USAHA BERTERUSAN GAGALKAN NAJIB…

Bahagian 1

Semakin hampir dengan Mac, semakin banyak pula teori politik yang ditabur dan kenyataan pemimpin pembangkang pun semakin terbuka mengkritik pemimpin UMNO, khususnya yang akan berada di puncak kuasa.

Teori-teori mengatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal menjadi Perdana Menteri selepas Mac ini masih bersebaran.

Ada juak-juak yang menyebarkannya.
Mereka ini mendapat upah daripada kumpulan yang mahu mempertahankan Abdullah setelah tahu mereka ‘tidak akan diterima’ oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak akibat perbuatan mereka yang keterlaluan itu.

Perbuatan mereka itu bukan baru malah sejak beberapa bulan lalu dan siapa kepalanya sudah menjadi “known secret”.

Apapun, untuk tidak menyusah dan mengusutkan politik Malaysia, marilah kita sama-sama menerima dengan tangan terbuka titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen semalam.

Secara terbuka, Seri Paduka Baginda sudah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang bakal menyerahkan kepimpinannya kepada Datuk Seri Najib Razak, bulan depan.

Dalam titah ucapan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, Seri Paduka Baginda berharap peralihan kuasa itu akan berjalan lancar.

“Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.

“Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar supaya agenda pembangunan negara dapat diteruskan,” titah Seri Paduka Baginda.

Juak-juak yang masih aktif bagaikan tidak reti-reti dengan kehendak Abdullah sendiri apabila pada 8 Oktober tahun lalu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini.
Dengan itu bermakna beliau akan meletak jawatan setelah menjadi Perdana Menteri sejak 31 Oktober 2003.

Bukan juak-juak sahaja yang bekerja untuk menggagalkan Najib.
Lihat apa mainan pembangkang, termasuk PAS apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minta Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini bukan kali pertama Nik Aziz berkata sebegini.
Nik Aziz bercakap sebelah petang, sedangkan Seri Paduka Baginda bertitah untuk memberitahu rakyat mengenai kedudukan Abdullah dan Najib pada tengah hari.

Apakah Nik Aziz pun buat-buat tidak faham mengenai kedudukan ini?

Apakah Nik Aziz mahu mempertikaikan peralihan kuasa sedangkan Dewan Rakyat sudah dimaklumkan bahawa Abdullah ‘ akan pergi”?

Nik Aziz minta Abdullah pegang jawatan hingga pilihan raya umum depan.
Seperti kata lawi-ayam.blogspot.com, Apakah Nik Aziz ikhlas atau memasang strategi mudah untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Walau apa juga kata Nik Aziz, rasanya beliau melihat kekuatan yang ada pada Datuk Seri Mohd Najib Razak memang sukar untuk PAS rebahkan.

Nik Aziz melihat ‘merebahkan’ Abdullah lebih mudah berbanding Najib dan kerana itu beliau hari ini mengulangi sekali lagi supaya Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13.

Walau apa juga alasan diberikan Nik Aziz mengenai Najib tetapi yang jelas Nik Aziz mesti tahu punca kenapa meminta Abdullah jangan berundur selepas perhimpunan agung Umno Mac depan.

Sebab utama menurut Nik Aziz ialah bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Kata Nik Aziz, ini kerana PAS melihat sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Beliau menyeru Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

“Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

“Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang Timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.
“Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

“Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu.

Nik Aziz menasihatkan Abdullah supaya terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

“Kalau Dato’ Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur? Saya tak faham politik Umno sekarang,” ujar beliau.

Katanya, tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai UMNO.

Saya tidak faham kenapa Nik Aziz menyatakan demikian, sedangkan sudah jelas Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Najib akan mengambil alih teraju pemerintahan.

Persoalannya , saya ulangi, apakah Nik Aziz berkata daripada hatinya yang ikhlas.

Atau mungkin juga mulutnya disumbat dengan perkataan oleh penasihat terdekatnya yang memang menjadi ‘orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim’ untuk menyerang Najib.

Ini kerana selagi Najib berada di takhta UMNO, orang itu tidak akan tercapai cita-citanya untuk menjadi Menteri atau pemimpin tinggi negara kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.

Hanya dengan menjatuhkan Najib atau Abdullah bersekali, barulah matlamat dan hasrat orang yang menjadi kepercayaan Nik Aziz itu boleh memenuhi cita-citanya.

Bagi saya Nik Aziz ada ‘hantu raya’ di dalam suaranya.

Tidak hairanlah kalau bukan saya sahaja terkejut dengan perubahan nada Nik Aziz ini.

Mohd Sayuti Omar (www.msomelayu.blogspot.com) tertanya-tanya dengan sikap Nik Aziz apabila beliau berkata “Gesaan Abdullah kekal PM- Saya harap Tok Guru Nik Aziz tidak ikhlas”.

Advertisements

5 Responses to “USAHA BERTERUSAN GAGALKAN NAJIB…”

  1. Zainal A. Kasim Says:

    Nik Aziz dan Pembangkang mempolitikkan jawatan Perdana Menteri dan mempertaruhkan nasib rakyat / negara kerana hendak meneruskan kelemahan kepimpinan sekarang. Dengan meneruskan kelemahan sekarang, Nik Aziz berharap pembangkang akan mengambil alih kepimpinan negara.Ini strategi politik mereka.Kita tidak boleh meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan negara. Untuk menjamin kekuatan ekonomi dan politik negara tidak tergugat, langkah terbaik adalah menukar kepimpinan negara pada penghujung March 2009 nanti. Tidak ada kata dua berkaitan dengan perkara ini.

  2. kembara putih Says:

    Nampaknya sdr penulis tidak berapa mengenali Tuan Guru Nik Aziz. Beliau bukannya jenis yang gila kuasa macam Najib. Beliau ikhlas. Masa Pak Lah memerintah bukan ke kita dapat melihat banyak pembaharuan yg dilakukan. Media massa lebih sedikit bebas berbanding zaman Tun. Lihat lah Bernama, Awani, Harakah pun dapat lebih kkerapan berbanding dulu. Sudah ada SPRM, Suruhanjaya Perlantikan Hakim dsbnya. Najib berbeza sekali berbanding Pak Lah, mungkin lebih teruk dari zaman kuku besi Tun. Tengok masa PRK KT hari tu, bermacam jenis sogokan rasuah yang tak terfikir oleh kita pun berlaku. Tengok episod rampasan kuasa di Perak dengan cara menculik, mengugut & rasuah. Rasanya Pak Lah pun tak sanggup nak buat..

  3. Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.”Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah”.”Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan”.”Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman”.”Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang”.”Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.”.”Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini”.View Profile: Rantong™

  4. Kembara Putih….Pendapat puak UMNO tidak akan bersetuju sama sekali dengan NIK AZIZ.Manakala pendapat pihak pembangkang untuk mengekalkan PM sekarang adalah retorik politik semata-mata.Sebenarnya NIK AZIZ takut bila Najib jadi PM,kot-kot Kelantan dapat dirampas oleh BN. Kepada PM sekarang, Agong dah ucap terimakasih dah semasa pembukaan sidang parlimen dua hari lepas, maka kepanasanlah puak pembangkang sekarang untuk menangkis helah PM Baru kita.

  5. amirhamzah64 Says:

    Salam,PAS Sokong Pak Lah : Ajaib tetapi Benar! UMNO telah mengambil keputusan agar peralihan kuasa secara teratur akan berlaku antara Pak Lah dan Najib pada Mac 2009. Peralihan kuasa dari seseorang pemimpin ke seorang pemimpin bukan lah perkara asing dalam UMNO. Almarhum Tunku telah menyerahkan kuasanya kepada Allahyarham Tun Razak. Allahyarham Tun Hussein kepada Tun Mahathir dan akhir sekali Tun Mahathir kepada Pak Lah 6 tahun yang lalu.Tradisi ini memperlihatkan ahli-ahli UMNO begitu rasional terhadap seseorang pemimpin kerana UMNO lebih mementingkan kepentingan parti dan rakyat daripada kepentingan individu. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi berkuburnya UMNO akan menyebabkan hilang tempat bergantung orang Melayu yang tidak boleh disangkal lagi jasa-jasa dan pengorbanannya kepada orang Melayu, negara dan Raja-raja Melayu. Pengorbanan Tunku, Tun Hussein, Tun Mahathir dan akhirnya Pak Lah jarang-jarang berlaku di mana-mana kalangan pemimpin baik di Malaysia maupun seluruh dunia. Lazimnya, pemimpin akan melepaskan kuasanya kerana terpaksa ,kalah dalam pilihanraya, revolusi rakyat atau sebagainya. Pemimpin juga akan jatuh jika adanya perebutan terhadap kuasa, harta dan wanita.Ketika seluruh ahli UMNO merestui peralihan kuasa mengikut tradisi UMNO, timbul pula kenyataan sokongan daripada PAS melalui pemimpinnya seperti Hadi Awang dan Nik Aziz. Mengapakah kedua-duanya lebih selesa berada sebagai pembangkang ketika Pak lah sebagai PM?. Sejak bila pulak mereka berdua ini serasi, sebulu dan seirama dengan pemimpin no.1 UMNO ini. Mengapa sokongan seperti ini tidak pernah kedengaran di zaman Tun Mahathir menjadi PM?. Bukankah kedua-duanya daripada parti yang sama dan tidak ada dasar yang ketara berbeza di zaman Tun M dan zaman Pak Lah. Di zaman Tun M dan Pak Lah hukum hudud masih lagi belum terlaksana. Apakah kelebihan Pak Lah sehingga menjadi ‘buah hati pengarang jantung’ kepada Hadi dan Nik Aziz.Adakah Pak Lah jarang menggunakan ISA di zaman pemerintahannya? Tetapi Nik Adli masih lagi merengkok di Kamunting. Mungkin juga Nik Aziz hendak ‘membodek’ Pak Lah buat kali terakhir agar Nik Adli dibebaskan sebelum peralihan kuasa nanti.Ramai berkata, Pak Lah lebih terbuka dan liberal sehingga semua orang boleh bersuara. Demokrasi di zaman Pak Lah hampir-hampir menyerupai demokrasi tulen. Dasar keterbukaan Pak Lah banyak membantu Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sehingga menguasai 5 negeri dan menafikan kemenangan 2/3 BN dalam parlimen buat kali pertama.Jika Pak Lah terus menjadi PM sehingga pilihanraya ke 13 nanti, mereka berdua sudah boleh memasang angan-angan Pakatan Rakyat untuk merealisasi perjalanan ke Putrajaya. Percubaan pertama mereka PAS,DAP dan Semangat 46 gagal dalam Pilihanraya Umum tahun 1990. Barisan Alternatif juga kalah teruk dalam pilihanraya Umum 2004. Pakatan Rakyat gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya dengan cemerlang dalam PAU 2008 sehingga menguasai 5 negeri dan ramai pemimpin-pemimpin utama mereka berada di Parlimen.Dalam senario politik yang tidak menentu, BN kelihatan semakin jauh di hati rakyat. UMNO sedang bergelut untuk membetulkan persepsi buruk rakyat terhadap parti itu. MCA, Gerakan dan MIC masih tidak kebah-kebah daripada demam dan masih kecewa di atas kekalahan besar ketiga-tiga parti itu.Maka, UMNO dan BN mestilah dihapuskan segera sebelum pilihanraya ke 13 atau selepas Pilihanraya umum. Adalah lebih mudah menjatuhkan BN dan UMNO ketika ahlinya bercakaran sesama sendiri, perebutan kuasa, rasuah dsbnya. Jika Pak Lah terus menjadi PM, ini adalah peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat.Namun hasrat murni PAS itu mungkin tidak tercapai apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Rakyat hari Isnin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri bulan hadapan. Sehubungan itu, baginda berharap, peralihan kepimpinan itu akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.Amir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: