CALON MESTI DARI BUKIT GANTANG

Seseorang yang bernama Abd Bashid Harun menghantar pendapat atau mungkin laporan mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Gantng melalui komen terhadap posting semalam, “Abdul Azim Sudah Bersedia”.

Terima kasih kerana Abd Bashid sanggup menulis panjang .

Saya menghargai apa yang disebutkan melalui komen beliau dan berharap mendapat perhatian pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hakikat yang patut diterima oleh parti ialah, hargai dan pertimbangkan pendapat orang bawahan atau akar umbi.

Ikuti apa yang dikatakan oleh Abd Bashid:

“1. Dalam pertemuan yang dihadiri oleh barisan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Gantang dengan wakil-wakil dari seluruh cawangan yang meliputi semua sayap parti pada jam 9.00 malam, 9 Februari lalu, satu kesepakatan telah dibuat bahawa semua ahli inginkan calon BN yang bertanding di kawasan ini ialah calon dari Bukit Gantang sendiri.

2. Ramai ahli yang bangun mengingatkan akan perkara ini seolah-olah memberi amaran kepada pemimpin UMNO agar jangan berlaku pisang berbuah bagi kali yang ketiga. Dan setiap kali itulah juga Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Haji Rosli bangun dan melaungkan janji bahawa calon yang bertanding pada kali ini akan dipastikan mesti datang dari kawasan Bukit Gantang sendiri.

3. Sebagai menunjukkan betapa menggunungnya harapan ahli tentang perkara yang satu ini dan mereka serius tentangnya, maka setiap kali mereka bangun meminta kepastian tentang hal ini setiap kali itulah seluruh ahli memberikan tepukan gemuruh.


4. Begitu juga setiap kali YB Datuk Rosli memberikan aku janji yang perkara ini akan dipastikan, maka setiap kali itulah juga ahli-ahli yang hadir bertepuk tangan.

5. Bagi ahli-ahli UMNO di Parlimen P059 Bukit Gantang, kita berkeyakinan bahawa kita tidak kekeringan calon yang berkelayakan memandangkan di sini ada lebih kurang 102 cawangan, dengan ahli berjumlah tidak kurang daripada 19,265 orang.

6. Jika kita ambil kira jumlah pengundi di P059 Bukit Gantang, pengundi Melayu masih menjadi pengundi utama daripada 55, 471 pengundi keseluruha.n

7. Pecahannya seperti berikut. Bagi DUN Changkat Jering, pengundi Melayu mencatat 63.43% daripada 24,864 orang, DUN Kuala Sepetang, pengundi Melayu berjumlah 59.83% daripada 19,699 orang dan pengundi Melayu bagi DUN Trong pula berjumlah 69.42% daripada 10, 908 orang.

8. Pada Pilihanraya Umum 2004 kita telah menyaksikan bagaimana Parlimen P059 Bukit Gantang terpaksa menerima calon bukan Melayu dari Parti Gerakan, Peristiwa ini tidak mudah dilupakan oleh pengundi Melayu khususnya ahli UMNO di kawasan ini.

9. Sungguhpun Parti Gerakan masih dalam komponen BN hakikatnya itulah tolak ansur UMNO yang paling besar untuk rakan-rakan kita dalam komponen BN.

10. UMNO telah melakukan pengorbanan yang cukup besar atas nama semangat setiakawan dan perkongsian kuasa dalam parti BN dengan menyerahkan kerusi tradisi kita untuk tempoh sepenggal kepada Gerakan.

11. Sejak itulah harapan kita sebagai ahli UMNO kawasan ini begitu besar untuk melihat semula agar kerusi di P059 Bukit Gantang dikembalikan semula kepada UMNO.

12. Tetapi apa yang telah berlaku dalam PRU12 yang lalu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah kita, sebaliknya telah menambah dukacita kita apabila pengorbanan kita selama sepenggal dirasakan tidak dihargai sama sekali.

13. Ini berlaku apabila calon BN yang bertanding sungguhpun ahli UMNO tetapi didatangkan dari luar seolah-olah kita di sini ketiadaan calon yang berkelayakan. Janji untuk mengembalikan kepada UMNO ditepati, tetapi janji untuk memberikan keutamaan kepada anak tempatan tidak berlaku.

14. Keadaan di atas telah dilihat sebagai mencalit arang di muka pemimpin dan ahli UMNO di sini.

15. Suara-suara di luar sana yang menyatakan bahawa P059 Bukit Gantang tiada calon yang berkelayakan sehingga terpaksa dibawa masuk orang luar untuk menjadi calon di sini hanyalah merupakan satu andaian dan persepsi semata-mata. Ini berlaku kerana kegagalan sebahagian kita melihat realiti dan wajah sebenar Bukit Gantang atau tidak mendapat maklum balas yang sebenar.

16. Jika tidak percaya kumpullah kesemua 102 Ketua UMNO Cawangan dan 102 Ketua Wanita Cawangan dan tanya mereka siapa calon yang layak, nescaya mereka akan menyenaraikan calon-calon yang berkenaan.

17. Tetapi adakah tradisi mendapatkan pandangan akar umbi melalui Ketua UMNO Cawangan diambil kira sebelum nama-nama calon dicadangkan ke peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat pusat.

18. Atau apa yang berlaku seperti yang dahulu juga iaitu UMNO Bahagian berebut-rebut untuk menghantar nama ke negeri dan pusat dan kemudian setelah itu barulah ketua/ahli cawangan dikumpulkan untuk memberitahu yang nama-nama calon telah pun dicadangkan sambil merayu ahli agar akur kepada siapa sahaja calon yang ditentukan oleh pimpinan UMNO tertinggi.

19. Saya tidak mahu memanjangkan perkara 17 dan 18 itu kerana saya percaya UMNO Pusat akan meneliti hal ini dengan penuh bijaksana tanpa sebarang sentiment.

20. Setelah jelas tentang hal itu, perkara seterusnya yang mesti diberi keutamaan ialah pemilihan calon yang mewakili BN. Sebenarnya tidak sukar kerana calon-calonnya sudah sedia ada iaitu sekumpulan mereka yang sudah melepasi satu tahap ujian iaitu AJK UMNO Bahagian Bukit Gantang.

21. Tentulah keutamaan mesti diberi kepada calon-calon yang menang dalam pemilihan di peringkat bahagian tempoh hari sebab calon itu dapat memberi gambaran yang mereka sebenarnya dipilih oleh perwakilan bahagian.

22. Selain itu calon-calon yang yang dilantik oleh Ketua Bahagian juga mesti diketengahkan jika difikirkan mereka lebih layak dan berkemampuan.

23. Selain kedudukan seseorang calon dalam AJK Bahagian, fungsi mereka dalam parti di peringkat cawangan, peranan dan sumbangan mereka dalam masyarakat, NGO, badan-badan sukarela dan institusi tertentu seperti masjid, surau, RT dan lain-lain wajar diambil kira sebagai nilai tambah kepada calon-calon yang dicadangkan.

24. Peranan dan sumbangan calon dalam aktiviti yang disebutkan dalam perkara 23 sebenarnya lebih penting bagi membuktikan betapa peranan mereka lebih menyeluruh dan meluas, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti kepartian.

25. Malahan sumbangan mereka dalam aktiviti-aktiviti seumpama itu merupakakan isyarat yang jelas bahawa diri mereka dapat diterima oleh masyarakat dan turut menggambarkan mereka bersedia memainkan peranan mudah lentur atau flexi menurut keperluan dan kepentingan semasa.

26. Lebih jelas lagi mereka yang berperanan aktif dalam masyarakat dan berupaya memainkan peranan menurut kebolehan masing-masing sebenarnya mempunyai pengaruh sendiri dalam masyarakat dan mempunyai pengikut yang tertentu. Ini memang berguna untuk memenangi sesuatu pilihanraya kerana memang pilihanraya didahulu dengan aktiviti memenangi hati.

27. Jika sebagai kakitangan awam, kita selalu menekankan aspek ASK, iaitu Attitude (Sikap), Skill (Kemahiran) dan Knowledge (Pengetahuan), maka dalam bidang politik khususnya dalam penentuan calon-calon yang mewakili BN, ketiga-tiga ciri ini hanyalah menjadi bonus kepada calon jika ada.

28. Dalam bidang politik ketiga-tiga elemen di atas sebenarnya sudah termasuk dalam TIGA elemen yang lebih besar iaitu RSP, iaitu Religion (Agama), Society (Masyarakat) dan Personality (Keperibadian). Lebih besar kaitan calon dengan ketiga-tiga elemen itu maka lebih besarlah peluang calon itu untuk diterima dan seterusnya muncul sebagai pemenang.

29. Kalau tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh calon masih boleh ditolakansurkan, namun ketiga-tiga elemen berikut dikatakan penting dan tidak dapat tidak mesti ada pada setiap calon yang bertanding.

30. Ketiga-tiga elemen itu ialah daya penarik, mesra rakyat dan bersih. Ketiga-tiga elemen ini lebih kerap disebut sejak kekalahan kita dalam PRK di Kuala Terengganu, malahan lebih awal dari itu iaitu sejak kekalahan kita di beberapa buah negeri dalam PRU12 yang lalu.

31. Jadi menjadi tanggungjawab pemimpin UMNO di peringkat Bahagian untuk memastikan agar calon yang terpilih nanti mesti ada ketiga-tiga elemen di atas.

32. Walaupun saya menyebutkan sebelum ini bahawa tahap pendidikan masih boleh ditolakansurkan namun jika calon dari parti lawan meletakkan calon yang jaub lebih berpengatahuan dan mempunyai kelulusan yang lebih tinggi, maka faktor ini tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.

33. Kita harus ingat bahawa calon yang ingin kita ketengahkan ini akan mewakili rakyat Bukit Gantang ke peringkat parlimen dan bakal membawa suara rakyat dengan berkesan di dewan yang mulia itu.

34. Tentulah calon itu bukan sahaja wajar berpengetahuan, tetapi juga mempunyai kebolehan berkomunikasi dan tahap mempengaruhi yang tinggi. Jika calon itu tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan sejajar dengan keperluan parlimen yang mulia, kita khuatir calon itu akan tenggelam di tengah-tengah suara ahli parlimen lain yang jauh lebih berkaliber.

35. Malahan dalam dunia sekarang orang selalu melihat faktor pengetahuan ini sangat penting apatah lagi jika kita berhajat membawa calon kita ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang termasuk menjawat jawatan Timbalan Menteri kalau tidak pun sebagai Menteri penuh.

36. Tentulah menjadi suatu kebanggaan bagi anak tempatan jika ada anak tempatan yang berjaya setinggi itu, apatah lagi berupaya bersuara mewakili mereka.

Hakcipta Abd Bashid Harun”

Bagi saya semuanya sudah jelas. Jadi, UMNO dan BN bertindak bijaklah.

Advertisements

3 Responses to “CALON MESTI DARI BUKIT GANTANG”

  1. Hasrul Halid Says:

    Insha Allah, mungkin anak tempatan lah yang akan dipilih sebagai calon.

  2. amirhamzah64 Says:

    Pak Lah: Dengarlah Cakap Orang Bukit Gantang!Pemimpin-pemimpin atasan UMNO perlu belajar daripada PRK Permatang Pauh dan juga PRK Kuala Terengganu. Khususnya PRK Kuala Terengganu di mana dikatakan ahli UMNO tidak memberi sokongan 100% kepada calon pilihan Pak Lah dan Khairi.Setelah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang menjadi kerusi taruhan BN untuk menguji sokongan rakyat berdasarkan krisis politik yang berlaku di Perak. Kemenangan atau kekalahan BN di Bukit Gantang nanti akan memberi gambaran umum tentang pendirian rakyat Perak sama ada bersetuju atau menolak peralihan kuasa kerajaan negeri baru-baru ini.Bagi mempastikan sokongan orang-orang Melayu khususnya UMNO terhadap calon yang diketengahkan nanti ianya mestilah berdasarkan pandangan dan kehendak orang-orang Melayu akar umbi khususnya dan UMNO Bahagian Bukit Gantang amnya. Undi Melayu adalah undi penentu berdasarkan statistik pengundi 2008.Jumlah pengundi di P059 Bukit Gantang menunjukkan pengundi Melayu masih menjadi pengundi utama daripada 55, 471 pengundi keseluruhan. Pecahannya adalah seperti berikut. Bagi DUN Changkat Jering, pengundi Melayu mencatat 63.43% daripada 24,864 orang, DUN Kuala Sepetang, pengundi Melayu berjumlah 59.83% daripada 19,699 orang dan pengundi Melayu bagi DUN Trong pula berjumlah 69.42% daripada 10, 908 orang.Perkara yang pasti, calon BN mestilah datang daripada UMNO. UMNO telah berkorban dengan menyerahkan calon Gerakan bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya 2004 atas semangat setiakawan dalam BN. Kini tibalah masanya masyarakat bukan Melayu menyokong calon UMNO berikutan kemerosotan pengaruh MCA, Gerakan dan MIC dalam pilihanraya Mac 2008 yang lalu.Perkara kedua, calon UMNO mestilah dari kalangan anak jati Bukit Gantang dan diterima oleh ketua-ketua cawangan dan UMNO Bahagian Bukit Gantang kerana merekalah yang akan bekerja kuat dan merekalah yang mengundi. Tegasnya, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi bukanlah calonnya kerana beliau bukan anak Bukit Gantang. Beliau ini adalah orang Batu Gajah, menjadi ketua bahagian Bukit Bintang.Tambahan pula,dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu, Abdul Azim tewas dengan majoriti 1,566 undi apabila mendapat 18,499 undi berbanding calon Pas, Roslan Shaharum yang mendapat 20,015 undi.Pendapat saya ini disokong oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Samad. “BN biasanya cepat belajar. Saya yakin BN, terutama UMNO pasti sudah belajar daripada kesilapan dan kelemahan kempen yang dilakukan ketika Pilihanraya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dulu,” katanya. Menurut Shahrir, beliau percaya berdasarkan pengalaman dan pengajaran daripada kedua-dua PRK itu, BN boleh mengaturkan strategi lebih tersusun dan memilih calon tempatan yang sesuai dan popular serta diterima masyarakat. “Saya harap BN tidak bertindak seperti dahulu, iaitu lebih mengutamakan kepentingan parti daripada kehendak pengundi,” katanya kepada agendadaily.Perkara ketiga, selain pilihan UMNO akar umbi dan UMNO Bahagian ianya mestilah mendapat sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak yang baru bukannya terdiri daripada orang-orang Pak Lah atau Khairi. Sentimen anti Khairi dalam UMNO amat ketara di Kuala Terengganu. UMNO perlu belajar banyak perkara di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Perkara keempat, budaya mengutuk, menghentam, membelasah PR secara keterlaluan melalui ceramah dan media massa hendaklah diganti dengan budaya menjelas, menerang dan mesra pengundi. TV 3 jangan menjadi lebih sudu dari kuah. Isu yang berlebih-lebih akan menambah rasa meluat dikalangan pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti.Perkara kelima, Isu-isu peralihan kuasa kerajaan baru ini perlu dijelaskan secara berhemah, mudah difahami oleh masyarakat luar bandar, rasional dan boleh diterima oleh akal rakyat teramai. Penerangan secara jujur dan telus amat diperlukan bagi menangkis gambaran yang telah terpesong. Berilah rakyat berfikir dan membuat keputusan dengan ikhlas bukannya mengundi BN kerana mendapat habuan, hadiah dan janji-janji manis.Amir HamzahBatu Pahatwww.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

  3. Menurut kata Tun Mahathir UMNO terdesak dan menerima pemimpin yang tidak berkualiti dan di tuduh rasuah. UMNO akan merima padah.Wahai UMNO marilah kita renungi bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: