NAJIB BERKESEORANGAN?

(Isu Sabtu)

Saya sebenarnya sudah jemu memperkatakan tajuk “Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri”.

Ini kerana orang yang mahu menyerahkan kuasa, Datuk Seri Abdullah Ahmad sendiri pun sudah berulang kali mengatakan beliau akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, apabila tiba masanya.

Tiada apa boleh dikatakan oleh Najib selain meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung tarikh penyerahan kuasa oleh Perdana Menteri, kepadanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, pengumuman rasmi dari Jabatan Perdana Menteri akan menjawab persoalan berhubung tarikh tersebut.

“Tunggu pengumuman rasmi Jabatan Perdana Menteri,” kata Najib ketika ditanya tarikh sebenar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada beliau.

Namun, semakin dekat dengan apa yang dikatakan peralihan kuasa, semakin kabur pula tarikhnya.

Persoalannya ialah bila masanya?

Apa lagi tidak semena-mena ada pula berita mengatakan Abdullah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai peralihan kuasa.

Ini pun sudah dinafi. Namun, banyak pihak terus mempersoalkan keikhlasan Abbdullah.

Sementara sesetengah blog dan portal berita terus menerus cuba memburuk dan ‘mendedahkan’ pelbagai perkara mengenai Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isterinya.

Isu paling menarik akhir-akhir ini ialah mengenai kaitan Najib dan Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam.

Yang peliknya, penyokong Najib turut membisu seolah-olah ‘terkejut beruk’ dan ‘takut bersuara’. Mereka membisu seribu bahasa dan seolah-olah takut kepada pihak-pihak yang cuba mengaibkan Najib.

Mereka yang dikatakan memainkan peranan penting untuk menjaga imen Najib juga membisu dan akhir-akhir ini semakin sepi apabila ada berita mengatakan Datuk Johan Jaafar akan dilantik sebagai ‘ketua pasukan media Najib’ apabila Najib menjadi Perdana Menteri nanti.

Kesian, Najib bagaikan mempertahankan diri secara bersaorangan. Dia tidak mendapat sokongan pemimpin penting UMNO yang sedang ‘berlari’ bersamanya sebagai pasukan baru menjelang pemilihan UMNO nanti.

Masing-masing nampak sangat cuba membebaskan diri masing-masing agar tidak terikat dengan sesiapa.

Persoalannya apakah pemimpin UMNO sendiri kini tidak yakin Najib akan menjadi Perdana Menteri?

Apakah mereka termakan ‘umpan’ pembangkang bahawa Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri?

Juga mungkin menyedari beliau berkesaorangan dan tidak mahu riak, Najib sendiri mengakui apa yang mampu beliau lakukan ialah menanti.

Lebih daripada itu, berserahlah kepada Allah.

Najib bukan tidak tahu dan pernah menyaksikan bagaimana pemimpin sebelumnya yang sudah pun sebelah kaki ‘menjadi Perdana Menteri’, tiba-tiba kecundang.

Pengajaran jelas ialah ada Timbalan Perdana Menteri yang meletakkan jawatan dan ada yang dipecat.

Yang penting, selain sabar menunggu, sewajarnya Najib menilai semula siapa orangnya dan siapa yang sanggup ‘swim & sink’ bersama-samanya. Dengan kata lain pada ketika ini Najib tidak ada pasukan dan terpaksa berperang secara bersendirian.

Tiada kesetiaan atau tiada siapa berani di kalangan pemimpin UMNO untuk secara terang memperjuangkan Najib ketika ini.

Mungkin Bagi mereka, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri, mungkin juga Tengku Razaleigh Hamzah, mereka akan menerimanya.

Kawan sebenar adalah ketika ‘suasana sukar’ bukan ketika kita sudah selesa.

Mungkin bagus juga buat Najib apabila pelbagai ‘serangan dan cubaan’ sedang menguji beliau. Setidak-tidaknya beliau kenal siapa kawan, sahabat, teman dan penyangak!

Advertisements

5 Responses to “NAJIB BERKESEORANGAN?”

  1. .@blogger.com Says:

    Tidak. Najib tak keseorngan. ada ramai silent supporter yang menunggu masa untuk menjerit jiwa berontak jika ada sesuatu berlaku kepadanya. Kalau dulu Anwar mampu lakukan itu kenapa kini Najib tidak? Tapi kali ini jika berlaku maka akan hancurlah UMNO dan melayu kerana Najib lebih ramai pengikutnya.

  2. YB Raz Gothic Says:

    kami menyokong penuh Najib menjadi PM. Bukan membenci Paklah tetapi untuk kebaikan UMNO. Dan kami percaya Paklah bukanlah seorang munafik seperti Anwar.

  3. imanshah Says:

    insyaallah Pak Lah akan mengotakan janjinya..najib akan jadi PM ke-6

  4. melayuangkat Says:

    Salam,Kun Pa Ya Kun. Tiba saatnya jadilah Najib PM, InsyaAllah.Sementara ini, buatlah kerja masing masing.

  5. mountdweller Says:

    Kenapa ramai sangat orang yang cuba meneka kerja Allah?Bukankah Allah yang berkuasa menaik dan menjatuhkan sesiapa saja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: