PEMUDA UMNO CELAKA

Mana maruah dan keberanian Pemuda UMNO?

Mana pemimpin yang menghunus keris dan melaungkan “Hidup Melayu”?

Pengerusi DAP, Karpal Singh sudah melaungkan “Pemuda Umno ini celaka” dan apa pemimpin Pemuda UMNO mahu melakukan terhadapnya?

Menggelarkan dirinya Raja, “Singh is King”, Karpal kini berani merendahkan Pemuda UMNO ke darjat paling jijik pernah dibuat oleh seseorang pemimpin pembangkang.

Dua calon Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir adalah dua anggota Dewan Rakyat di mana Karpal mengeluarkan kata-katanya.

Ketua Pemuda UMNO yang akan melepaskan jawatannya – Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga Ahli Parlimen.

Sementara calon Naib Ketua – Datuk Razali Ibrahim juga adalah Ahli Parlimen. Setiausaha Kerja Pemuda UMNO juga anggota Dewan Rakyat.

Walaupun Karpal tarik balik itu setelah dipaksa.

Di mana pemimpin Pemuda ini mahu letak muka? Tidak malu?

Saya mahu lihat apa dibuat oleh Pemuda UMNO. Mungkinkah akan ada perhimpunan seperti pada 1988 di Stadium TPCA?

Hari ini di Dewan Rakyat, Pengerusi DAP Karpal Singh terpaksa menarik balik perkataan “celaka” yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

“Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia,” katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini.”

Kata-kata Karpal itu menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

“Pemuda Umno ini celaka. Jangan ganggu saya,” katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

“Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB,” kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda Umno tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

“Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King,” kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Advertisements

4 Responses to “PEMUDA UMNO CELAKA”

  1. Memang celaka la si Singh parkinson ni… mereka-mereka yang celaka dalam politik tanah air ialah.Pengerusi : BABI Barua Anwar Bin Ibrahim @ DSAINaib pengerusi : Karpal sing @ parkinsonSetiausaha : Lim kit siang@ cemengNaib Su :Guan eng (auw)Bendahari : Gobind sing pariaketua Kanan Biro : Khalid samad @ belitKetua biro Pas : Zulkifli (kuala selangor)Ketua biro lucah : zuraidah (ampang)Ketua biro bahlul : Ap Sungai petaniKetua biro meracau : nik azizKetua halalan toyiba : haji hadiKetua muslimah : ap kg gajahKetua erdogan : Kusam masam (husam musa)Ketua media senget sebelah : MSOKetua porak peranda @perompak : KJ (menantu PM)

  2. Sebagai seorang peguam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan celaka dan dan menuduh tanpa bukti.Masalah yang dalam Pemuda Umno ialah tiada pemimpin yang berani dan tidak ada karisma.Tidak berani menyahut cabaran dari pembakang dlm apa-ap debat.Sepatutnya Ketua Pemuda memyahut saja apa-apa cabaran dari pembakang dan berhujah mengikut fakta dan jangan bertindak mengikut emosi.Sayangnya kita tidak nampak pemimpin pemuda yang mempuyai karisma yang bijak berhujah seperti Rahim Thamby chik,Ahmad zahid hamidi dan Anwar ibrahim

  3. KP UMNO sekarang ni pon,,, pon,,,pon ,,, auw!!!

  4. kembara putih Says:

    Sudah sampai masanya Pemuda UMNO membuang skirt & suara auuwww…aauuwww

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: