NIK AZIZ – ASAL UMNO/BN TIDAK MAHU

Tidak apa dengan DAP atau PKR. Jangan dengan UMNO.
Entahlah apa dah jadi dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Asalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) beliau tidak setuju. Dengan PKR, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP boleh saja!
Bagi Nik Aziz , UMNO penipu hangit.
Semalam, beliau tidak tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.
Jelas bagi Nik Aziz, beliau tidak percaya dengan perbincangan kerana “Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,” katanya di Kota Bharu
Bincang dan dengarlah dulu cadangan daripada orang lain.

Mentang-mentang bergelar Tok Guru, Nik Aziz main veto sahaja pandangan orang lain.
Nik Aziz mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.
Sebelum ini Nik Aziz menegaskanpendiriannya untuk menolak pembentukkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ia menjadi topik hangat menjelang muktamar agung parti itu, Jun ini.

Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak percaya bahawa UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Pas.

Dengan jelas lagi terang beliau berkata: “Tidak boleh, saya dengan UMNO, saya tidak percaya keikhlasan dia (UMNO) sebab dia telah tipu Pas masa dulu. Disebabkan itu, Pas telah berpecah kepada tiga ada yang sokong dan saya tergolong dalam orang yang menyokong masuk Barisan Nasional (BN), ada pula yang menjadi Hamim dan Berjasa.

“Apa jaminan mereka tidak akan ‘tendang’ kita lagi, bila kami ‘ditendang’ dulu, kami cuma jadi orang yang tolak kereta buruk UMNO, bila hidup kami ditinggalkan ‘makan asap dan selut’ dia,” katanya pada sidang akhbar pada 13 Mei lalu.

Sebelum ini akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu, bagaimanapun ia ditentang oleh banyak pihak termasuk, Nik Abdul Aziz.

Pada bulan lepas, Abdul Hadi menarik balik cadangan tersebut dengan alasan kepimpinan negara telah bertukar dan pihaknya perlu melihat perkembangan terbaru sebelum ia diteruskan semula.
Isu pembentukan kerajaan perpaduan juga menjadi polemik berpanjangan menjelang pemilihan parti itu yang mana golongan pro-Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, manakala golongan konservatif dilihat lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Jelas pendirian Nik Aziz sama saja dengan ‘anak didiknya’ Datuk Husam Musa yang sanggup menemui Tengku Razaleigh Hamzah.

Malaysiakini menyebut, Naib Presiden PAS, itu mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Yang pasti kini bagi Nik Aziz dan Husam, apa saja atas nama UMNO dan BN mereka akan menolaknya.

Alasannya bukan kerana UMNO dan BN tetapi kerana Anwar.
Husam sudah mengaku dia kawan Anwar dan apa lagi mahu dikata? Ini kerana melalui kerajaan perpaduan, Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri.

Dan sebagai orang kuat Anwar, Husam tidak akan berkompromi dengan UMNO dan BN, malah suara Husam sebenarnya adalah suara bapa politik yang mendidiknya – Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Advertisements

One Response to “NIK AZIZ – ASAL UMNO/BN TIDAK MAHU”

  1. tak pelik kalau tulisan saudara sebegini, memandangkan saudara bekas anak didik berita harian dan yang seangkatan. Saudara tidak mengkaji sejarah sebenarnya. Umno sanggup menggunakan apa cara sekalipun asalkan cita-cita politiknya tercapai. Sb tu PAS begitu anti dgn Umno. Bagi umno tiada istilah halal haram dalam kamus. Buktinya:-1. rampas kuasa di Perak, walaupun diishtiharkan mahkamah bahawa Mbnya tidak sah, tetapi Umno masih berkeras.2. Menodai Islam. Buktinya: wujudkan Islam Hadhari, buat peraturan anak yang mak bapaknya masuk Islam tidak boleh dipaksa memeluk Islam.3. Bunuh identiti bangsa: buktinya PPSMI. Kalaupun nak tingkatkan penguasaan bahasa inggeris, kenapa perlu gadaikan Math dan Sains. Sepatutnya pembelajaran bahasa Inggeris la yang dipertingkatkan. Dalam math dan sains tidak diajar subjek, verb, grammer, past tense dan apa2 yang berkaitan bahasa.4. hapuskan tulisan jawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: