HADI AWANG DIPERLEKEH KARPAL SINGH

(Isu Sabtu)
Ini bukan soal UMNO atau Barisan Nasional (BN) ambil kesempatan tetapi membabitkan maruah dan kedudukan Presiden PAS – parti yang mendakwa ia Islam.
Tidakkah ahli PAS malu apabila Presidennya diperkecil dan diperlekeh selain seolah-olah pemimpin DAP lebih mulia dan tinggi darjatnya?
Di mana maruh dan haluan PAS dan pendirian pemimpin mereka?
Apakah akan ada perpecahan besar dalam PAS gara-gara idea kerajaan perpaduan?
Jika sebelum ini Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar Presiden PAS dan pengikut yang menyokong kerajaan perpaduan sebagai ‘Boneka UMNO’ kali ini, giliran pemimpin DAP membelasah Hadi Awang.
Akan tundukkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap desakan Karpal Singh supaya beliau minta maaf dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sanggupkah ‘Ayah Cik’ atau juga ‘Tok Guru’ tunduk kepada desakan seseorang yang pernah mengatakan ‘langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menegakkan negara Islam’?
Persoalannya, apakah PAS hanya akan membisu walaupun Presidennya dihina sedemikian rupa?
Apakah pemimpin utama PAS akan membiarkan Hadi Awang ‘buta-buta kena belasah’ kerana kerana mahu menegakkan perpaduan sesame Islam?Kita akan lihat apa kata ‘puak Hadi’ berbanding puak “Husam-Nik Aziz’.
Karpal dalam kenyataannya semlam berkata, Presiden PAS itu perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bagi Pengerusi DAP itu, hasrat PAS itu jelas ia tidak jujur.
“Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.

“Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya.
Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.

Jika Karpal meminta Hadi meminta maaf kepada DAP dan PKR, Nik Aziz pula menyifatkan anggota parti itu yang mempertahan cadangan Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai “boneka Umno.”

Akhbar semalam turut melaporkan kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan orang PAS yang terus mempertahan cadangan Abdul Hadi sebagai boneka Umno.

Menarik untuk melihat ‘permainan’ ini sampai ke mana.
Jika Hadi Awang dan penyokongnya tunduk bermakna Presiden PAS itu tidak punya pendirian dan bukanlah ikhlas untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

Sementara jika Hadi Awang terus mempertahankan pendapat dan ideanya, PAS mungkin akan bergolak kerana yang menentang idea itu bukan sembarangan – Musyridul Am PAS dan Tok Guru.

Umat Islam di Malaysia akan dapat menyaksi satu sandiwara menarik untuk beberapa minggu ini bagi mengukur apa itu PAS sebenarnya dan apakah benar pemimpin PAS memperjuangkan Islam?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: