PAS MAMPU TAWAN TERENGGANU?

Best juga sesekali baca cerita dari pihak PAS. Segala-galanya kerana kononnya wujud perpecahan UMNO Terengganu.

Yang jelas PAS melihat kedudukan ini memberikan kelebihan kepadanya dan apakah UMNO Terengganu tidak merasakan ‘perpecahan’ itu sebagai yang merugikan mereka?

Bercakap mengenai keyakinan PAS itu ada ada dua posting menarik semalam. Pertama, “PAS berpeluang perintah Terengganu” melalui harakahdaily.net dan kedua sebuah komen dalam laman proPAS di Terengganu bertajuk “UMNO dan PAS Terengganu kemuka muka baru”.

ADUN Sura, Wan Hassan Mohd Ramli dipetik oleh harakahdaily.net sebagai berkata PAS mempunyai peluang yang amat cerah untuk mendapatkan kembali pemerintahan di negeri Terengganu berdasarkan sokongan rakyat yang semakin jelas dan terbuka.

Wan Hassan berkata perpecahan yang semakin buruk di kalangan pimpinan UMNO Terengganu adalah sesuatu yang tidak boleh dibaiki dan akan berpanjangan.

“Berdasarkan apa yang berlaku ke atas kepimpinan UMNO Terenganu dan perpecahan yang tidak mampu dipulihkan lagi maka ditambah dengan banyaknya isu yang berlaku saperti stadium runtuh sudah tentu rakyat hilang keyakinan kepada UMNO,”katanya pada satu ceramah di Temerloh.

Tambah Wan Hassan, kemenangan PAS dan pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil (Kuala Terengganu dan lain-lainnya) sudah membayangkan isyarat rakyat untuk menolak UMNO DAN Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan pusat pada pilihan raya yang akan datang.

Jika diperhatikan kepada apa yang diperkatakan oleh Wan Hassan, apakah kelemahan UMNO itu diakibatkan oleh orang UMNO sendiri atau oleh pembangkang?

Faktor disebutkan di sini jelas, iaitu perpecahan UMNO, isu membabitkan kelulusan dan perlaksanaan projek utama serta kelemahan pemimpin UMNO untuk berbakti kepada rakyat.

Tidakkan ini memberikan cabaran kepada UMNO Terengganu dan kerajaan negeri supaya segera mengatasi masalah ini agar masa yang ada bukan menyelesaikan masalah ‘tertunggak’ tetapi menjana terus usaha memulihkan UMNO?

Bagi perkara yang dikatakan membabitkan perpecahan UMNO. Benarkah UMNO berpecah atau ia hanya sebagai rasa tidak puas hati pihak tertentu di atas sebab-sebab yang mereka sendiri ketahui.

Oklah, jika tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Ahmad Said mengenai perlantikan ‘pengurus’ UMNO Terengganu sebelum ini, kini perlantikan baru sudah dibuat.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sudah mengumumkan tiga muka baru.
Kenapa masih ada yang suara-suara sumbang bagaikan ‘rumah siap, pahat berbunyi?”

Datuk Seri Idris Jusoh dengan jelas sudah mengatakan beliau menghormati keputusan itu tetapi kenapa ‘budak-budaknya’ terus mempertikaikan perlantikan kononnya ‘orang Idris Jusoh’ tidak dilantik?

Persoalannya, seperti dikatakan oleh Malaysiakini kelmarin, jika Idris sudah merestui dan menghormati perlantikan itu, apakah ada mainan politik belakang umpamanya “adakah Datuk Seri Idris yang meminta penyokongnya menimbulkan isu ini?”

Sebaik-baiknya kita mengandaikan ini tidak pernah berlaku tetapi persoalan lain, “apakah Idris tidak mengawal budak-budaknya supaya jangan lagi mengeruhkan keadaan?”

Bagi saya, kalau benar Datuk Abdul Rahin Said (Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus) orang Idris, Hishamuddin sudah berlaku adil. Ini kerana Datuk Tengku Putera Tengku Awang dikatakan ‘orang Ahmad Said’

Apakah kesemuanya mahu dilantik daripada ‘orang Idris’?

Bagaimana pula dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek? Bukankah beliau turut bekerja sebagai Ketua Penerangan ketika era Idris, walaupun beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman?

Adalah tidak baik untuk mengkelaskan orang itu atau orang ini sebagai daripada kem itu dan kem ini. Mulai sekarang jangan ada kem itu dan kem ini.

Kenyataan yang mengatakan ada puak-puak di Terengganu, hanya andaian sahaja.

Apa yang sepatutnya berlaku kini ialah dengan perlantikan ini, kita menganggap mereka ini semua orang Hishamuddin. Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Hishamuddin perlu disokong sepenuhnya bagi menjamin UMNO mengekalkan kuasa dan menang lebih baik lagi berbanding pilihan raya umum ke 12.

Jangan ada lagi orang Ahmad Said atau orang Idris tetapi hanya orang Hishamuddin kerana beliau diberikan mandate oleh Majlis Tertinggi. Apakah ‘budak-budak Idris’ ini jenis tidak reti hormat keputusan Majlis Tertinggi?

Apakah Hishamuddin pandai-pandai buat keputusan? Apakah beliau tidak ‘bincang’ dulu dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Apakah Hishamuddin jenis mahu tunjuk kuasa dan membelakangkan MT?

Saya yakin Hishamuddin mengambil banyak pandangan dan kerana itu beliau berani bertegas bahawa rombakan itu adalah antara usaha untuk memulihkan kembali Umno negeri yang sebelum ini berpuak-puak dan beliau berharap dengan perubahan itu nanti semua pihak kembali bersatu demi kebaikan parti.

“Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said,” katanya tegas.

Malah Hishammuddin sudah menafikan pelantikan itu menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya beliau menyifatkannya sebagai pelantikan yang adil dan mendapat ‘restu’ daripada semua pemimpin Umno bahagian.

“Apabila kita memihak dan kita dilihat sebagai pemimpin mirip pada puak-puak tertentu sahaja, akhirnya apa yang diharapkan tidak akan jadi satu kenyataan dan saya akan gagal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

“Akhirnya saya akan hampakan ramai di luar sana khususnya rakyat Terengganu yang mahukan kita lihat ke depan, mahukan Umno perkukuh dan pertahan parti kita di Terengganu.

Saya mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak dan saya percaya hanya dapat lakukan dengan tindakan bersama,” katanya.

Tidak cukupkah dengan penegasan demikian?

Saya yakin kerana adanya cakap-cakap belakanglah menyebabkan Ahmad Said turut mengharapkan pihak tertentu tidak mempertikaikan pelantikan baru bagi tiga jawatan utama Badan Perhubungan Umno negeri, yang sebelum ini dilanda pelbagai konflik dalaman.

Dalam konteks perkara yang membabitkan projek-projek mega sebelum Ahmad Said menjadi Menteri Besar, umpamanya pengagihan projek dan sebagainya -isu seperti bumbung stadium runtuh – ia memerlukan sangat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Idris turut meminta SPRM menyiasat secara menyeluruh termasuk daripada aspek perancangan pembinaan bumbung sehingga proses selepas strukturnya itu siap.

Dengan kesediaan semua pihak sama ada bekas Menteri Besar, Ahmad Said dan seluruh bekas Exco yang terbabit dengan projek itu disiasat, ia akan menjadi bertambah mudah untuk mengatasi kemelut itu.

Harapan semua pihak termasuk pembangkang kepada SPRM begitu tinggi kerana rakyat mahu mengetahui perkara sebenar.

Janganlah dilengah-lengahkan lagi siasatan kerana jika ia berlarutan hingga ke pilihan raya akan datang, UMNO dan BN akan menghadapi masalah kerana akan dituduh cuba melindungi pihak-pihak tertentu.

Dengan kata lain, hanya SPRM boleh menebus maruah kerajaan BN yang kini dipalitkan dengan pelbagai kerenah yang tidak diketahui punca kesalahannya.

Kita juga mengharapkan jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh kerajaan mampu melakukan tugas mereka sebaik-baiknya dan penemuan mereka selepas ini akan memberikan kelebihan kepada kerajaan kerana melalui sikap terbuka dan telus sahaja akan mampu meyakini rakyat.

Sehingga SPRM dan jawatankuasa penyiasat mendedahkan penemuan mereka, janganlah ada [ihak membuat andaian itu dan ini.

Dengan kedudukan di mana banyak pihak kini diterjah oleh SPRM, kita yakin akhirnya yang bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Mungkin PAS dan pakatan pembangkang akan cuba membawa rakyat kepada keputusan pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) dengan menggambarkan UMNO berada dalam keadaan cemas.

Mereka akan berusaha membuktikan kepada rakyat bahawa kekalahan BN itu membuktikan penolakan rakyat kepada UMNO dan BN secara terang-terangan.

Yang penting, UMNO jangan terperangkap dengan perang psikologi PAS selain spin oleh media proPAS yang kini semakin licik sehinggakan mereka tidak peduli lagi kalaupun kata-kata mereka itu hingga menjerumus kepada fitnah.

Yang penting UMNO Terengganu bersatu padu dan membiarkan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sama ada di masa lalu atau sekarang menerima hukuman, kalaupun daripada UMNO sendiri.

Yang penting rakyat perlu diutamakan dan setiap pemimpin UMNO perlu menjamin bahawa UMNO adalah parti rakyat dan untuk rakyat.

Jika UMNO berada di tahap ini, tidak sukar untuk kerajaan Barisan Nasional ditegakkan semula pada pilihan raya umum nanti kerana di pihak pentadbiran, Ahmad Said sudah menetapkan bahawa falsafah pentadbirannya ialah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Bukan sahaja UMNO dan Kerajaan Negeri selari tetapi ia juga menjunjung tinggi falsafah 1Malaysia yang digemblengkan oleh Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat dan menjamin prestasi diutamakan.

Advertisements

2 Responses to “PAS MAMPU TAWAN TERENGGANU?”

  1. TEKONG DARAT Says:

    tak guna…kalau kemenangan hanya kerana perpecahan orang lain…sedangkan bukan kita yang kuat…akhrnya belum pun sempat merasa kesan pemerintahan, dah bertukar tangan lagi…seperti 1999-2004

  2. Pejuang Bangsa Says:

    Sdr hambali ,saya sedih dengan sikap kepimpinan UMNO Terengganu . pemimpin UMNO tganu seharusnya bersyukur negeri anda masih lagi dibawah BN .Saya dari PP ,duduk bawah DAP perintah memang terasa sangat perbezaanya. Projek sudah tidak banyak dan saya berada di dalam bidang construcion dan kami membekalkan barang bekalan untuk pembinaan memang terasa sangat projek yang kurang di sini .sekarang ini media PR spt Siasah cukup byk mainkan isu terengganu ini , sebuah negeri kaya tetapi rakyat miskin kerana pemimpin UMNO berebut kuasa. geng idris jusoh ,sudah la tak guna berkelahi merebut kuasa, akhirnya takut terengganu sekali lagi akan tergadai pada PRU 13 nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: