ANWAR : PEMUDA UMNO BIADAP, GANAS

Apa yang boleh diharapkan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dia akan tetap membela kawannya itu walaupun pergerakan yang pernah dipimpinnya disebut ‘CELAKA’.

Menurut Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

“Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

“Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin,” katanya ketika ditemui.

Dengan kata-kata Anwar itu, Pemuda UMNO kini selain “CELAKA’, juga BIADAP dan GANAS.

Renungkan sejenak.

Kenapa Pemuda UMNO marah.

Apakah Biadap dan Ganas hanya melalui perbuatan? Bagaimana jika ia dilakukan melalui mulut?
Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan BINASA”.

Jelas, Anwar hanya melihat gelagat dan perbuatan sahaja sebagai Biadap dan Ganas tetapi sanggup pejam mata kepada kata-kata yang boleh mengguriskan perasaan dan mencabar kemarahan orang Melayu.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Anggota Parlimen Jerlun menganggap kenyataan bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun-temurun.

“Karpal nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat.

“Meskipun akhirnya Karpal menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahliahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Khairy menegaskan: ” Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segalagalanya.

“Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” tegasnya.

“Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

“Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang diPertuan Agong, wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang mainmain. Sebenarnya Karpal yang mainmain dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api.

Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat,”ujar Khairy.

Kenyataan Khairy itu pada sebelah pagi tetapi pada kira-kira jam 3 petang, dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor ‘menunjukkan fizikal kekuatan’ dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan ‘’CELAKA” semalam.

Menurut mStar hari ini, insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan “Pemuda Umno celaka” dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.
Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan “celaka” yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Advertisements

3 Responses to “ANWAR : PEMUDA UMNO BIADAP, GANAS”

  1. amirhamzah64 Says:

    Saya tidak hairan, jika Anwar menyokong Karpal Singh dan memang itu sepatutnya berlaku. Anwar pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan slogan pemuda ketika itu ialah Generasi Penggerak Zaman. Beliau memenangi jawatan itu selepas mengalahkan Datuk Shuhaimi Kamarudin.Sebagai seorang bekas pemimpin Ketua Pemuda UMNO Malaysia adakah beliau tidak menyumbang kepada Pemuda UMNO yang biadap dan ganas jikaa benar dakwaannya itu.Walaupun bukan eranya tetapi politik orang muda sekarang mungkin turun temurun daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.Siapakah yang mengajar orang muda berdemontrasi, merusuh dan biadap terhadap rajanya?Saya sertakan artikel saya berkenaan dengan tindakan Karpal mengatakan Pemuda UMNO Celaka.Pemuda UMNO Celaka, Siapa Pulak Babi ? Tan Sri Syed Jaafar Albar (1914–1977) merupakan tokoh politik Malaysia berasal dari negeri Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO dan pernah menjadi ketua pemuda UMNO.Syed Jaafar Albar digelar ‘ultra Malay’ oleh Lee Kuan Yew dari Singapura kerana kelantangan beliau memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya di Singapura. Beliau dikritik hebat kerana tidak menerima konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti PAP dan kemudian DAP.Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan ‘tapisan’ ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.Kenyataan ini telah dibuktikan semalam apabila 13 ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor sudah bersedia menunggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di pintu masuk lobi menara bangunan Parlimen kira-kira jam 2.30 petang gara-gara kenyataan Karpal mengatakan ‘Pemuda UMNO Celaka’.Mereka juga meminta Karpal meminta maaf tetapi Karpal tidak bercakap apa-apa menyebabkan kumpulan itu terus mendesaknya. Adalah tidak wajar perkataan celaka disebut dalam Parlimen, tempat yang darjatnya begitu tinggi bagi mendengar masalah rakyat dan negara. Kalau beliau ada masalah dengan Pemuda UMNO, beliau boleh buat kenyataan di luar bukannya berselindung di Dewan Rakyat.Karpal menuduh pemuda UMNO lah yang empunya kerja menghantar 2 butir peluru hidup ke rumahnya di Pulau Pinang. Mengapakah Karpal berani menuduh satu tuduhan berat tanpa bukti yang sahih?. Memang benarkah ianya kerja pemuda UMNO kalau Karpal dengan yakin menuduh pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya setelah Karpal mendapat pengakuan daripada salah seorang pemuda UMNO yang terlibat? Paling menghairankan mengapa Pemuda UMNO tidak membuat laporan polis berikutan kenyataan Karpal itu?Kemungkinan peluru itu dihantar oleh pemuda PAS atau Angkatan Muda Keadilan tetap ada. Dalam keadaan sebegini, macam-macam boleh berlaku. Mana tahu peluru itu dihantar oleh Cina DAP Pulau Pinang yang marah kepadanya kerana mengkritik Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tempoh hari.Hishamuddin, Khairi, Mukriz dan Razali adalah ahli-ahli Parlimen di kalangan pemuda UMNO. Saya tidak pasti adakah mereka itu berada di dalam Parlimen ketika Karpal mengeluarkan kenyataan tersebut. ‘Sindrom Bisu’ ini menyebabkan ramai percaya kemungkinan Pemuda UMNO benar-benar terlibat menghantar peluru tersebut. Kalau benar pun, hendak buat macam mana. Telah terlalu banyak kenyataan Karpal yang melukakan hati UMNO dan orang Melayu. Karpal kata Pemuda UMNO celaka bermakna dia juga mengatakan orang Melayu juga celaka.13 orang ketua pemuda bahagian UMNO di Selangor itu telah menutup keaiban sindrom bisu pemimpin pemuda UMNO. Kemunculan kumpulan 13 ini mengingatkan kita pemuda di zaman Datuk Harun dan era Syed Jaafar Albar yang keras, tegas dan berani.Bila disebut celaka ianya merupakan satu bentuk makian. Babi juga merupakan satu jenis cacian juga di kalangan orang Melayu. Siapa yang terkena cacian ‘babi’ ianya juga satu penghinaan kerana babi itu adalah jenis najis berat. Babi juga adalah jenis binatang perosak seperti babi hutan yang merosakkan tanam-tanaman. Ia juga jenis haiwan menyodok dan sebab itu hidung babi dempak kerana selalu berlaku kemalangan di hidungnya.SOALNYA JIKA PEMUDA UMNO ITU DIMAKI CELAKA, SIAPA PULAK YANG MENJADI BABI?Amir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

  2. sritribuana Says:

    Kalau begitu,rasanya yang menjadi babi ialah ketua-ketua pemuda UMNO.Rasionalnya begini:1.Karpal sebut dalam Dewan.Where are they at that material time?Mungkin masa itu mereka sedang menyodok mencari perwakilan dan sibuk dengan misi tersendiri.Yang bertanding mencari perwakilan.Perwakilan pula menanti calon-calon.Mereka berjanji dengan ‘fulus ikhlas’2.Lazimnyza kita selalu serabut apabila setiap kali datang PRU.Pemuda sibuk minta kouta daripada pemimpin supaya ramai dari kalangan mereka dapat jadi YB.Dah dapat jadi Ahli Parlimen entah kemana perginya.Karpal kata ‘celaka’ pun tak ramai yang berani bertekak dengan singh sorang itu dalam parlimen.Yang ada pun ‘pondan’.3.Si-Khairi pun buat ‘polical stunt’.Beri Karpal masa 24 jam.Konon.Entah untuk apa?Bagi saya,itu adalah publisiti murahan untuk menampakkan kejaguhan.4.Dalam Parlimen karpal ada imuniti.Kenapa tak bertekak dalam dewan kerana sama-sama ‘level’ ada imuniti.5.Dalam Parlimen macam ‘ayam dogel'(ketik tunga).Kat luar panggil dan kerah pemuda-pemuda berarak ke Parlimen menyerang Karpal macam ‘jakun’.Itu lah bakat yang dapat dilahirkan.6.Mungkin Anwar pun malu nak mengaku bahawa dia pernah memimpin Pemuda UMNO satu waktu dahulu.7.Kalau dato Jaafar Albar dan dato’ Harun Idris masih hidup,mungkin bukan sekadar malu hendak mengaku pernah memimpin Pemuda UMNO,mengaku menjadi ahli UMNO pun munkin mereka malu.8.Hang Jebat dan Hang Tuah mungkin akan berganding bahu ‘mengamuk’apabila melihat ketua budak-budak melayu mohon maaf selepas cium keris.9. Mungkin Hang Tuah akan membawa usul khas dalam Perhimpunan Agung bulan MAC nanti supaya hentikan Melayu melaung slogan “takkan Melayu hilang di dunia”Konklusif: “I’m not scared to walk alone in this world”

  3. sritribuana Says:

    Sorry..Tan Sri syed Jaafar Albar(pembetulan)Saya hormat dengan arwah kerana beliau juga ‘not scared to walk alone in this world’tatkala arwah masih hidup.Begitu juga arwah Dato Hurun Idris.Alfatihah.Semoga Allah merahmati perjuangan mereka dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: