APA KEPUTUSAN ABDULLAH MENGENAI MOHD ALI?

“Saya tidak bersalah…ketika hadapi parti bermasalah, parti perlu didokong untuk bertambah kuat.

Kita (UMNO) dalam pembaikan…kena kuatkan parti kita untuk dhadapi pilihan raya 2003 nanti”

Memang jelas Datuk Seri Mohd Ali Rustam ikhlas dan kerana itu beliau meminta penyokongnya bertenang dan memnerima keputusan Lembaga Disiplin UMNO.

Beliau akan merayu walaupun mungkin sukar keputusan itu akan diubah.

Dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di Seri Bendahara, pagi tadi, selepas beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno oleh semalam, Ketua Menteri Melaka itu yang kelihatan tenang berkata, harapannya agar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan menerima rayuannya.

Ditanya sejauh mana harapan terhadap rayuan yang akan dikemukannya hari ini, beliau berkata: “Saya harap ia dapat diterima.”
Bagaimanapun kata Mohd. Ali, beliau akan mengemukakan surat rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Lembaga Disiplin hari ini.

“Saya harap rayuan saya diterima dan kalau boleh saya dibenarkan bertanding pada pemilihan parti minggu depan,” katanya.

Ketua Menteri Melaka, itu berkata, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarangnya bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan.

“Saya akur dengan keputusan itu tetapi ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus berjuang di dalam parti.

“Saya juga akan menghadiri pemilihan parti minggu depan,” katanya. Mohd Ali tetap menghormati penyokongnya:

“Saya mohon maaf kepada penyokong saya kerana tak dapat tunai dan meneruskan hasrat mereka,” katanya mengenai reaksi kepada penyokongnya yang inginkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri malam semalam (Selasa) meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.

“Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif,” katanya.

Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali hari ini.

Sementera seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Mereka menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin tidak adil dan berat sebelah sehingga menutup peluang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Mereka turut mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin hanya memberi amaran kepada Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sedangkan Ahli Parlimen Rembau itu turut melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu amat mengejutkan dan mengecewakan penyokong-penyokong Mohd. Ali bukan sahaja di Melaka tetapi juga di beberapa negeri lain.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti sepatutnya merujuk terlebih dahulu keputusan yang hendak dibuat kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum membuat pengumuman.

”Hukuman itu sepatutnya mengambil kira kepentingan politik kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi serta menjejaskan keyakinan ahli pada parti.

”Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya,” katanya.

Persoalannya, apakah keputusan atau nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Ali?

Dan kalau tidak bertanding, di manakah kelak kedudukan Mohd Ali dalam UMNO Pusat?

Advertisements

2 Responses to “APA KEPUTUSAN ABDULLAH MENGENAI MOHD ALI?”

  1. sritribuana Says:

    “…my pleas, as we all know, fell on deaf ears….in the end, justice is not done because you have a better pleader or a better judge. Justice is not even done because you have better laws. These things are undoubtedly important.”“But far more important than any of these is that society as a whole believes passionately that every human being deserves to be treated justly…””.. that when one human being is manifestly denied justice, then we are in real danger of being denied it.”“And justice cannot be done hastily. And justice cannot be done in the dark.”“It has to be done with due deliberation, in full view of the people in whose name it is done. For it is done for them.”Tun Salleh Abas (from the book with K Das “May Day For Justice”)

  2. sritribuana Says:

    Selamat lah calon timbalan ‘me no speak inggeris” di Australia dulu ‘terlepas atau dilepas’.”me no bluff.bluff no good,God angry.black cloud come.thunder shoot me” Itu lah sketsa Dulu, kini dan selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: