WAHAI PEMIMPIN UMNO, BERHENTILAH MEROYAN!

Menyambut cadangan kerajaan perpaduan tajaan PAS dianggap pemfitnah dan jahat?

Apabila PAS menoktahkan cadangan kerajaan perpaduan, UMNO pula yang perlu menanggung ‘dosa dan akibatnya’?

Saya dah kata, tidak payahlah bersungguh-sungguh mahu berbaik-baik dengan PAS melalui kerajaan perpaduan.

Saya ahli UMNO no. 02799189 menentang sekeras-kerasnya jika kepimpinan UMNO masih meroyan atau tergila-gila mahu berbaik-baik semula dengan PAS.

Cukuplah, kenyataan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari sungguh mengguris hati.

UMNO bukan dikatakan sahaja sebagai pemfitnah tetapi jahat apabila menyambut cadangan kerajaan campuran.

Saya tidak tahulah kalau Datuk Seri Mohd Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau naib-naib presidennya boleh menerima cacian itu atau anggapnya perkara biasa.

Sebagai ahli biasa yang tidak memegang apa-apa jawatan, saya boleh bersabar untuk menerima cacaian tetapi jika ada pemimpin UMNO yang masih meroyan dan ‘tergila-gila’ untuk berbaik dengan PAS selepas ini, saya akan memikirkan semula kedudukan dalam parti, untuk apa berada dalam UMNO sebenarnya.

Memang orang kecil seperti saya tidak ada apa-apa pengaruh tetapi sangat mengharapkan pemimpin UMNO memerangi dengan habis-habisan PAS dan sekutunya.

Kenapa? Mereka mempermain dan menghina niat baik kita. Memang pemimpinnya lidah bercabang.

Sebab itu awal-awal saya sudah meminta Perdana Menteri fokus kepada idea dan perjuangan murninya – 1Malaysia.

Dalam posting saya Ahad lalu (20 Jun 2009) di blog ini saya menyebut bahawa bagi saya, baik lupakan sahaja konsep kerajaan perpaduan.

Saya katakan kita jangan menjadi hipokrit – kerajaan perpaduan asal ialah kerjasama UMNO dan PAS – tidak membabitkan parti lain sama ada dalam BN atau pembangkang.

Apa dikhuatirkan, Barisan Nasional (BN) memang sudah ada track record, jadi buat apa mahu mengambil idea PAS – kerajaan perpaduan – yang mahu akan melalaikan UMNO.

Sebaliknya, kerajaan perpaduan tajaan PAS bukan dengan UMNO tetapi dengan DAP dan PKR.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan peluk orang UMNO. Kalau nak tunjuk sangat ikhlas sekadar pegang tangan turun tangga. Itupun kerana mereka sendiri takut jatuh dan ‘bertangankan’ pemimpin UMNO.

Kerajaan perpaduan tajaan PAS hanya untuk cover kemelut parti mereka sendiri dan ternyata untuk ‘memangsakan’ Timbalan Presidennya – Nasharuddin Mat Isa – kerana menang kerusi itu dan orang kuat Nik Aziz – Datuk Husam Musa berjaya memainkan peranan membunuh idea berkenaan.

Kini tergambar di wajah setiap pemimpin PAS bahawa Nasharuddinlah ‘boneka UMNO’ bukan Hadi Awang atau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali.

Saya sungguh lega apabila Najib berkata, kerajaan BN tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun pakatan pembangkang telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini yang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Nasib baik cepat sedar kalau tidak UMNO akan jadi ‘hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong’.

Pakatan pembangkang – PAS, DAP dan PKR – dalam satu mesyuarat hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Bukan sekadar itu sahaja Majlis Pimpinan pakatan pembangkang juga menyifatkannya suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen siang tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, ia menyatakan pakatan pembangkang mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu yang membabitkan kepentingan negara.

“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang ditandatangani pemimpin tiga parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Nak bincang apa lagi?

Sudah menuduh UMNO jahat dan terdesak tetapi masih boleh mengatakan mereka terbuka?
Apa ni? UMNO begitu rendah sekalikah kedudukannya?

Kenyataannya, UMNO memiliki paling banyak kerusi di Parlimen berbanding PAS, DAP atau PKR dan UMNO jahat?

UMNO hendaklah sentiasa beringat bahawa banyak cara pembangkang boleh mempemainkannya.

Tidakkah keputusan mereka itu memperlekehkan UMNO dan Presiden serta ahli UMNO semuanya masih menerima cacian dan ejekan sedemikian?

Pemimpin UMNO jangan mudah alpa bahawa pembangkang memang bersifat ‘Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait’

Jangan marah dengan PAS sebagai tidak jujur dan apa juga mista terhadapnya.

Memang dari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin PAS tidak berminat untuk berbaik-baik dengan UMNO tetapi kita nampak sangat ‘tergila-gila’.

Lupakah kita mereka menuduh UMNO macam-macam seperti penyebabkan pembunuhan di Memalilah, zalim kerana menjatuhkan kerajaan pembangkang di Perak atau juga isu-isu membabitkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Saya berharap sangat Najib tegas bahawa kerajaan BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

“Istilah kerajaan perpaduan datang dari mereka (PAS) sendiri. Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Sebelum ini Abdul Hadi memang melontarkan cadangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan, bagaimanapun idea tersebut mendapat tentangan daripada Nik Abdul Aziz.
Ditanya adakah penolakan cadangan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh PAS itu akan menyebabkan kerajaan BN lemah, Najib berkata: “Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan.”

Jelasnya, reaksi yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respon positif kerana menganggap ianya (kerajaan perpaduan) sesuatu yang baik untuk negara.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata : “Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.

“Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.

“Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara.”

Ditanya sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata bahawa dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Memang dalam politik apa sahaja boleh berlaku tetapi biarlah yang berlaku tidak akan menjejaskan UMNO, orang Melayu dan Islam.

Advertisements

2 Responses to “WAHAI PEMIMPIN UMNO, BERHENTILAH MEROYAN!”

  1. Nik Amir. Says:

    Perpaduan Melayu bukan soal 'royan-meroyan'. Perpaduan Melayu adalah asas kekuatan kita. kalau PAS yang bersandiwara politik dengan gagasan yang mereka mulakan, setidak-tidaknya manusia Melayu yang tidak 'fakir ilmu' sedar bahawa pemimpin PAS buta mata hati.Maknanya mereka mempersenda-sendakan orang Melayu.Islam juga turut diperseda-sendakan.Nyata mereka meludah ke langit.Kita yakin Melayu yang tidak 'kefakiran intelek' akan dapat menilai samada PAS itu Islam atau PAS itu parti politik yang menggunakan Islam untuk survival puak yang berkepentingan.Sebagai bangsa Melayu kita harus terus-terusan mencari alternatif lain supaya perpaduan melayu akan jadi realiti waima tanpa PAS.UMNO kena ambil inisiatif mewujudkan perpaduan dalaman parti itu sendiri sebagai langkah nombor wahid sebelum melangkah keluar sempadan mengemis perpaduan dengan parti lain.Dunia melayu masih belum kiamat. UMNO tidak boleh bermegah dengan 3.5 juta ahli yang tidak boleh dikesan. Tubuhkan 'task-force' untuk lakukan jejak kasih antara ahli-ahli UMNO yang telah dikenalpasti dan mempastikan ahli-ahli UMNO yang tidak dapat dipastikan oleh angkara mendaftar ahli untuk kepentingan pertandingan peringkat Bahagian.Dengan PAS, biar mereka jadi Pak Pandir moden.Hanya orang-orang yang bodoh sahaja melakukan kerja-kerja bodoh.Biarkan,biarkan. Kembalikan imej UMNO sebagai parti orang kampung. Bukan parti milik orang-orang koporat yang keparat.

  2. Parpu Kari Says:

    UMNO parti rasuah, sapa nak peluk. Hukum makan rasuah jelas haram sampai kiamat dalam Al-Quran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: