KINI KOLAM RENANG BATU BUROK PULA?

www.kijang-jantan.blogspot.com (7 Jun 2009)

Apabila Datuk Ahmad Said bersuara mengenai Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di Kuala Terengganu, mesti ada sebabnya.

Ia antara tiga projek yang tahap keselamatannya menjadi persoalan sekarang selain terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di Kuala Terengganu menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

Laporan Utusan Malaysia (5 Jun 2009) dan sebuah portal berita minggu lalu mengatakan air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu.

Menurut sebuah blog, satu sumber yang dipercayai memberitahu bahawa struktur bumbung Kompleks Akuatik Negeri di Batu Buruk, Kuala Terengganu mungkin akan menerima nasib yang sama jika tidak diperiksa dan diselenggara dengan baik mulai sekarang.

Menurut sumber itu, Persatuan Renang Terengganu sejak tahun lepas sudah memaklumkan kepada kontraktor pembinaan terbabit mengenai kewujudan banyak aspek yang tidak menepati spesifikasi yang diperlukan.

“Projek menelan belanja RM18 juta itu mula menampakkan kecacatannya selepas beberapa bulan digunakan, termasuk bumbung bocor sekitar musim tengkujuh November tahun lalu menyebabkan beberapa kelengkapan komputer rosak. Score board yang disimpan dalam bilik stor turut rosak terkena air.

“Masalah teknikal yang amat jelas ialah papan anjal bahagian atas lebih pendek berbanding yang di bahagian bawah. Ini boleh mendatangkan kecederaan kepada perenang.

“Penggunaan bahan binaan tanpa mengambil kira lokasi kompleks di kawasan berhampiran pantai turut menyebabkan banyak palang besi sudah berkarat, Ini baru setahun usia kompleks ini,” kata sumber tersebut.

Agak megejutkan ialah pihak persatuan telah banyak kali mengadu kepada kontraktor sejak Mei tahun lalu, tetapi langsung tidak diendah. Satu siasatan menyeluruh dicadangkan, bukan sahaja menyiasat mutu pembinaan, tetapi juga siasat siapa di belakang kontraktor tersebut.

Masalah turut didedahkan oleh peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera.

Seorang peniaga,Siti Hajar Nadia Abdullah, 23, berkata, air mula meresap masuk ke dalam kedainya sejak sebulan lalu. ”Masalah ini tidak berlaku bila saya mula berniaga di kedai ini pada April lalu.”Bagaimanapun, sejak bulan lalu, saya dapat lihat air dari kolam renang meresap masuk ke kedai menyebabkan air bertakung di lantai,” katanya.

Katanya, pekedai bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini ketika mereka sedang berniaga.
Seorang lagi peniaga, Abdul Rashid Abdul Wahab, 44, berkata, air meresapi dinding hingga memasuki lorong yang memisahkan kedai dan kolam renang.

Dia bimbang jika masalah itu dibiarkan, keretakan akan berlaku dan membahayakan nyawa peniaga. Beliau meminta kerajaan negeri segera mengambil tindakan sekurang-kurangnya terhadap masalah air meresap ini supaya melegakan peniaga.

Berikutan itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said kelmarin melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak mengawasi daripada awal pembinaan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di sini.

Katanya, beliau sering menegur JKR supaya memantau projek yang menelan belanja RM18 juta itu terutama daripada segi reka bentuk dan bahan yang digunakan kerana ia kurang sesuai.

“Besi yang digunakan untuk membina pusat akuatik ini ada sesetengahnya sudah berkarat dan hampir tercabut. Ini baru setahun, kalau setahun atau dua tahun akan datang, benda ini boleh runtuh.

“Nasib baik bumbung pusat akuatik ini diperbuat daripada kanvas, kalau diperbuat daripada benda berat, suatu masa nanti ia akan jatuh,” katanya selepas meninjau pusat akuatik berkenaan hari ini.

Isu pusat akuatik ini timbul selepas berlaku runtuhan pada sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini beberapa hari lalu.

Kelmarin (6 Jun), Bernama melaporkan, Menteri Besar melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak mengawasi daripada awal pembinaan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di sini. K
atanya, beliau sering menegur JKR supaya memantau projek yang menelan belanja RM18 juta itu terutama daripada segi reka bentuk dan bahan yang digunakan kerana ia kurang sesuai.

“Besi yang digunakan untuk membina pusat akuatik ini ada sesetengahnya sudah berkarat dan hampir tercabut. Ini baru setahun, kalau setahun atau dua tahun akan datang, benda ini boleh runtuh.

“Nasib baik bumbung pusat akuatik ini diperbuat daripada kanvas, kalau diperbuat daripada benda berat, suatu masa nanti ia akan jatuh,” katanya selepas meninjau pusat akuatik berkenaan pada hari berkenaan.
Ahmad sudah meminta JKR melihat semula pusat akuatik itu kerana banyak struktur binaannya mengalami kerosakan dan bagi mengelak berulang kejadian yang menimpa stadium berkenaan.

Beliau berkata JKR sepatutnya menerima teguran itu dengan hati terbuka dan berasa malu kerana projek berkenaan menelan belanja berpuluh juta ringgit dan tidak sempurna.

Ahmad Said menafikan dakwaan bahawa pusat akuatik tersebut bocor sehingga menyebabkan air daripada kolam renang mengalir ke premis-premis perniagaan di sebelahnya. “Dakwaan ini tidak betul, sebab kalau kita lihat paras air kolam adalah stabil. Kalau bocor, tentu parasnya surut,” katanya.

Beliau berkata air yang dikatakan bocor itu sebenarnya ialah air hujan yang turun melalui tangga dan mengalir ke kawasan premis perniagaan tersebut.
“Kita perlu pasang paip besar di setiap penjuru untuk mengalirkan air dari atas bumbung ke longkang,” katanya.

Yang menarik Ahmad Said turun padang dan tahu apa yang berlaku di pusat itu, Jadi jangan cuba main-main dengan beliau dan jangan anggp Menteri Besar itu tidak tahu apa yang berlaku!

Advertisements

One Response to “KINI KOLAM RENANG BATU BUROK PULA?”

  1. Encik hambali. Dalam Malaysiakini Rosol dah mula back up kontraktor yang buat stadium tu… ada ape2 ke? encik hambali tak mahu buat komen skit ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: