MOGOK LAPAR HARAM SAMA SEKALI

(Kemaskini)
Mogok lapar tiga hari. Lepas ini apa pula Labu?

Apakah akan ada lagi peristiwa aneh akan berlaku di negeri Perak gara-gara keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang?
Ketika mahkamah memberikan kelebihan kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tempoh hari, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan dengan ‘tangan terbuka’ dan redha.
Kenapa pada ketika mahkamah membuat keputusan tidak menyebelahinya, Mohd Nizar dan pembangkang ‘tidak redha’?
Selain itu, sebelum ini mereka yang tidak mendapat pembelaan Sultan Perak dan mahkamah pernah mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok.
Maka benarlah kata-kata Dr Zambry bahawa gelaran “Menteri Besar Mahkamah’ patut diberikan kepada Mohd Nizar kerana telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohd Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.

“Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum, “ kata Dr Zambry.

Seperti biasa dan sudah dijangka, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak sebagai mengecewakan.

Beliau berkata, keputusan itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau pun diluar dugaan.
Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, keputusan tersebut memperlihatkan kepada rakyat bahawa badan kehakiman negara telah ‘hancur’ dan perlu diperbetulkan.
Anwar menegaskan, apabila isu di Perak diserahkan kepada mahkamah untuk dibuat keputusan, penghakiman telah dibuat mengikut selera politik dan arahan.

“Saya melihat keputusan itu sebagai menghancurkan institusi penting negara kita iaitu badan kehakiman apabila demokrasi di negara ini sudah tidak lagi berkesan,” tegas Anwar.

Yang jelas, krisis politik Perak kini dikatakan melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin pembangkang negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat. Ia akan berlangsung hari ini.

Mesej mogok lapar itu kononnya menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata Mohd Nizar. Katanya langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.
Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Jika menurut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, ADUN Titi Gajah (http://rajaahmadzainuddin.blogspot.com), isu mogok lapar yang dirancang oleh Pakatan Pembangkang Perak hanyalah mainan politik mereka yang semakin kehabisan modal untuk meraih simpati dan belas ihsan rakyat selepas kerajaan pembangkang hilang kuasa di Perak.

Isu mogok ini adalah modal terbaharu pembangkang selepas Dr Zambry disah dan kekal sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, Jumaat lepas.

Lantas beliau bertanyakan Mufti dan ulamak termasuk yang ada dalam parti politik untuk mengeluarkan fatwa atau ulasan-ulasan tentang mogok lapar ini, jika melibatkan masyarakat Islam.

Fatwa dan ulasan sedemikian penting bagi menggelakan sebarang perpecahan dan gambaran yang bolehmengelirukan generasi muda hari ini.

Selepas melihat kedudukan politik ‘yang menjemukan’ di Perak, elok juga kalau kita Beristifar sebentar – merenung kata-kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Mohd Nizar.

”Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia ketika berada di Mekah.

Ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ”Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,”.

Pendapat Harussani disokong oleh dua lagi mufti yang menganggap mogok lapar adalah haram dan menyerupai amalan agama lain!

Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya menyifatkan Dr Juanda menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Kata beliau, jika seseorang penganut Islam itu meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.

“Justeru saya ingatkan penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbeza dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut,” tegasnya.

Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.

Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

“Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

“Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan,” katanya.

Hakikatnya, bak kata Utusan Malaysia, mogok lapar itu boleh diumpamakan sebagai bayi menangis inginkan perhatian!

Selepas mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok dan membina monumen ‘demokrasi’, pakatan pembangkang tidak sudah-sudah mahu mencetuskan suasana tidak stabil di Perak.

Apa yang boleh dilihat daripada tindakan mogok lapar ini ialah enggan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam.

Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Mohd Nizar dan bekas Speaker, V Sivakumar dan ia berterusan selama 72 jam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pakatan pembangkang seharusnya tidak mentafsir keputusan Mahkamah Rayuan itu sebagai sesuatu yang negatif.

Sebaliknya, kata jika timbul perasaan tidak puas hati, Mohd Nizar boleh membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

”Ini merupakan keputusan Mahkamah Rayuan. Jika tidak berpuas hati, hak mereka untuk membawa ke Mahkamah Persekutuan kerana ini adalah proses undang-undang, seperti juga Zambry (Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir) yang merayu ke Mahkamah Rayuan sebelum ini,” katanya.

Sebenarnya mogok lapar itu hanya gimik politik pakatan pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.

Dengan kata lain, daripada menunjukkan sikap ‘terpaksa telan’ keputusan mahkamah berkenaan, lebih baik kalau mereka melakukan sesuatu.

Jawapan mereka yang paling mudah ialah mogok lapar.

Hakikat sebenar ialah Mohd Nizar sudahpun memutuskan tindakan selanjutnya – membuat rayuan kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Advertisements

2 Responses to “MOGOK LAPAR HARAM SAMA SEKALI”

  1. Farouqi Says:

    kalau nak berlapar atas sebab agama takpe jugak..tapi kalau setakat atas sebab politik tak payahla..buat penat je..masa susah berlaparla ramai-ramai, masa senang nanti ‘kenyang’ ramai-ramai ke?

  2. Mr.KETAM Says:

    Lari sekejap daripada hal2 politik mungkin boleh kita promotekan Cadanagn dan pendapat saya..1. Bagaimanakan kita dapat memastikan PUSAT ZAKAT dan BAitulmal dapat berfungsi dgn lebih efektif?2. Apa kata pemimpin Islam memohon supaya Pusat Zakat supaya membeli sahaja rumah2 flat yg tak terjual utk diberikan kepada golongan asnaf (ibu tunggal dan fakir miskin)3. Mewujudkan sebuah RUMAH ANAK-ANAK YATIM yg KOMPREHENSIF dan DISATUKAN serta DIWUJUDKAN SATU SEKOLAH KHAS untuk mereka dengan menggunakan WANG ZAKAT dan BAITULMAL.Saya rasa dengan wujudnya CENTRALIZATION RUMAH ANAK-AnAK YATIM maka kebajikan mereka dapat dibela dengan tersusun.Tanah boleh pohon daripada kerajaan negeri dan KEWANGAN boleh dapat daripada PUSAT ZAKAT dan BAitulmal.. Kita langsung tak menggunakan DUIT CUKAI yg tak tentu halal haram tetapi adalah duit zakat daripada UMAT ISLAM seluruhnya.. AKADEMI ANAK-ANAK YATIM ini seharusnya di wujudkan di semua negeri dan saya cadangankan denga kapasiti 5000 org.Bukan kah cadanagn saya ini adalah satu cadangan yg bagus utk di halusi oleh semua pihak?Jgn hentam dahulu tetapi perhalusi cadanagn saya ini..Penganut agama lain tidak dapat menafikan perkara ini kerana INI ADLAH DUIT ZAKAT ORG ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: