BUATLAH KERJA LEMBAGA DISIPLIN!

Kenyataan bahawa beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat susulan aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lalu tidak lagi mendatangkan kebaikan kepada UMNO.

Lembaga Disiplin tidaklah usah membuat kenyataan sebegini kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada UMNO.

Dengan kata lain, Lembaga Disiplin patut lakukan siasatan dan jatuhkan hukuman setimpal, bukan membuat kenyataan untuk mencari publiti murahan.

Bagi saya kenyataan Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas bahawa pemegang jawatan tinggi sedang disiasat hanya gimik politik yang merugikan UMNO.

Kata-kata bahawa: “Saya tak ariflah kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat. Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak.”, bukan sesuatu yang positif.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun selepas perhimpunan agung Umno itu berakhir Sabtu lalu.

Yang menghairankan apabila ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, beliau cepat-cepat mengelak dengan mengatakan sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

“Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Lembaga Disiplin,” katanya.

Kerana kenyataan dan pendirian yang berubah-ubah Lembaga Disiplin, adalah baik lembaga itu disusun semula seperti disarankan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kenyataan am mengenai siasatan terhadap orang penting UMNO akan membuka ruang kepada kritikan oleh pemimpin pembangkang dan ini akan merugikan UMNO apa lagi ketika UMNO dan Barisan Nasional berdepan pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

Saya menyokong penuh pendirian Pergerakan Pemuda Umno yang tidak mahu siasatan Lembaga Disiplin terhadap beberapa pemimpin yang didakwa terbabit dengan politik wang menjelang pemilihan minggu lalu mengganggu tugas jentera Barisan Nasional (BN) di tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim, berkata urusan dalaman Umno itu tidak seharusnya menjadi topik perbincangan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan kerana ia tidak langsung membawa keuntungan kepada BN.

“Saya harap pucuk pimpinan pun tak perlulah panjangkan-panjangkankan dan kalau ada laporan, buatlah siasatan.

Kita tak mahu itu menjadi topik perbincangan kerana kita ada urusan lebih besar untuk memastikan BN menang di ketiga-tiga pilihan raya kecil yang sedang berlangsung,” katanya semalam.

Advertisements

4 Responses to “BUATLAH KERJA LEMBAGA DISIPLIN!”

  1. Inilah masalah yang ada dalam UMNO yang mana tidak mahu menerima pendedahan keburukan rasuah dengan hati terbuka.Kenapa kita tidak mahu menerima kenyatan dari Lembaga disiplin sedangkan pihak pengurusan tertinggi memberi tangunggjawab kepada lembaga disiplin untuk menyelesaikan masalah dalaman UMNO.Kenapa perlu persoallembaga disiplin dan hendak sembunyi salah laku pemimpin. Biar ia didedahkan untuk menjadi pengajaran.Kita cakap tentang refom tapi hanya retorik sahaja.Rakyat sentiasa mengikuti perkembangan UMNO sejauh mana ianya mahu berubah.Selagi penyakit gila kuasa dan nafsu amarah menguasai pemimpin selagi itulah UMNO tidak berubah.Maka UMNO akan menjadi lipatan sejarah.

  2. sepatutnya buat kerja. bukan buat cerita. yg salah hukum aje…

  3. Bubar saja Lembaga Displin tu. Kerja pun ikut pilih bulu, tak smart langsung, hukuman dijatuh hanya untuk suka hati, bukan betul betul untuk mencegah perbuatan salah. Takkan Emapt Lima keraty orang sakja sal;ah mengamalkan politik wang. Semua dah jadi rahsia umum banyak calun telah melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan baru-baru ini. Ada yang terang melakukan kesalahan tapi tidak diambil tindakan. Cakap saja lebih, umum itu, umum ini tapi habuk pun tak ada. Saya setuju dgn hambali tu, jangan cakap dulu, umum saja yang bersalah. dan dalam hal displin parti ini, biarlah MT buat keputusan dengan mwenjuruskan kepada tindakan yang benar.

  4. lebai-mangkuk Says:

    sokongan makcik2 dan pakcik2 di ceruk kampung akan tetap terus sokong UMNO walau busuk macam ,ana sekali pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: