AGENDA BARU UMNO TERENGGANU

Jawapan sudah didapati.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata perlantikan baru untuk tiga jawatan penting bagi menjamin agenda baru UMNO Negeri berjalan lancar, selain persediaan menjamin kemenangan pada pilihanraya umum ke 13.

Setiausaha UMNO Terengganu yang baru ialah Datuk Tengku Putera Awang, Bendahari ialah Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Ketua Penerangan kembali kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Tepat beberapa ramalan bahawa Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Roslan Awang Chik dan Datuk Zuber Embong akan ditukar.

Cuma yang tidak tepat ialah beberapa ramalan sebelum ini kononnya kerana faktor kawan – Datuk Din Adam akan dilantik Hishamuddin sebagai Setiausaha UMNO Negeri yang baru.

Perlantikan yang diumumkan Hishamuddin itu berlaku di Pejabat UMNO Negeri Terengganu kira-kira jam 7.35 petang selepas mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri berlangsung kira-kira satu jam setengah.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Said, Rosli dan beberapa ketua bahagian.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

Semua tujuh Ketua UMNO Bahagian lain hadir.

(Analisis akan menyusul kemudian)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: