TAJOL ROSLI KLU-KLEK?

Aikk…akhbar silap lagi, terutamanya Berita Harian.

Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali naïf letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Menurut laporan Utusan Malaysia Online petang ini, Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Jadi siapa yang klu-klek, Tajol Rosli atau Berita Harian?

“Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,” dakwa Tajol Rosli.

Berita Harian melaporkan dari Parit, Perak semalam bahawa Tajol Rosli memang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di lewat petang kelmarin.

Tajol Rosli menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya. Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

Untuk mencari kebenaran, kita kena tanya Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman yang turut hadir sama ada beliau benar-benar buat kenyataan sedemikian.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
Dan pastinya malam ini, wartawan boleh tanya Najib sama ada benar atau sebaliknya berita itu.
Jika benar Tajol Rosli berkata sedemikian, Berita Harian memang tidak beretika tetapi jika sebaliknya, Tajol Rosli pun memang tidak beretika.

Harap janganlah ada saman menyaman kerana banyak sangat pun kes saman-menyaman tidak baik untuk dunia persuratkhabaran negara ini.

Advertisements

One Response to “TAJOL ROSLI KLU-KLEK?”

  1. sdra hambali,berita harian ada agenda. sudah terang lagi bersuluh.datuk seri tajol rosli hendak dipijaknya dari belakang.dua kali berita harian menyiarkan berita dan tajuk yang menghairankan. yang pertama cerita pilihanraya kecil kt baru-baru lalu dengan ramalan angkuhnya bn boleh menang.kasihan umno,kasihan datuk tajol rosli! Megat Tiong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: