SIAPA MENTERI BESAR PERAK YANG BARU?

SPR sudah putuskan DUN Behrang, DUN Changkat Jering kekal.

Sah kini tiada pilihan raya kecil bagi kedua-dua DUN berkenaan.

BN hanya memerlukan satu kerusi sahaja lagi.
Masanya sudah sampai untuk Perhubungan UMNO Perak memikirkan siapa calon layak menjadi Menteri Besar.

Nama-nama seperti Datuk Dr Zamri Abdul Kadir, Datuk Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Ramly Zahari atau nama-nama lain wajar dipertimbangkan sekarang.

Nama Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali sudah tenggelam terus.
Yang pasti Perak memerlukan seseorang yang berani menggerakkan BN, UMNO serta tahu selok belok politik disamping rapat dengan semua wakil rakyat BN.

Dengan kedudukan di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering, di Perak kekal disandang kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada, Barisan Nasional (BN) kini berada pada kedudukan baik membentuk kerajaan.

Apa juga akan dikatakan pembangkang tidak penting lagi.

Kejayaan menggembalikan semula kerajaan Perak kepada BN sekiranya Berjaya dilakukan adalah pencapaian besar Datuk Seri Mohd Najib sebagai Pengerusi Baru BN Perak dan timbalannya, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Kedua-duanya juga perlu menjamin supaya masalah yang melanda bahagian sebelum ini diatasi secara sebaik-baiknya agar mereka yang dikatakan menyatakan hasrat mahu meninggalkan parti itu tidak berbuat demikian.

SPR yang bermesyuarat di Putrajaya pagi tadi bersetuju bahawa dua ADUN PKR kekal sebagai wakil rakyat dan diumumkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pada sidang akhbar.

Mesyuarat khas mengenai isu peletakan jawatan dua Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memutuskan bahawa “selepas meneliti dengan mendalam dari sudut perundangan dan memaklumkan, SPR mengenal pasti wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan yang dihantar Speaker DUN Perak memandangkan kedua-dua Adun itu juga secara sedar surat berkenaan (peletakan jawatan) tidak berkuatkuasa.

“Oleh itu, selepas SPR memastikan kedudukan kedua-dua kerusi DUN itu, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan.”

Ini berikutan kekeliruan timbul mengenai surat peletakan jawatan yang dikemukakan Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang kemudian dinafikan mereka.

Advertisements

One Response to “SIAPA MENTERI BESAR PERAK YANG BARU?”

  1. Bakal MB Perak ialah ADUN Pangkor!!!!!!!!!!!!Raja Ahmad-tak payah la sebab beliau ni dalam masa bertenang ni samada jilat bontot nuar atau ampu zahid. Raja Ahmad ni kerja dia sekarang ialah pergi “kopek” semua stiker LPKP di kenderaan berat seluruh negara tu… je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: