APABILA MB PERAK MEROYAN

(terkini) Hari ini ternyata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin gelabah bagai orang gila meroyan.

Beliau meminta dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Mereka yang dikatakan hilang itu adalah Jamaluddin Mat Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu adalah Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim.

Pakatan Rakyat kini mempunyai 32 Adun termasuk Nasaruddin yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 Adun dan jika dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Dan kalaulah…ini kalau – Nasaruddin tidak menyertai PKR, sudah pasti BN boleh membuka langkah luas untuk mengambil Perak kembali dan bermenteri besarkan orang baru!

Dengan kedudukan kelebihan satu kerusi seperti yang pernah berlaku di Kelantan sebelum pilihan raya umum lalu, kedudukan di Perak sangat membimbangkan kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat bukan solid seperti di Kelantan yang kesemuanya wakil rakyat PAS,
Di Perak, Pakatan Rakyat kini telur di hujung tanduk.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Kalau sudah bersedia, kenapa pula minta nyatakan pendirian. Buatlah apa yang patut. Anggaplah dua exco dari PKR itu sudah tidak mahu lagi bersamanya.

Sebenarnya, ‘kalau BN Perak cerdik’ perkara seperti ini boleh dilakukan lebih awal oleh BN sebalik keputusan pilihan raya umum Mac 2008 diumumkan.

Namun waktu itu peneraju BN Perak bagaikan ‘tidur’ dan tidak memimpin parti seperti orang yang celik di alam nyata.

Kerana tindak-tanduknya yang lembab dan tidak bermaya untuk memimpin UMNO dan BN Perak, peluang kehilangan begitu sahaja!

Apapaun, kita berharap aka nada kesan besar daripada gandingan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi kali ini.

Bab membentuk kerajaan negeri ini, belajarlah daripada pemimpin Sabah. Mereka tahu bagaimana mahu melakukannya, walaupun dalam keadaan tidak memiliki majoriti atau tidak menang pun!

Mohammad Nizar kini terkacapai-kapai dan meroyan apabila dua anggota exco dari PKR itu telah ghaib dan mereka tidak dapat dihubungi termasuk oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 Januari lalu.

Selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri di kediamannya di Ipoh, Menteri Besar itu mahu mengambil langkah yang memungkinkan kepada laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Feb ini.

Menteri Besar Perak itu berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih kukuh walaupun dalam keadaan sekarang kerana semua Adun yang lain masih bersamanya.
Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Perak berkata usaha menjatuhkan kerajaan negeri dengan melarikan dua ADUN berkenaan adalah satu penghinaan kepada kerajaan negeri yang ada.

Soalnya sekarang bukan hina-dina. Kalau sudah orang tidak mahu dengan kita, apa lagi mahu dikata?

Mohammad Nizar boleh berkata apa sahaja tetapi seperti juga UMNO, ia tidak boleh menghalang kehendak Nasarudin yang melompat ke PKR. Hormatilah pendirian mereka dan jika tidak mahu – gulingkan mereka pada pilihan raya.

Sementara Utusan Online yang memetik Bernama sebagai berkta, anak Jamaluddin, Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai BN tetapi mungkin mengumumkan akan menjadi wakil rakyat bebas.

Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya, beliau mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lepas tetapi seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapa akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas.

“Saya tak percaya dia hilang…dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan,” tambahnya.

3 Responses to “APABILA MB PERAK MEROYAN”

  1. THE DAY NAJIB KILLED ZAKARIA DEROS1.On March 8th 2008, Malaysia’s opposition parties had won unexpected victories in the states of Kedah, Penang, Perak, Selangor and PAS maintained Kelantan2.The BN was in serious trouble and could not believe that the economic powerhouses of Penang and especially Selangor had fallen.3.Zakaria Deros, the assemblyman who was largely faulted for Selangor’s fall together with Khir Toyo was informed of an emergency UMNO meeting on the night of March 10th 2008 at Najib’s house.4.However on arrival, Zakaria was surprised to see that there was no one there except for him, Najib and his bodyguards. “Where are the rest?” Zakaria asked. “This is a confidential meeting between the both of us only” Najib replied5.Najib, then Defence Minister, came straight to the point. Remember 13th May 1969, the incident that my father was involved in? I want you to start a similar incident in Klang. I will call in the army and impose emergency rule afterwards. If you agree, you will be rewarded amply; otherwise you will pay heavily for your corrupt deeds and for the fall of Selangor.6.Zakaria in his loud and gruff voice not only made it clear that he will not be a party to a riot in Klang but also barked at Najib that he knows well that Rosmah pulled the trigger to kill Altantunya and Najib Oked the C4 of the body.7.Zakaria further screamed at Najib that he will expose this to the public.8.The enraged Najib instructed his bodyguards who set upon Zakaria and beat him up till he became unconscious eventually suffocating him by strangling and killing him.9.The well oiled team covered up the entire incident as Zakaria having a heart attack at just after midnight March 11th 2008.10.His body was quickly brought back to his mansion in Klang, and sent off for burial in Malacca by late morning March 11th 2008.11.Corrupted to the core though Zakaria was, he saved the people of Klang from falling for Najib’s evil calling although his sons did try to start an incident unsuccessfully in Telok Gong. Zakaria however paid a heavy price. His own death. If his body was excavated, apart from the strangulation, the injuries include multiple rib fractures, punctured lung and a possible a liver tear.12.The depth of cruelty and evil that both Najib and Rosmah bear is unknown to many Malaysians. The country is really entering a very dangerous period of its history. UMNO’s culture since Razak, has been that the end justifies the means. Malaysians will now have to decide how bloody this end is going to be.Look here : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/

  2. Anonymous Says:

    To Mr Annoy,Memamg skrip yang hebat dan kalau di buat filem bolehlah menang award filem terbaik tahun 2009.Remember, selagi tak ada bukti yang kukuh dan hanya mendengar dari mulut orang lain ataupun mereka-reka cerita, lebih baik buat akaun bersumpah-RM10-00 jee…maka sebagai orang Islam hukumnya amat berat sekali dan kalau bukan Islam nampak gaya cuba bermain api….Saya pernah terbaca dalam satu email yang ditunjuk oleh seorang sahabat bukan Islam sebelum PRU12 dimana isi kandungannya telah disebar kepada bangsa yang bukan orang Islam.Salah satu intinya menyatakan ayahanda Najib iaitu Tun Abd Razak punca berlakunya 13 May 1969.Email inilah telah mempengaruhi satu bangsa ini yang mana mereka hari cukup benci dengan Najib.Inilah permainan bangsa ini yang ingin membalas demdam dengan bangsa melayu di negara ini.So, saya tidak hairan dengan cerita di atas, dimana tujuan adalah utk menjatuhkan Najib yang bakal menjadi PM pada tahun ini.Sekian. KAIZER

  3. hidup MB Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: