WARTAWAN KATAK

Seseorang yang menggelarkan dirinya add, semalam memberikan nasihat kepada saya: “… harapan saya agar sdr tabah dalm perjuagan wartawan UMNO untuk selama-lamanya, selagi umno relevan dimata rakyat malaysia, jangan pula ikut rentak Datuk Nasarudin adun Bota, bila kalah KB dan pengerusi felcra tidak disambung kontrak, terus jadi katak… semoga sdr HAL tidak menjadi “wartawan katak”.. ingatlah slogan “dulu kini dan selamanya”

Tergelak besar saya.

Tidak terperasan oleh saya bukan ahli politik sahaja yang jadi katak. Wartawan pun ada juga ‘katak’. Siapa agaknya ya?

Lantas teringat oleh saya mereka yang pernah menjadi bos dan rakan seperjuangan ketika di 31, Jalan Riong.

Seingatan saya yang paling konsisten ialah A Samad Said dan Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail yang tidak pernah ‘bertukar angin’.

Sebaliknya yang lain, entahlah sukar dicakapkan. Datuk Ahmad Sebi menjadi ‘orang besar’ sebuah syarikat, A Kadir Jasin memiliki penerbitan sendiri (khabarnya anugerah selepas meninggalkan Berita Harian dan NST), Datuk A Nazri Abdullah (terpalit dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 1998 dan sering berulang-alik London-Kuala Lumpur-Kota Bharu) yang turut mengheret dan ‘jatuhnya’ Yunus Said, Haniff Hadi dan beberapa yang lain.

Mungkin Datuk Rejal Arbee yang pernah dalam satu kapal dengan saya ketika saya di Harian Watan dan beliau di The Sun – ‘tidak memiliki apa-apa’ selepas bersara daripada Berita Harian.
Dan kepada yang masih ada di Berita Harian hari ini, saya tidak fikir mereka akan jadi ‘ketua pengarang katak’ kerana kalaupun Perdana Menteri digantikan oleh Perdana Menteri yang baru, ia hanya peralihan.

Datuk Hishamuddin Aun atau Datuk Manja Ismail tidak akan terkesan apa-apa oleh peralihan itu. Mereka OK, kedua-duanya penyokong dan setia kepada Perdana Menteri!

Di kalangan wartawan yang mengubah angin ialah Haji Shukor Harun dan Roslan Hamid (Lan H) yang kini bersama Harakah sementara ada beberapa yang lain –Meor Kamarul Shahid- dengan sebuah majalah selepas bergelumang dengan umnotv beberapa ketika.

Sementara ada juga yang menjadi penasihat kepada akhbar tertentu walaupun kadangkala ada akhbar yang mereka nasihati itu tergelincir dan bersimpati dengan pembangkang.

Tidak apalah, demi rezeki untuk anak isteri.

Jadi bila disebut wartawan katak, sukar untuk saya menggelarkan bos dan rakan saya sendiri kerana ia rezeki masing-masing.

Untuk hidup seseorang perlu bekerja keras. Ada yang terpaksa pijak belakang orang lain untuk ke atas.

Ada rakan saya yang dulunya memang ‘wartawan UMNO’ kini sudah berpindah angin dan bekerja dengan akhbar Keadilan. Cari makan katakan.

Saya tidak mempersalahkan mereka kalau menjadi ‘katak’ untuk mencari rezeki. UMNO memang jarang mengenang budi orang biasa dan yang tidak berpangkat.

Yang dikenang oleh UMNO hanyalah pemimpin ‘berjasa’ dan yang kecil-kecil semuanya tidak berjasa dan boleh dilupakan begitu sahaja!

Kembali kepada yang suka memijak belakang – oleh kerana saya tidak rela belakang saya terus dipijak, saya cepat-cepat lompat ke Harian Watan dan kemudian bernasib baik seketika di ntv7 sebelum ke Ibu Pejabat UMNO dan kemudian Radio Televisyen Malaysia (rtm) selama lima tahun.

Bercakap mengenai wartawan katak, ada juga kartunis katak sebenarnya.

Ia bukan sesuatu yang sengaja saya ada-adakan. Orang ini pada suatu ketika meminta jasa baik kami di Berita Harian dan Harian Metro untuk ‘hidup’. Dia datang merayu agar kartunnya disiarkan di akhbar kumpulan NST.

Namun apabila namanya sudah terkenal, dia mencakar kertas dengan mengutuk dan mempersenda termasuk pemimpin utama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kartunis katak ini bangga kononnya dialah pengkritik masyarakat dan tidak lagi menyapa kami jika berjumpa.

Kerana duduknya sebaris dengan pemimpin pembangkang dia merasakan dirinya layak untuk digelak sebagai kartunis politik. Namun semua kerjanya mempersendakan orang dan ada yang hingga ke peringkat mencaci.

Tidak apalah, rezeki memang boleh dicari dan digali – walaupun menggunakan cara-cara ‘haram’ apabila mencaci, mengutuk dan mempersendakan seseorang.

Apapun hidup mesti diteruskan.

Terima kasih add kerana peringatan. Saya harap tidak lupa diri dan akan terus cuba memajukan diri!

Advertisements

3 Responses to “WARTAWAN KATAK”

  1. Anonymous Says:

    katak, oh katak, kalau masih dibawah tempurung, itu katak tak guna tapi bagaimana kalau katak diatas tempurung, melompat dari satu tempurung ke tempurung yang lain, kerana dia ingin mencari perubahan dan mengubah dari dibawah tempurung keatas tempurung.cerita pasal wartawan katak, saya tidak mau babitkan tentang “ahli politik katak” yang cukup popular gelaran itu di negeri dibawah bayu suatu ketika dulu, semasa sabah ada parti kerajaan dan parti pembangkang.tapi wartawan katak perlu ada di dunia glokal hari ini, kerana desakan hidup, ekonomi yang turun naik dan belanja harian yang kian meningkat, apakah seorang wartawan yang berkelibar dan mumpunyai dahantahan tinggi masih mau duduk dibawah tempurung majikannya yang hanya sekadar perlu tenaga tapi kurang belanja.mustahil, saya juga wartawan tapi tidak katak kerana dalam kerajaan. tapi kalau saya dari swasta mungkin banyak sudah tempurung saya lompat untuk menyara hidup yang serba sempit ini. justeru, jika HAL dituduh wartawan katak, kiranya yang menuduh cuba meneliti berapa wartawan kita usahkan peringkat atas, peringkat rendah pun BERKATAK kemana arah yang mereka suka,asalakan rezeki halal dan tidak mengaih periuk nasi orang lain. ikutlah rasmi katak, lompat selangkah akhirnyu sampai jua dan jangan ikut rasmi ayam, telur ssebiji riuh sekampung.ingin majukan diri, belajar jadi katak yang sentiasa melompat dan tahan apa jua cuaca.

  2. Tahniah sdr HAL, semoga akan memperoleh gelaran Datuk dari ganung tahun ni atau tahun depang ,,,

  3. Sdra seorang pejuang yang sangat berhemah dalam dunia kewartawanan. Kawan dan lawan pada zahirnya sama belaka pada sdra, lantas terpijak dan dipijak dari belakang.Seingat saya, titik usaha sdra di Berita Harian dan Harian Metro, dengan dokongan erat kawan-kawan sdra ketika itu antaranya, Haniff Hadi dan Zian Johari, melonjakkan martabat kedua-dua akhbar itu.Alangkah sayangnya sdra mengambil keputusan menjadi si katak lompat. Betapa Berita Harian dan Harian Metro mungkin menangis malu.Barangkali ada hikmahnya jua. Sdra ada sisa-sia usia lagi yang boleh dilanjutkan berkat darjat kematangan dan kesabaran dalam meniti puncak-puncak mendatang.Salam, Adik Cik ADIK CIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: