PENJENAYAH HERO, POLIS SYAITAN?

(Kemaskini) Syukur, setakat ini tiada keganasan yang berlaku. Suasana hanya tegang.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada semua pihak kerana kebimbangan akan berlaku kejadian tidak diingini, terhakis sudah.

Bagaimanapun, persoalan tetap bermain di benak saya, apakah wajar kita berarak atau menyanjung seseorang yang disyaki melakukan jenayah?

Ternyata perarakan pengebumian Kugan oleh kira-kira 500 orang dilaporkan tegang, apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Januari semasa dalam siasatan.

Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya.

Difahamkan, keluarga Kugan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Persoalan sama ada mereka yang disyaki penjenayah wajar dianggap sebagai hero turut diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Syed Hamid tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Bercakap secara umum, Syed Hamid berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang. Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.

“Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.

Syed Hamid enggan mengaitkan kenyataan yang dibuatnya secara umum itu mengenai penjenayah, dengan kematian suspek curi kereta A. Kugan semasa dalam tahanan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.

“Saya tidak menuding jari kepada sesiapa,” tegas menteri itu.

Beliau menjelaskan dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, lima lelaki ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika menyertai upacara pengebumian A. Kugan yang mati semasa ditahan di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan berkata polis menahan seorang suspek bunuh semasa perarakan pengebumian tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek berkenaan adalah salah seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini.

Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Dua lagi ditahan kerana cuba melalui sekatan polis di PPUM.

Manakala dua lagi ditahan polis kerana didapati cuba untuk menyebarkan provokasi dikalangan orang ramai yang berkumpul di kawasan PPUM.

Empat daripada mereka memakai kemeja-t Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) – pertubuhan yang diharamkan sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang dipercayai bekas penyelaras kumpulan itu, R.S. Thanendran.

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) bagaimanapun menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai “satu lagi bentuk salah guna kuasa” pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.

Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku.

Perarakan lebih 20 kilometer itu dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) ke kawasan perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul bagi menyertai perarakan dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di perkarangan PPUM sejak pukul 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.

Advertisements

7 Responses to “PENJENAYAH HERO, POLIS SYAITAN?”

  1. PENA MINANG Says:

    apa punya pelik laaa manusia sekarang ni….Kuhan tu bukan Robinhood….dia peROMPAK-HOOD

  2. Tentu kes ini akan dipolitikkan oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.kunjungi http://jentayuabaka.blogspot.com

  3. Wanakem,,,Ni lah yang menjadi masalahnya bila DSAI menyanjung sesangat puak -puak keling paria ni. sama je macam samy vellu, t murugiah dan devamany ni ,kalau dah nama keling ,,, keling la jugak.dan sekor lagi ni JPPHAM,, salahkan polis la pulak kata tak arah awal-awal, yang ketua polis selangor dan timbalan ketua polis negara bagi amaran dan nasihat petang semalam tu apa kebendanya,,, keling betul la…Sekarang ni kita tunggu jelah pihak PR mencanang dan menjual nama polis dan syed hamid dalam majlis CIS (ceramah isu semasa).Rakyat kita berideologi PR ni susah, bila mampus dalam lokap dan penjara je, salahkan polis, sedangkan mereka ni bukan tak tahu ada banyak sebab kematian, mungkin dengan cara bunuh diri demi untuk mengambarkan salahlaku polis. Mengapa saya kata begini…. hasil pemerhatian saya majoriti penjenayah yang ditahan polis dilokap atau penjara mampus adalah dikalangan keling.Kes kematian adalah kes yang hukumannya berat. Tidak mustahil dikalangan keling-keling diluar sana telah memberi amaran kepada ahli kumpulan masing-masing dengan memasang strategi ” kalau diantara kita ditangkap polis dan kes kita sangkut serta melibatkan orang kanan politik kaum kita serta orang kanan kita, maka kita kena bunuh diri dalam lokap atau penjara ,kerana kita tidak mahu kumpulan kita di bongkar dan jangan risau kebajikan saudara terdekat kita akan dibantu oleh ngo kita semua”Ini lah yang “mungkin” terjadi dalam kes kugen ni. Beliau merupakan seorang penjenayah tetapi di julang bagai wira yang mendapat pingat emas sukan olimpik termasuk oleh Sammy Tol, T Murugiah tanpa ahli parlimen dan Devamany Cameron Highland pooorah chit…. chit poooorah…

  4. cekodokmasin Says:

    kalau jumpa ular dengan keling, kena bunuh ……

  5. walaupun dia keling dia manusia macam kita semua juga.yg bezanya agama,warna kulit,bangsa,dll.Aku nk tanya betul ko dia curi kereta? sapa yg mengesahkan? Klu lah betul polis tak boleh hukum macamtu.yg menghukumnya makamah.

  6. Sebenarnya dua-dua setan. Si Pembunuh setan dan Si mati pun setan dengan syarat kalau betul dia mencuri.

  7. anon 11:24am,kau tak jadi polis kau boleh la tuduh macam-macam pada polis, cuba kau handle satu kes andaian; seorang indon disyaki memecah rumah sekitar kawasan anda, dan anda merupakan ahlijawatankuasa jenayah, masa tu polis semua satu negara cuti,kalau lepas indon ni,kang menganas semula,, adakah anda akan soal indon ni dengan soalan berikut;1.betulke kamu pecah rumah tu..2.dengan siapa kamu lakukan..3pukul berapa kamu buat kerja tu…4.banyak ke kamu barangnye…5.oleh kerana kamu dah jawab semua soalan saya,sekian dulu ,terima kasih lah ye,,kalau ada-apa-apa saya akan hubungi kamu lagi,,bye…(nada soalan macam bapuk tau,,, sebab kalau tengking nanti ngo suhakam marah pada kamu kerana melanggar hak asasi manusia) nanti kamu pula kena dakwa,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: