MANEK URAI – MENCARI CALON CAKNA RAKYAT

Bekas ADUN Barisan Nasional (BN) DUN Manek Urai, Zulkepli Omar mengatakan dia yang terbaik?
Cuba angkat diri sendiri?
Inilah yang dapat dirumuskan mengenai kenyataannya seperti dilaporkan Malaysiakini bertajuk ‘Beberapa nama bakal calon BN tidak disenangi ahli Umno’.

Menurut laporan portal berita itu semalam, beberapa nama pemimpin Umno bahagian Kuala Krai yang disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan, tidak disenangi ahli dan penyokong Umno.
Beliau mendakwa, mereka termasuklah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman; naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan ketua Wanita, Rohani Abdul Majid.
Saya diberitahu oleh salah seorang ahli jawatankuasa Bahagian Kuala Krai, beberapa hari lalu, Ramzi memberitahu mesyuarat bahagian itu bahawa beliau ‘tidak berminat menjadi calon’ dan tidak timbul beliau akan bertanding.
Perkara ini jelas dan Ramzi tidak akan berganjak.
Lagipun beliau merasakan anak tempatan lebih sesuai kerana bekas ADUN Dabong itu mahu menumpukan kepada kerja-kerja UMNO di Bahagian itu.
Jadi kenapa Zulkepli menimbulkan perkara ini? Apakah beliau merasakan Ramzi adalah saingannya untuk dipilih semula.

Zulkepli yang mendakwa demikian adalah calon BN dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008. Beliau memenangi kerusi tersebut pada 2004 dengan majoriti 53 undi sahaja.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum 2008 beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut yang dimenangi oleh calon PAS, Ismail Yaacob dengan majoriti 1,352 undi.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian Ismail bulan lalu kerana sakit jantung.
Hakikatnya, Zulkepli bukanlah wakil rakyat UMNO yang baik selepas menang pilihan raya 2004.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau hampir digugurkan.
Difahamkan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa ‘mengeluh’ dengan sikap Zulkepli yang dikatakan mengabaikan kawasannya.

Ramzi juga dikatakan berbelah bahagi ketika itu untuk mencalonkan semula Zulkepli, namun katanya kerana ada ‘desakan’ pihak tertentu, UMNO Bahagian Kuala Krai ‘dipaksa’ memilih beliau.
Jadi, apabila Zulkepli menyatakan kepada media bahawa ‘semua orang lain tidak layak’, apakah beliau sendiri layak?
Zulkifli mendakwa, ketiga-tiga mereka tidak digemari oleh ahli dan pengundi Manek Urai sendiri.

“Datuk Ramzi, walaupun menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan lalu, tetapi banyak cawangan Umno tidak senang dengannya,” kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebaliknya, beliau mendakwa, Ramzi yang menyebabkan cawangan-cawangan Umno tidak dapat mencalonkan pemimpin lain untuk mencabarnya.
Ramzi yang saya hubungi enggan mengulas lanjut tetapi menyerahkan kepada pucuk pimpanan parti untuk menentukan siapa.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai penamaan calon dan pengundian pada 14 Julai.

Mengenai Che Jalal pula, Zulkifli melabelkan pemimpin itu sebagai yang tidak turun ke bawah menemui penduduk setempat.

Katanya, kalau tidak menemui pengundi bagaimana hendak mendapatkan sokongan mereka.

Manakala Rohani pula, kata Zulkifli, tidak mempunyai penyokong dan umurnya pula sudah menjangkau 68 tahun.

Katanya, jika Rohani dipilih sebagai calon BN, ia umpama memberi kemenangan percuma kepada pembangkang.

“Tetapi kalau dia kata hendak bertanding di Manek Urai, tak apalah itu hak dia.

“Apapun wanita tidak sesuai bertanding di Manek Urai. Ini kubu PAS dan kawasan kampung dan banyak ladang pula,” katanya.

Rohani sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut 14 April depan.
Jelas, mencari calon untuk DUN Manek Urai bukan mudah.
Pada ketika PAS mengatakan ia mencari profesional bertaraf ulama, UMNO perlu kemukakan calon yang ‘mesra dan cakna rakyat’ tetapi mudahkah mendapatkannya di Manek Urai.

Advertisements

2 Responses to “MANEK URAI – MENCARI CALON CAKNA RAKYAT”

  1. Nik Amir. Says:

    Bagitahu Dato' Pa, jangan pilih pimpinan tempatan untuk jadi calon Manik Urai. Dendam mendendam amat tinggi dikalangan ahli UMNO tempatan. Buat polisi cari anak tempatan yang berkerja di KL untuk balik bertanding. Macam Dato' Pa buat pada tahun 2004 dahulu.Orang ini tidak ada musuh. masing-maing kabilah akan membantu habis-habisan untuk menunjukkan komitmen kepada orang baru.adalah peluang sikit..menang belum tentu.

  2. Kalau nak menang Calon BN ialah Tok Pa adalah calon yang terbaik.Kalau lain dari Tok pa maka kalah la BN. Walau pun kita sedia maklum Tok Pa tidak sanggup untuk menghambakan diri di Manik urai sebagaimana beliau menghambakan diri kepada rakyat jeli. namun itulah sahaja cara untuk BN menang. Kalau tak pun KU LI lah orang yang paling kedua layak.Kalau BN nak menang la. Kalau nak kalah letak je la datuk Ramzi, Nuar Musa pun kalau bertanding akan kalah. wanita umno lagi la.kalau tak pun puteri amalin (majistret aka puteri bongsu sultan kelantan) sebabnya projek diraja bersepah sepah di kuala krai tu.. jadi rakyat jelata dah serasi dengan kerabat diraja kelantan ni. wallahuaklam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: