TAHNIAH DATUK RAUF

Tahniah kepada Setiausaha Kerja Umno yang baru, Datuk Abd. Rauf Yusoh.

Memang tanggungjawab yang harus dipikul cukup mencabar terutama selepas tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum Mac 2008.
Tetapi oleh kerana Rauf sudah ‘membina rumah di tepi pantai’, beliau tidak boleh lagi takut kepada ombak atau juga gelombang.
Amat jelas, Rauf terpilih untuk membuat pembaharuan, bukan undur (ke belakang).

Banyak pihak menganggap Brigedier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim terlalu ‘keras’ dan tidak sesuai menggendalikan pentadbiran Ibu Pejabat UMN O.

Menjadi tugas Rauf untuk memulihkan semula hubungan Ibu Pejabat dengan bahagian-bahagian.

Mungkin antara tugas pentingnya ialah menjamin kes-kes tertunggak di bahagian, perlu diatasi segera, walaupun turut membabitkan Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Pengurusan.

Berkuat kuasa Isnin lalu Rauf diberikan tugas mentadbir agar ahli, cawangan, bahagian dan perhubungan selesa dan mesra apabila berhubung dengan Ibu Pejabat UMNO.

Bagi saya UMNO tidak perlu kembali menghayati perjuangan asal bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu.

Ini kerana citarasa dan matlamat perjuangan UMNO seudah banyak berubah. Jika dahulu UMNO hanya dianggotai oleh orang Melayu-Islam, kini sudah ada bukan Melayu dan bukan-Islam.

Selain itu jika dahulu dasar parti dan kerajaan adalah mirip 100 peratus Melayu dan Bumiputera, melalui slogan baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, UMNO perlu menyesuaikannya dengan tema baru ini.

Bagaimanapun saya bersetuju dengan Rauf mengenai UMNO sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, harus berada di landasan perjuangan yang sebenar jika ingin memastikan parti itu terus kekal relevan.

Tepat sekali jika Rauf mengatakan “Kita kena balik kepada rakyat, kita perlu tahu apa yang diinginkan oleh rakyat.”

Selain itu jika dahulu dasar parti dan kerajaan adalah mirip 100 peratus Melayu dan Bumiputera, melalui slogan baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, UMNO perlu menyesuaikannya dengan tema baru ini.

Bagaimanapun saya bersetuju dengan Rauf mengenai UMNO sebagai parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, harus berada di landasan perjuangan yang sebenar jika ingin memastikan parti itu terus kekal relevan.

Tepat sekali jika Rauf mengatakan “Kita kena balik kepada rakyat, kita perlu tahu apa yang diinginkan oleh rakyat.”

One Response to “TAHNIAH DATUK RAUF”

  1. Nik Amir. Says:

    1.Dato Rauf hanyalah pekerja. CEOnya ialah Setiausaha Agung. Pastinya Dato Rauf akan menjalankan tugas sebagaimana arahan ketua eksekutifnya.2.Dato Rauf tidak boleh pegang jawatan setiausaha Disiplin Parti.Sebabnya beliau juga akan terdedah dengan aduan bahagian,cawangan dan ahli UMNO diatas tindakannya sekira beliau melanggar etika dan perlembagaan parti.3.Adakah Najib cuba bermain wayang dengan hanya menukarkan Setiausaha Kerja tidak Setiausaha Agung.3.Yang penting Setiausaha Agung mesti ditukarkan barulah ada perubahan dari segi pentadbiran UMNO di Ibu Pejabat.Semua tahu kerenah Setiausaha Agung. Kenapa masih disimpan lagi’that one rotten apple in the basket’.4.Lagipun setiausaha Agung mempunyai masalah yang banyak kontraversi bukan sahaja diperingkat parti tetapi juga dengan masalah kehakiman(Konspirasi Lingam) dan SPRM.5.Dulu lagi saya telah nyatakan Pengurusan Parti adalah jantung dan nadi UMNO.5.UMNO perlu diubati dengan dos yang betul dan sesuai.Jangan kepala dan otak yang sakit kita bagi ubat batu karang.6.Nak tanya siapa yang lebih berkuasa di PWTC?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: