OBAMA IKTIRAF KEUPAYAAN NAJIB

Najib sudah mendapat endorsement daripada Amerika Syarikat?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam mengakui keupayaan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah, Presiden Obama dikatakan dengan mesranya mengatakan Najib layak kerana latar belakangnya yang luas dalam perkhidmatan awam.

Kedua-dua mereka berbual telefon untuk kali pertamanya sekitar pukul 9.12 malam selama 20 min it.

Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden pertengahan Januari lalu manakala Najib pula tiga bulan kemudian.

Najib dalam blognya, 1Malaysia hari ini menyebut, “Presiden Obama dengan mesranya mengakui keupayaan saya untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri berdasarkan latar belakang saya yang luas dalam perkhidmatan awam.

Najib berkata beliau gembira kerana berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dengan rakan sejawat saya dari Amerika, Presiden Obama.

“Ini merupakan perbualan telefon pertama kami sebagai ketua kerajaan dan seterusnya kami bertukar-tukar ucap selamat atas pelantikan kami. Saya telah menyatakan bahawa saya amat berharap dapat bekerja rapat dengan beliau,” katanya.

Perkara lain turut ditekankan ialah konsep 1Malaysia.

“Saya juga telah bercakap tentang usaha memperkenalkan konsep 1Malaysia dan bagaimana rasa kebersamaan dan kekitaan akan membantu Malaysia melangkah ke hadapan dengan matlamat yang sama,” katanya.

Perdana Menteri turut mempelawa Obama agar mengunjungi Malaysia.

“Saya mempelawa beliau berkunjung ke negara kita supaya dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia.

“Pelawaan ini berikutan dengan pengiktirafan Presiden Obama terhadap Kuala Lumpur sebagai contoh sebuah negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini,” kata Najib.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional berkata, beliau telah “menerangkan kepada Obama bahawa Malaysia berkongsi titik persamaan yang penting dengan AS.”

“Kita sama-sama percaya kepada ideal dan prinsip demokrasi termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Dalam tulisannya, Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, Obama telah membangkitkan isu krisis ekonomi global.

Najib mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa Malaysia turut terjejas disebabkan krisis ekonomi global.

Kedua-dua mereka turut membincangkan tentang penyemakan semula Perjanjian Dagangan Bebas, isu-isu berkaitan dengan Korea Utara dan Iran khususnya program pembangunan nuklear, pelaburan wang haram dan isu-isu keganasan.

Advertisements

One Response to “OBAMA IKTIRAF KEUPAYAAN NAJIB”

  1. Pejuang Bangsa Says:

    sdr, kawan saya pernah cakap hang tengok najib tak berani pergi AS dan Eropah kerana cerita wartawan perancis Dubus mengenai isu altantunya sudah tersebar luad di saba . Tetapi hari ini bukti AS sendiri iktiraf Najib sebagai PM Malaysia . tahniah najib !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: