HENTIKAN PERSENDA AL-QURAN

Saya ingin mengetengahkan dua pandangan daripada posting “Apabila Ayat Quran Dipersenda Untuk Politik” saya semalam, iaitu oleh Nik Amir yang mengatakan: “Mungkin dia (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming), dah khatam tahfiz dengan Tuan Guru Mat Sabu kut..Tak payah pertikai,Tuan guru menteri besar kelantan sanggup berkawan dengan syaitan.

Kor Ming baca ayat.Guan Eng baca sejarah Umar Ab Aziz…Dengan Kor Ming baca ayat Quran dan Guang Eng baca sejarah dan puji Khalifah Islam, akan ramai lagilah orang Melayu dalam PAS sanggup tidor atas jalan. Mungkin akan merebak ke atas landasan keretapi dan landasan kapalterbang.”

Kedua oleh wariq yang berpendapat: “Saudara penulis, yg dihormati lagi dikasihi.

Saya harap orang Islam tidak bertindak secara emosi dan membabi buta.Berfikirah secara ilmiah dan berpandukan al-Quran dan sunah.Berikan satu dalil atau nas yang sahih yang mengatakan hukum orang kafir salah atau haram membaca ayat al-Quran.Agar ia menjadi jawapan pada isu ini dan orang Islam tahu beza Islam dan Iman.”

Persoalannya, apakah orang Islam bersikap emosi dan membabi buta apabila memarahi orang bukan Islam menggunakan al-Quran untuk tujuan politik?

Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia semalam memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

”Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.
Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.

”Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah,” tambah kenyataan itu lagi.

Sementara rencana oleh Amizul Tunizar Ahmad Termizi bertajuk “Kenapa biarkan ayat suci diperalat?” dalam Utusan Malaysia hari ini menyebut:

Seperti dijangka, Pas yang mengamalkan fahaman ‘halalku wa harammu’ merelakan orang bukan Islam berkempen menggunakan ayat suci al-Quran walaupun perbuatan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada umat dan ajaran Islam oleh Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Sikap Pas yang kononnya memperjuangkan Islam itu memang sudah dijangka kerana individu yang memperalatkan ayat suci al-Quran untuk meraih undi orang Melayu itu ialah di kalangan pemimpin DAP yang menjadi rakan kepada parti itu.

”Baguslah kalau dia boleh baca ayat al-Quran, itu menunjukkan dia menghormati agama Islam.” Itulah pandangan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali terhadap tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dan beberapa lagi pemimpin DAP yang kini dilihat semakin ‘seronok’ berkempen menggunakan ayat-ayat al-Quran walaupun sebutannya tunggang-langgang.

Malah, Mustafa dengan bangganya menyatakan apa yang berlaku itu merupakan kejayaan Pas mendedahkan Islam kepada DAP dalam tempoh singkat dua parti itu bergabung dalam pakatan pembangkang.

Katanya, walaupun BN sudah lama ditubuhkan, belum pernah ada seorang pun pemimpin bukan Islam dalam MCA dan MIC menggunakan ayat al-Quran apatah lagi memberikan ucapan salam ‘assalamualaikum’ kepada orang Islam.

Walaupun bunyinya macam menyokong, Pas enggan menyatakan sama ada parti itu menyokong trend baru yang digunakan oleh DAP untuk berkempen itu.

”Soal sokong atau tidak itu tidak timbul. Kita tidak arah mereka berkempen guna ayat al-Quran tetapi mereka (bukan Islam) mungkin rasa mereka faham tentang Islam.” Itulah jawapan ‘selamat’ yang diberikan oleh Mustafa.

Keengganan Pas menyatakan sokongannya secara terang-terangan kepada tindakan pemimpin DAP itu memang difahami kerana mereka tidak mahu isu itu menjejaskan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.

Namun demikian, dengan berdiam diri dan menganggap apa yang dilakukan oleh Kor Ming itu bagus, ia merupakan satu mesej yang jelas bahawa Pas menyokong tindakan memperalatkan agama untuk kepentingan politik seperti yang dilakukan oleh Pas selama ini walaupun oleh golongan kafir.

Memang diakui dengan membaca petikan ayat suci al-Quran, ia satu taktik berpolitik yang sangat berkesan untuk orang bukan Islam menambat hati orang Islam untuk menyokong mereka.

Pendekatan seumpama itu pernah digunakan oleh Inggeris untuk menambat hati orang Melayu dengan petah bercakap dalam bahasa Melayu sehingga tanpa disedari negeri mereka sudah dijajah.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh pemimpin DAP ini lebih teruk kerana menggunakan ayat al-Quran sedangkan mereka tidak beriman dengan kitab suci itu, apatah lagi mengakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa.

Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kerana belum pernah ada orang bukan Islam di negara ini berani mempersendakan Islam selama ini tetapi banyak berlaku sekarang termasuk penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan penganut Kristian serta penghinaan ke atas Sultan dan Mufti Perak.

Itulah pendekatan yang digunakan oleh Pas untuk meracuni pemikiran orang Islam untuk ‘menghalalkan’ apa saja yang dilakukan oleh parti itu dan rakannya demi survival politik mereka.

Advertisements

4 Responses to “HENTIKAN PERSENDA AL-QURAN”

  1. abghalim Says:

    SALAM BROSekiranya dibolehkan,Persoalannya :-1.Kenapa dia masih lagi kafir,sedang dia tahu kebenaran Al-Quran? satu persoaalan2.Bolehkah dia dijemput membaca surah YASSIN di ketika nazarnya Tuan Guru Nik Aziz3.Bolehkah dia membaca TAHLIL untuk Arwah Ustaz Fadzil Nor atau untu arwah keluarga kita ?4.Dia dah manji wajib kah ?ATAUPUNIni PERTANDA KHIAMAT KIAN HAMPIR seperti yang diriwayatkan oleh baginda Rasullullah SAW.

  2. Panglima Perang Cyber Says:

    Teruk Politik Alaga+PAS ni…semua boleh asal ia dilakukan oleh mereka dan semua tak boleh jika golongan lain yang lakukannya.artikel tuan sangat menarik dan moga ramai akan memanfaatkannya serta menyebarkan di blog2 mereka..syabas tuan..

  3. SALAM ZIARAH SDR HAMBALIOLEH KERANA TOK GURU BENAR2 SEKALI NK MENGHALALKAN SEMUA PERBUATAN SI KAFIR MAKA DIA SANGGUP MEMBUAT PENGAKUAN BAHWA WAHYU ALLAH TURUN DI KELANTAN!..NAUZUBILLAHHIMINZALIKKhttp://jeffrydamien09@blogpot.com

  4. Assalamu'alaikumAl-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzulhttp://alquranonline.co.cc/Risalah Islamhttp://sibin2007.multiply.com/Koleksi ebook, Aplikasi Handphonehttp://assalambook.as.funpic.org/Koleksi Streaming Radio Dakwahhttp://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: