NAJIB CIPTA SEJARAH 28 MAC 2009

Sabtu 28 Mac 2009 adalah hari bersejarah untuk Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ini kerana pada hari itu, beliau akan menyampaikan ucapan menerima jawatan sebagai Presiden Umno yang baru.

Ia adalah hari terakhir Perhimpunan Agung Umno. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkannya selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Kuala Lumpur malam semalam.

Kata Abdullah: “Kita ada sedikit perubahan, iaitu dalam perhimpunan agung kali ini (Timbalan Presiden) Datuk Seri Najib akan membuat satu ucapan menerima jawatan sebagai presiden parti. Ini akan dilakukan selepas penggulungan perbahasan (ucapan dasar presiden) pada hari Sabtu.”

Selain Najib, turut hadir pada sidang media semalam ialah dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Abdullah berkata, pada mesyuarat itu beliau menyampaikan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua anggota MT dalam membantu beliau menjalankan tanggungjawabnya.

Datuk Seri Najib juga bagi pihak semua ahli-ahli MT telah pun merakamkan terima kasih kepada saya atas kepimpinan saya selama ini,” kata Abdullah yang kelihatan ceria.


Hari ini Abdullah akan akan menyampaikan amanatnya dalam ucapan dasar pada perasmian perhimpunan agung parti hari ini.

Najib akan memimpin ‘sayap UMNO baru’ selepas tiga ketua baru mengetuai Wanita Umno, Pemuda dan Puteri UMNO.

Yang menariknya pemilihan begitu sengit apabila keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam. Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masing-masing menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan ketiga-tiga sayap Umno itu, malam tadi.

Shahrizat memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Tan Sri Rafidah Aziz yang mendapat 280 undi, manakala Khairy memperoleh 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232). Rosnah pula mendapat 245 undi mengalahkan lima calon lain.

Kerusi Naib Ketua Pemuda dimenangi Datuk Razali Ibrahim yang mendapat 417 undi, menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican (373), manakala Shahanim Mohamad Yusoff mendapat 353 undi untuk jawatan Naib Ketua Puteri, menewaskan empat lagi calon.

Bagaimanapun, kira-kira 50 anggota polis terpaksa mengawal pintu utama Dewan Tun Hussein Onn 2, berikutan kekecohan selepas keputusan barisan kepemimpinan baru Pemuda Umno diumumkan, malam tadi.

Keadaan di sekitar dewan perhimpunan yang tegang dengan jeritan dan sorakan penyokong calon bertanding, semakin hangat apabila Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru, kira-kira jam 11.20 malam tadi.

Ketika Khairy menyampaikan ucapan sulungnya, suasana di luar dewan kecoh apabila ada beberapa kumpulan penyokong calon yang bertanding membuat bising meluahkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan apabila bertindak menyuraikan kumpulan berkenaan dan menjelang jam 12.30 malam, mereka mula beransur-ansur meninggalkan kawasan dewan.

Sebaik majlis di dewan selesai, polis meluaskan kawalan dan membuka laluan alternatif ke Hotel Seri Pacific bagi membolehkan perwakilan keluar dari dewan. Jurugambar dan wartawan yang berada di luar kawasan kawalan juga tidak dibenarkan melepasi kawasan berkenaan.

Apakah ini menandakan bahawa isu Khairy dan ‘politik wang’ akan terus diperkatakan walaupun beliau dibenarkan bertanding?

Cakap-cakap dan persoalan mengenai kredibiliti mengenai diri Khairy terus diperkatakan dan tanda-tanda keretakan dalam Pemuda UMNO mula ada tanda.

Ketua Wanita Umno yang baru dipilih, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula, sudahpun berikrar akan berjuang bersama kepimpinan parti untuk mengembalikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk semua rakyat Malaysia.

Berucap untuk kali pertama selepas diumumkan pemenang jawatan itu, Shahrizat berkata beliau dan pemimpin dan ahli Wanita Umno lain akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai bakal Presiden parti untuk menjayakan perjuangan itu.

“Saya percaya jika 1.3 juta ahli Wanita beri sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, insyaAllah kita boleh beri kemakmuran kepada bukan saja orang Melayu tetapi juga semua kaum dan agama,” katanya.

Advertisements

One Response to “NAJIB CIPTA SEJARAH 28 MAC 2009”

  1. sritribuana Says:

    Najib dah sah jadi presiden..Persoalannya: BERANIkah beliau merubah UMNO?1.Ketua wanita baru tidak ada masalah.2.Ketua Puteri mudah dijanakkanTetapi:3.Ketua Pemuda macamana? Kredibiliti dan integriti KJ sudah tercalar dengan kes rasuah politik. Musuh-musuh UMNO di luar amat gemar menghidangkan isu rasuah pimpinan UMNO.Pemuda masih lagi menobat pemimpin yang dah jelas pengamal rasuah sebagai pemimpin hadapan.Pemuda masih belum bersedia membuat anjakan.4.KJ dan Khir, kedua-duanya dipanggil oleh Badan disiplin. KJ kena dan Khir terlepas. Kedua-dua tokoh ini ada keraguan dalam permainan kotor. Orang UMNO tahu. Rakyat pun tahu.Tetapi apabila keputusan diumumkan KJ menang,Khir nombor dua.Mukhriz tercorok tempat ke3.Maknanya pemain-pemain ‘kotor’ ini masih mendapat tempat. 5.Orang yang ikut perlembagaan dan tata etika akan pupus.Tidak popular langsung.6.sebelum ini saya telah pun menterjemahkan pemikiran melalui komen saya baik dalam blog saya http://www.buanasuara.blogspot.com dan juga dalam blog ini bertarikh 23/03/09 dan 24/03/09 tentang prinsip ‘bersih’ seseorang individu yang hendak diangkat sebagai ketua dan berjawatan dalam kabinet serta kerajaan.7.Amalan lampau Ketua Pemuda diberi tempat dalam kabinet kecuali sewaktu Syed jaafar Albar.BERANIkah Najib mengenepikan KJ dan berhadapan dengan pasukan upahan KJ kelak untuk menyalak dan mendesak supaya beliau diberi tempat dalam kabinet dan kerajaan.8.Ini akan berlaku.Kalau dinilai dari segi betapa ketidakpatuhan KJ mematuhi perlembagaan dan tata etika parti.’Bear in mind’ KJ adalah seorang individu yang mempunyai agenda yang tinggi.Tidak beretika pulak.9.hanya satu sahaja senjata yang ada pada Najib: Iaitu KEBERANIAN dan KEBIJAKSANAAN yang luar biasa.10.Jangan jadi macam King Ghaz, UMNO selamat, dia hilang dipersada politik negara.11.Sebagai anak Melayu saya sentiasa mendoakan Najib dan UMNO selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: