FAUZI ABDULLAH CALON PAS?

Pada ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih mengira-gira siapa calon mereka, Jawatankuasa Pusat PAS yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi telah memutuskan calonnya yang bakal bertanding pilihan raya kecil kerusi Manek Urai 14 Julai depan.

Calon berkenaan, penduduk tempatan dari bahagian Kuala Krai, akan diumumkan Jumaat ini.
Difahamkan usahawan perikanan Fauzi Abdullah yang juga pemimpin PAS Kuala Krai bakal mewakili parti itu kali ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata semalam, PAS Kelantan telah menyerahkan tiga nama manakala Dewan Muslimat pula telah mengesyorkan satu nama kalangan wanita.

“Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memaklumkan nama calon-calon berkenaan malam tadi dan disahkan untuk dipilih sebagai calon PAS bertanding di Manek Urai,” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan enggan menyatakan nama-nama yang diketengahkan malam tadi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, kelmarin berkata skurang-kurangnya tiga nama tersenarai untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai.

Nama berkenaan kini sedang diteliti pucuk pimpinan parti dan akan diumumkan pada bila-bila masa.

“Senarai nama yang diserahkan Umno Kelantan itu kini di peringkat akhir penelitian, saya rasa keputusan mengenainya akan diumumkan pada bila-bila masa,” katanya.

Penasihat jentera operasi pilihan raya Manek Urai Pas, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, sebelum ini berkata pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin pakatan pembangkang berdekatan dengan rumah penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Ismail Yaakob, di Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian Ismail, 60, pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana sakit jantung.

Penamaan calon akan diadakan 6 Julai dan jika ada pertandingan, pengundian dijadual 14 Julai.

Advertisements

One Response to “FAUZI ABDULLAH CALON PAS?”

  1. Afdzal Mokhtar Says:

    harap-harap umno dan pas memilih calon yang betul2 jiwa rakyat..baru la ade fight..anakmelayu30.blogspot.com support bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: