DALANG DAH SEMAKIN JELAS

Semalam saya timbulkan isu ‘tangan ghib’ iaitu siapa yang suruh atau ‘perintah’ Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin buat itu dan ini.

Hari ini jawapan yang kelam itu semakin menampakkan bayang.

Apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti, bayang-bayang siapa dalang dalam kes di Perak ini semakin jelas.

Menurut Karpal, Anwar juga harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

Turut menghairankan ialah dalam DAP sendiri, nampaknya Lim Kit Siang sebagai Penasihat parti juga turut dicucuk hidung oleh Anwar.

Ini kerana dengan kenyataan Karpal itu dengan sendirinya membuka ruang kepada orang yang menjadi dalang untuk menjadikan Perak kelam-kabut.

Dan hari ini, Anwar larang Mohd Nizar kosongkan kediaman rasmi Menteri Besar kerana Pakatan Rakyat masih menganggapnya Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan atau tidak ada undi tidak percaya, Mohd Nizar perlu terus mendiami kediaman rasmi itu.

“Kalau depa tidak kunci pejabat, pergi ke pejabat. Kalau kunci, buat rumah ni jadi pejabat,” katanya.

Kesan kat Mohd Nizar, hidungnya bagai kena cucuk sedangkan beliau adalah pemimpin PAS.
Di manakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengatasi kemelut ini?
Apakah beliau tidak mampu melakukannya?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula hari ini berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Anwar berhubung kenyataan Karpal Singh bahawa Anwar tidak layak memimpin Pakatan Rakyat.

“Saya tidak mahu komen dalam perkara itu dan saya mahu tanya sendiri Datuk Seri Anwar apa cerita sebenar,” katanya kepada pemberita.

Anwar menganggap kenyataan Karpal Singh terhadapnya dan beberapa pemimpin DAP adalah bersifat peribadi dan tidak akan memecahbelahkan parti gabungan PKR-DAP-PAS.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata kenyataan Karpal itu ekoran tindakannya tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin DAP itu untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berikutan titah baginda supaya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Pemimpin de facto Pakatan Rakyat itu juga menafikan dakwaan Karpal bahawa beliau mempelopori budaya melompat parti dalam Pakatan Rakyat.

Anwar yang ditemui pemberita selepas menghadiri program perhimpunan kembalikan kerajaan pakatan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh malam semalam turut berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Karpal untuk menjelaskan perkara yang dibangkitkan itu.

Anwar berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Karpal hari ini dalam sidang akhbarnya di Pulau Pinang yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin Pakatan Rakyat kerana mempromosi budaya lompat parti dan telah menyebabkan porak peranda dalam DAP.

Turut hadir pada acara malam ini ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak hadir pada majlis itu sungguhpun pada mulanya Kit Siang dilaporkan akan menghadirinya.
Persoalannya, kenapakah PAS membiarkan Anwar menjadi perancang sedangkan masalah yang melanda Mohd Nizar juga adalah masalah PAS?

Jika PAS membiarkan sahaja Mohd Nizar ‘hilang arah’ ia akan turut memberikan kesan kepada parti itu sendiri di masa hadapan.

Advertisements

2 Responses to “DALANG DAH SEMAKIN JELAS”

  1. BLACK PARIA Says:

    Ahli Parlimen Bukit Gantang, Hj Roslan Shaharum meninggal dunia selepas jatuh, dipercayai akibat darah tinggi. Al-Fatihah. nampaknya akan ada pilihan raya kecilmasin ayor lior org perak nak sgt bebeno PRK. Nah ambik, MENANG BELUM TENTU, KALAH DALAM TANGAN. doa org PR termakbul

  2. Abd Bashid Harun Says:

    A-Fatihah buat roh Ustaz Roslan Shaharum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: