APA NAK BUAT, MELUAT SAHAJALAH

Anwar Ibrahim sudah pasti marah.

Kalau tidak masakan beliau meluahkan perkataan ‘meluat’.

Ketua Umum Pakatan itu ‘meluat’ dengan hasil laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak bersalah memalsukan bukti siasatan kes mata lebam beliau kira-kira 10 tahun lalu.

Selepas ini, tidak perlulah lagi Anwar menimbulkan kes ini kerana ternyata apa yang cuba dibangkitkan oleh beliau itu tidak berasas jika berpandukan kepada hasil laporan polis dan suruhan jaya berkenaan.

Anwar membuat laporan sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1 Julai 2008 dan 21 Februari 2009 terhadap Abdul Gani dan Musa dengan mendakwa kedua-dua individu terbabit memalsukan bukti siasatan kes mata lebam beliau kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, Abdul Gani dan Musa menafikan dakwaan itu. Musa sudah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar, manakala Abdul Gani juga turut menyuarakan hasratnya untuk menyaman Anwar.

“Saya rasa ia sesuatu yang mengecewakan bagi kes ini memandangkan terdapat bukti yang kukuh,” kata Datuk Seri Anwar di Parlimen semalam.

Anwar berkata, beliau menghantar semua bukti yang ada kepada ahli-ahli panel penyiasat.
“Adalah sesuatu perkara yang biasa bagaimana mereka menguruskan sistem (siasatan) ini,” katanya,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam berkata, Abdul Gani dan Musa didapati tidak bersalah dalam memalsukan bukti siasatan kes mata lebam Anwar 10 tahun lalu berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis dan SPRM.

Katanya, SPRM telah melantik tiga panel bebas yang terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Mohamad Noor Abdullah serta bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Noor Ahmad bagi mengkaji dan membuat perakuan terhadap kes tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menjelaskan tidak wujud sebarang kes jenayah terhadap kedua-dua individu tersebut.

Kata beliau, memandangkan kes ini amat sensitif, berprofil tinggi dan berkepentingan awam dan mengambil kira tanggapan dan persepsi negatif yang mungkin timbul, SPRM telah mencadangkan tiga orang ahli panel bebas dilantik sebagai timbalan pendakwa raya untuk mengkaji dan membuat perakuan.

“Setelah mengkaji dengan teliti dan mendalam, majoriti ahli panel memperakukan bahawa Abdul Gani dan Musa tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sepertimana yang didakwa oleh Anwar.

“SPRM juga berpendapat tidak wujud sebarang kes jenayah terhadap kedua-dua pihak yang disiasat,” kata beliau dalam kenyataan.

Kata beliau, siasatan yang dijalankan telah merakam percakapan saksi-saksi termasuklah Anwar sendiri yang dibuat secara teratur melalui peguamnya.

“Oleh yang demikian tidak timbul isu suruhanjaya ini tidak mengambil tindakan siasatan berkaitan aduannya itu,” kata beliau lagi.

Biasalah bagi Anwar, apabila sesuatu keputusan tidak menyebelahinya beliau akan meluat dan sebagainya.

Apapun, itulah hakikatnya. Bilakah agaknya masa Anwar akan dapat menerima dengan dada terbuka pelbagai ‘ujian terhadapnya’?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: