekonomi tinggi namun merupakan sebuah negara maju.

Menurutnya, Malaysia sejak sekian lama bergantung kepada pertumbuhan berorientasikan eksport di mana ia mengeluarkan barangan murah untuk dijual di pasaran dunia.

“Sudah sampai masanya untuk membangunkan negara kita daripada aktiviti perniagaan dalaman. Kita boleh melakukannya sekiranya kerajaan dan sektor swasta bekerjasama membangunkan sebuah ekonomi baharu yang berasaskan kepada pertumbuhan domestik dan kurang bergantung kepada eksport,” katanya.

“Oleh itu ada harapan untuk mencapai wawasan 2020 sekiranya kita semua berganding bahu,” katanya dalam ucap tama beliau bertajuk “Vision 2020, is it a mission possible? 1Malaysia, is it the driving force”, di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Dr Mahathir juga melancarkan Siri Syarahan Tun Dr Mahathir-The BrandLaureate Asia Pacific Brands Foundation (APBF).

Siri Syarahan The BrandLaureate itu menampilkan personaliti jenama — tokoh terkemuka dari Malaysia dan antarabangsa yang dianugerahkan BrandLaureate Hall of Fame Award dan BrandLaureate Brand Personality Award.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir menjelaskan kebanyakan negara Eropah merupakan negara kos tinggi namun sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita yang lebih tinggi.

Dalam kes Jepun, beliau berkata kuasa ekonomi besar itu merupakan sebuah negara dengan kos yang sangat tinggi tetapi berkembang maju.

“Kita perlu membangunkan kapasiti kuasa beli rakyat kita dan mengembangkan ekonomi kita menerusi aktiviti ekonomi domestik,” katanya.

Dr Mahathir berkata dalam sebuah ekonomi berorientasikan domestik kos tinggi, margin keuntungan tinggi kerana lebih ramai orang boleh membeli barangan dan perkhidmatan dan kuasa beli rakyat juga tinggi.

Semasa menjawab soalan daripada para peserta kemudiannya, Dr Mahathir berkata Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengetahuan dan penemuan-penemuan baharu juga mustahak untuk membantu negara mencapai Wawasan 2020.

“Dengan Belajar Bahasa Inggeris tidak bermakna anda akan menjadi orang Inggeris,” katanya.

Pada majlis hari ini, Dr Mahathir dianugerahkan “The Father of Vision 2020” oleh APBF.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: