UMNO TIADA GERAKAN BERSEPADU

(Sembang Ahad)

Semalam, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, UMNO akan terus memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai situasi sebenar politik negara terutama di Perak bagi membolehkan rakyat mengetahui sikap sebenar pembangkang.

“Saya fikir rakyat tidak akan menyokong kumpulan yang ingkar dan derhaka kepada raja…kita akan terus memberikan penerangan kepada rakyat mengenai perkembangan semasa politik tanah air,” katanya selepas melancarkan Program Tanam Semula Sawit Ke Sawit peringkat kebangsaan di Temerloh semalam.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas penulis blog yang menghina institusi raja di negara ini.

“Kita juga meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penulis blog terbabit selain mengemukakan cadangan (bentuk tindakan) kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata penulis blog telah memutar-belitkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri Perak sehingga menjejaskan imej dan kredibiliti insititusi beraja yang selama ini dihormati dan termaktub di dalam Perlembagaan.

Wahai Ketua Penerangan UMNO, persoalannya bukan sekadar penjelasan dan mengambil tindakan terhadap penulis blog.

Ini cara lama dan kuno dalam abad ke 21 ini. UMNO sewajarnya ‘menyerang’ dan menggunakan sebarang peluang bukan penjelasan sepanjang masa.

Sekarang baru sedar blog dan website penting – namun apakah langkah bersepadu yang dilakukan Ibu Pejabat UMNO menggendalikan isu ini?

Cuba buka website UMNO negeri-negeri, apakah ia berfungsi?

Mana penulis blog UMNO Negeri?

Kalau mahu teruskan penjelasan, mananya penjelasan UMNO secara bersepadu mengenai isu-isu utama sama ada melalui parti atau saluran yang proUMNO?

Kita sering mendengar pemimpin UMNO membuat penjelasan dengan seribu irama, bukan satu nada dan irama!

Baru-baru ini ada bekas Menteri yang kononnya mendakwa dirinya sebagai orang yang diamanahkan untuk bertemu dan mengumpulkan penggendali dan penulis blog.

Beri nombor telefon dan blognya tetapi apabila dihubungi tidak pernah ada respon. Hangat-hangat tahi ayam!

Sebaliknya Pakatan Rakyat menggunakan blog dan penceramah secara bersepadu sedangkan UMNO hanya mengharapkan beberapa blog yang dikendalikannya sahaja untuk mempertahankan parti.

Kalau yang bukan di Ibu Pejabat UMNO, itupun kerana memang penggendali blog berkenaan bersimpati dengan BN dan sayangkan UMNO.

Tetapi apakah UMNO sayangkan mereka?

Jawapanya ada kepada pemimpin UMNO, termasuk Muhammad Taib.

Malah, kini Ketua Penerangan UMNO itu jelas sudah ‘patah kuku’ dan mati akal untuk menyusun program yang mampu menangkis serangan pembangkang apabila mahu mengambil tindakan terhadap blog propembangkang.

Memang benar bukan tugasnya seorang tetapi lihat sahaja apa yang dilakukan oleh PAS.
PAS menggunakan ramai penceramah, termasuk mualaf untuk membantu supaya orang Cina mempercayai perjuangan mereka. Malah ia bukan sekadar berceramah di tempat mereka, sebaliknya hingga ke negeri lain.

Contohnya malam kelmarin, pada ceramah perdana di Padang Perdana, Kota Bharu malam kelmarin, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Adham Lim Abdullah cuba memupuk kemarahan orang Kelantan terhadap BN apabila berkata, rumah Adun Jelapang sekarang menjadi sasaran rakyat yang tidak berpuas hati terhadap tindakannya menjadi pembelot.

“Saya diberitahu setiap hari orang yang lalu lalang di depan rumahnya menghamburkan kata-kata kesat. Ada yang melemparkan telur busuk dan macam-macam lagi.
“Anaknya juga tidak dapat berniaga seperti biasa sekarang kerana tidak tahan berdepan dengan cemuhan orang ramai,” katanya.

Menurut Adham Lim lagi, tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak dikatakan dihimpit kecelaruan apabila masih menyembunyikan diri sehingga sekarang.

Tiga Adun Bebas, Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang); Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) dikatakan oleh Adham Lim, belum kembali ke rumah mereka sejak episod kehilangan mereka sebelum ini.

Malah seorang daripada Adun terbabit, menurut Adham Lim tidak juga kembali ke rumah biar pun isterinya sakit tenat sekarang.

Manakala Hee Yat merupakan orang kurang upaya (OKU) juga belum pulang ke rumahnya.
Perkembangan isu di Perak sekarang ternyata menarik minat rakyat Kelantan apabila ribuan hadir. Padang Perdana dipenuhi ‘lautan’ manusia berkopiah dan bertudung putih.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, anggota parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan wakil Hamas, Sami Abu Zahri.

Dilaporkan ribuan hadir pada ceramah di Kedai Kubang Kerian.

Sebelum itu ceramah juga diadakan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah dan Markaz Tarbiah PAS Rantau Panjang.

Mana ceramah gabungan UMNO Pusat dan UMNO Kelantan?

Advertisements

2 Responses to “UMNO TIADA GERAKAN BERSEPADU”

  1. amirhamzah64 Says:

    Salam,Izinkan saya memberi respon.UMNO : Buat Salah Tak Buat Salah! Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, UMNO akan terus memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai situasi sebenar politik negara terutama di Perak bagi membolehkan rakyat mengetahui sikap sebenar pembangkang.Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi supaya mengambil tindakan segera ke atas penulis blog yang menghina institusi raja di negara ini.Ada dua perkara yang dibangkitkan iaitu memberi penjelasan kepada rakyat dan tindakan kepada penulis-penulis blog yang menghina sultan.Rakyat Malaysia kebanyakannya telah mendapat pendidikan yang sepatutnya mereka dapat. Mereka telah dapat memikirkan mana satu tindakan yang baik atau tidak. Mereka tidak terdedah banyak tentang ‘politiking’ ahli-ahli politik. Rakyat sekarang lebih terdedah dengan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat yang tidak putus-putus sejak 1998 lagi.PAS misalnya telah menjadikan medium ceramah bergerak ini lebih awal dari itu. Setiap ceramah politik mereka semakin bertambah peminatnya dari sehari ke sehari. Bukan sedikit yang terpengaruh dengan ceramah-ceramah begini. UMNO memang memandang enteng cara pembangkang berceramah kerana UMNO menggunakan medium media massa elektronik dan bercetak yang mereka kuasai.Ceramah secara terus kepada khalayak ramai sangat berkesan meresap sanubari pendengarnya. Syaratnya seseorang itu perlu hadir ke tempat ceramah, memberi fokus dan akhirnya jika berkali-kali mereka hadir lambat laun yang totok UMNO pun boleh cair dan terpengaruh.Dahulu, memang pembangkang merasa tidak puashati dengan laporan, liputan dan layanan berat sebelah tentang media-media di negara ini. Kini mereka sudah ada surat khabar sendiri, tv sendiri, laman web sendiri dan ceramah-ceramah yang tidak putus-putus hingga ke hari ini.Perkembangan dan kemajuan pembangkang tidak pernah diambil tahu oleh BN dan UMNO sendiri.’Think Tank’ UMNO sudah khayal dengan kemewahan dan SB Polis laporannya sudah tidak didengari lagi oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Inilah akibatnya.Hari ini pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Ketua Penerangan UMNO Malaysia mahu memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai situasi sebenar politik negara. Siapakah yang mahu hadir dan siapakah yang sudi mendengarnya? Kalau ada yang hadir tetapi ianya bukan sasaran golongan yang diinginkan. Apakah kerja Ketua Penerangan UMNO pusat, UMNO Negeri dan UMNO Bahagian-Bahagian sebelum ini? Mengambil tindakan kepada blog-blog yang memutarbelitkan dasar-dasar kerajaan atau yang menghina sultan bukanlah satu tindakan yang bijak. UMNO boleh gunakan blog-blog pemimpin UMNO untuk menerangkan dan jangan mengharapkan ianya dipercayai. Penerangan melalui blog wajib dilakukan hasilnya belum pasti. Itu pun kalau ada yang sudi melayarinya. Blog UMNO Negeri-negeri adalah saluran lain yang boleh digunakan. Disamping itu ada beribu-ribu lagi blog peribadi yang pro kerajaan. BN dan UMNO perlu bijak menangkis serangan dan waktu yang sama UMNO perlu mempertahankan dirinya. Tan Sri Mohamad jangan mengelabah dan marah-marah. Ketika nafsu marah menguasai diri, kecewa yang teramat sangat boleh membuatkan akal kita menjadi pendek.Amir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

  2. Nuar Musa dok melobi nak jadi DUTA. Bekas ketua pemuda Dali dok kerja keras sebab nak bayar hutang pemilihan ketua Bahagian tahunlepas, dengar cerita habis hampir dengan jutaan ringgit tapi di “sponser” oleh anak menantu…ketua-ketua pemuda negeri sibuk dok kempen anak menantu agar menang dalam PAU nanti sambil -sambil tu dapatlah taPAU sikit sebanyak… nak buat apa ceramah UMNO dikelantan? sebab baik penuhkan agenda poket ketua masing-masing, termasuk lakhanat nuar musa. Orang nama nuar ni memang tidak boleh dipercaya cth : nuar musa ,,,hampeh… nuar sondol…. lagi hampeh,,,, musa aman…. 2×5 dengan nuar musa je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: