SIAPA MALAIKAT, SIAPA PELESIT DALAM PAS?

Nak dihairankan apa sekarang ini. Orang PAS bukan memaki hamun orang UMNO sahaja.

Setiausaha Agung PAS dan penyokong kuat PAS pun kena bantai. Jadi jangan hairanlah jika suatu masa nanti yang teruk kena belasah ialah orang PAS sendiri.

Datuk Mustapa Ali dan Mohd Sayuti Omar dianggap sebagai peselit.

Baca posting oleh laman yang pro-PAS.

Pelesit Ini Terus Menerus Menghentam PAS Kelantan


Kalau sebelum ini pelesit MSO dok menghentam TGNA, tetapi kali dah ke lain pulak arah tujuannya, tetapi apa pun TGNA tetap juga kena sebab beliau adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan. Si MSO kali ini menulis Bagaimana Peruntukan Kepada JPN Diagihkan . Lihat pada tajuk sedap bukan main, tetapi bila membaca rupanya dalam madu ada racun rupanya.. Racun yang ditaruh untuk membunuh PAS kelantan..

Dendam kesumat akibat dari projek Kambing masih belum hilang, yang heran dan keliru kenapa ada hamba Allah ahli PAS kelantan sanggup pi mengadu pada MSO mengenai masaalah yang berlaku dalam PAS Kelantan, kalaulah benar seperti yang dicerita oleh MSO. tetapi percayakah hangpa apa yang diceritakan oleh MSO, aku tobat tak percaya, bagi aku ada boneka UMNO dalam PAS yang tukang bawa cerita tersebut, moga-moga harapan mereka PAS akan mengalami masaalah untu menghadapi PRK DUN Manik Urai.

Apa pun dalam benak MSO setiap hari kalau boleh mesti ada cerita buruk mengenai kerajaan negeri Kelantan ataupun paling tidak PAS Kelantan, apakah PAs negeri lain tak bermasaalah, kenapa beliau tak mengulasnya… kenapa kejadian ketidakadilan dalam Mukatamar yang lepas seperti yang dibahas oleh YB Khalid Samad tidak ditulis dan diulas dalam blognya… balik-balik cerita calon Timbalan Presiden PAs yang kalah juga yang diulas… jadi hangpa sendirilah mau fikir akan betapa busuk hatinya manusia yang bernama Mohd Sayuti Omar kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS Kelantan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: