AMINAH MAMPU KECEWAKAN PKR

Aminah Abdullah kini semakin mendapat simpati.
Selain mendedahkan beliau ditawarkan untuk disogokkan, kini beliau menghadapi kemungkinan akan naik turun mahkamah pula.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah Abdullah dan beberapa dakwaan termasuk ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini – tidak berasas semasa sekali.
Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata “kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan,” katanya.
Pengarah Pilihan Raya PKR DUN Penanti, Saifuddin Nasution, turut berkata pihaknya akan menghantar notis peguam kepada Aminah supaya minta maaf berhubung dakwaannya.
Kesian dengan Aminah kerana pada sidang media semalam turut mengemukakan rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Zahrain berkata, beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan daripada pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah.

“Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu,” katanya.

Pada ketika PKR mengatakan ia mahu menyaman Aminah, dua pemimpin PKR menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

“Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya… hanya berbincang perkara-perkara biasa,” kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut semalam.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya. Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.

Beliau pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakankan menyiasat dakwaan Aminah ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wang tunai RM80,000 supaya menarik diri daripada pertandingan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata pihaknya sedia memulakan siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Aminah menarik diri.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang turut mendakwa PKR menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I jika beliau menang pilihan raya kecil itu, dengan syarat menyertai semula parti berkenaan.

Kelmarin, Aminah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cakera padat (CD) mengandungi rakaman perbualan berhubung tawaran ganjaran wang tunai RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) jika beliau menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Aminah berkata beliau menyerahkan salinan cakera padat audio dan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada suruhanjaya itu di Butterworth semalam.
Menurutnya, selain merekodkan keterangannya, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

“Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat (yang diedar kepada media) semalam,” Aminah dipetik berkata.

SPRM berminat menyiasat lanjut Aminah dan perkara itu disahkan oleh calon berlambangkan kunci berkenaan.

Aminah turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), tengah hari semalam, kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Sambil mengulangi tidak ditaja mana-mana parti politik, Aminah menegaskan pendedahan itu dibuat berikutan desakan berterusan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohamed Zahrain Hashim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: