STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH

(Berita awal)

Bagaikan tidak percaya. Stadium Sultan Mizan yang majlis perasmian stadium tersebut yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu (2008), runtuh pagi ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Belum diketahui sejauh mana kerosakan terhadap stadium berkenaan. Berita lanjut akan menyusul nanti.

Bagaimanapun difahamkan bahagian bumbung yang melengkung ranap dan menghempap tempat duduk.

Sebuah kereta dikatakan rosak teruk.
Menteri Besar dijangka akan mengadakan sidang media mengenainya petang ini.

Stadium ini adalah sebahagian kompleks sukan termoden yang bernilai RM350 juta di bina di kawasan 150 hektar selain prasarana sukan termasuk bowling, skuasy dan badminton.

Ketika perasmian dilakukan 50,000 orang membanjiri stadium yang dianggap tercanggih di Pantai Timur itu dan menjadi mercu tanda bagi negeri Terengganu.

Stadium berkenaan mula dibina pada 27 Mac 2005 dan siap mengikut jadual.

Stadium tersebut juga akan menjadikan Terengganu sebagai antara penganjur Sukma terbaik di negara ini.

Stadium pelbagai guna itu kebanyakannya digunakan untuk perlawanan bola sepak.
Ia mampu membuatkan hampir 60,000 penonton.

Ia terkenal kerana menjadi gelanggang utama Sukma 2008 yang menjadikan Terengganu johan keseluruhan temasya itu.

Advertisements

5 Responses to “STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH”

  1. mana reporter pro deris? harap2 depa semua ni buat la laporan. jangan time projek dato mb je depa buat laporan. ni projek time deris pun kena buat laporan jugak. adil la sikit

  2. aku cabar mubin buat artikel mengenai stadium yang runtuh ini ! Siapa ahli politik yang berkepentingan di sebalik tabir pembinaan stadium ini. Inilah masa mubin nak tunjukkan bahawa dia tidak bias. kalu anak jantan buat la liputan!!!

  3. mu ade batu dok bin? kalu ade batu wat la artikel pasal ni. kabo sape org politik berkepentingan dalam projek ni

  4. YANG MENANTI : SELEPAS 31 MEI 2009 – OLEH MUBIN NO. 1

  5. jom ke jaranganakmelayu1.blogspot.com ini blog lagi sensasi dengan isu terkini di terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: