ISU KUGAN UJI KEWIBAWAAN POLIS

Ujian terhadap kewibawaan polis dan keutuhan masyarakat berbilang kaum di negara ini berlaku lagi hari ini.

Penyebaran SMS atas nama Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) semalam mengajak orang ramai menyertai perarakan membawa mayat A Kugan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPU) ke Puchong.

Kugan, 23, yang ditahan 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah, mati ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, USJ8, Subang Jaya, seminggu kemudian.

Polis sudah menasihatkan orang ramai tidak menyertai cadangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengadakan perarakan membawa mayat A Kugan hari ini.

Kita semua akan menyaksikan hari ini sama ada nasihat dipatuhi atau sebaliknya dan sejauh mana pemimpin India mampu menenangkan pihak-pihak yang mahu mengadakan perarakan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya tiada halangan jika mayatnya dibawa terus dari rumah mayat (PPUM) ke tanah perkuburan Batu 14 Puchong.

“Bagaimanapun, jika ada cubaan untuk berarak ke kawasan lain dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan kita terpaksa mengambil tindakan tegas.

Bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair, bagaimanapun ia tidak diterima keluarga mangsa berikutan penemuan banyak kesan cedera di muka dan badan.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi. Ekoran kecaman orang ramai, Peguan Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklafikasikannya sebagai kes bunuh.

Bedah siasat kali kedua di PPUM dilakukan pada kelmarin (25 Januari 2009) dan dijalankan oleh pakar patologi, Dr Prashant.

Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Penerangan tersebut mengambil masa lebih daripada 30 minit mengenai keputusan bedah siasat tersebut.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat itu tidak boleh didedahkan menunggu siasatan terhadap kes kematian Kugan.Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan – tempat Kugan meninggal dunia sudah dipindahkan serta merta kelmarin.

Dijangkakan laporan penuh mengenai bedah siasat kedua itu akan disiapkan awal bulan depan.

Kelmarin, pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak kuasa mendakwa doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kugan yang didakwanya membuat laporan palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu kematian
Kugan dan memberi jaminan pasukan khas Bukit Aman yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu akan melakukannya dengan terbaik dan telus.

Bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil sekiranya ada sesiapa yang sengaja melanggar arahan polis dan menimbulkan kekacauan kerana perarakan sedemikian dianggap perhimpunan haram.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa sepanduk atau mengadakan demonstrasi ketika perarakan majlis pengkebumian Kugan di Batu 14 Puchong hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: