NASHARUDDIN KUMPUL KEKAYAAN, ABAI PENGUNDI?

Di mana Nasharuddin Mat Isa?

Akan munculkah beliau di Dewan Rakyat hari ini?

Sejak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok kerana dilihat menyokong idea kerajaan perpaduan, Nasharuddin seakan menghilangkan diri.

Mungkin Nasharuddin menghilang bukan kerana takut diserbu wartawan tetapi pedih dengan kata-kata kesat.

Atau mungkin beliau malu dituduh mengumpul kekayaan dan mengabaikan kawasan parlimennya Bachok. Betulkah wahai orang Bachok?

Pada pilihan raya umum lalu Nasharuddin dipilih dan orang Bachok sanggup menolak Datuk Dr Awang Adek yang banyak berjasama di kawasan Parlimen berkenaan.

Ia bukan sumpah seranah orang UMNO tetapi daripada orang PAS sendiri.

“Nasharuddin bersama rakan dalam Pakatan yang cuba ditikam belakang dalam gelap olehnya, ” kata Kickdefella dalam blognya menceritakan gambar ini.

Diketahui umum bahawa Kickdefella ialah ‘budak suruhan’ Datuk Husam Musa. Tidakkah kata-kata di atas yang menuduh Nasharuddin Mat Isa sebagai seseorang yang ‘menikam belakang’ direstui oleh Husam?

Jika tidak benar, kenapa Husam tidak menafikannya?

Nasharuddin juga didedahkan sebagai yang suka mengumpul kekayaan daripada projek kerajaan Kelantan.

Timbalan Presiden PAS itu juga dikatakan mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat.

Selak-menyelak kini mula berlaku dan Nasharuddin akan digambar seburuk-buruknya berbanding Husam.

Yang jelas, Nasharuddin kini tidak lagi selesa datang dan berada di Kelantan.

Apakah beliau akan turut berada di Manek Urai?

Selain disaran menyertai UMNO Nasharuddin dikatakan tidak sewajarnya terus berada dalam PAS.

Lebih jauh Nasharuddin adalah ‘sampah yang mengotorkan PAS’. Begitu hina dan keji sekali kedudukan Timbalan Presiden PAS itu di mata sebilangan penyokong dan pemimpin PAS di Kelantan.

Dalam satu postingnya, bertajuk Selepas Racun Lipas, Najib Sedia Sapukan Gam Tikus, 16 Jun Lalu, Kickdefella berkata memang jelas bahawa PAS tidak akan menjadi boneka UMNO. Yang jelas akan menjadi bahkan sudah lama menjadi boneka UMNO ialah Nasharuddin Mat Isa, begitu juga Mustaffa Ali, Harun Din, Hassan Ali dan kawan-kawan mereka dari Terengganu.

Malah katanya, apabila datang ke Kelantan minggu lepas ternyata Nasha lebih selesa diselimuti hawa dari penghawa dingin di hotel paling hebat di Kota Bharu daripada dibakar bahang melawat kawasan parlimennya di Bachok.

Kickdefella seterusnya membandingkan Nasharuddin dengan sepupu-sepupu beliau dan beliau yakin sepupu-sepupu nya jauh lebih kaya baik dari segi harta maupun wang tunai.

Tetapi mereka tidak memilih untuk hidup di dalam ‘Gated Community” di dalam kawasan esklusif yang hanya menempatkan 30 buah banglow sahaja seperti Timbalan Presiden PAS.

Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat?

Kata Kickdefella lagi, mungkin sebab itulah, sepupu-sepupunya tidak perlu berbaik dengan UMNO dan bercerita pasal agenda Melayu. Kejayaan mereka bukan kerana UMNO dan bukan melaui MARA.

Sebagai warganegara Malaysia, sepupu saya menjunjung Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Sepanjang hidup mereka, mereka berserah kepada Yang Maha Kuasa dan mereka buktikan bahawa untuk orang Melayu berjaya, orang Melayu tidak perlu berserah kepada UMNO.

Advertisements

2 Responses to “NASHARUDDIN KUMPUL KEKAYAAN, ABAI PENGUNDI?”

  1. Zainal A. Kasim Says:

    Saudara Hambali,Tidak mungkin. Saya tidak percaya. Mana mungkin orang PAS berbuat dosa sebegitu. Orang PAS dan rakan-rakan sekutunya (PKR & DAP) adalah maksum. Yang berdosa hanya orang-orang UMNO. Kalau masuk UMNO boleh masuk neraka (kata orang PAS la…)Ini "selected prosecution" terhadap Nasharuddin.

  2. Ahmad Putra Says:

    AssalamualaikumUstaz Nasha ni bukanlah maksum. Tapi sy memang kenal dia, dia orang alim.Takpelah kalo saudara buat tulisan spt diatas, tapi memfitnah orang terutama yang alim besar padahnya. Kalau saudara becakap benar, alhamdulillah.Kalau bohong, ke neraka la jawabnya ye..Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: