HARGA PETROL NAIK KEPADA RM1.90?

Kerajaan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, lusa.

Kerajaan mungkin menaikkan harga petrol kepada RM1.90 seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter termasuk cukai RM0.58 sen.

Katanya, jika harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna jika harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya, bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol RM1.80 seliter.

“Apabila harga minyak dunia mencecah dan melepasi AS$50, kerajaan tidak dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter.

“Pada peringkat itu, kerajaan tidak mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor Bahru, di Dewan Kampung Melayu dipetik Berita Harian hari ini.

Katanya, jika harga minyak dunia mencecah AS$83 setong, kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 30 sen kepada pengguna supaya kekal pada RM1.90 seliter.

Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.

Shahrir berkata, kementerian akan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

“Jadi perkara ini harus dipertimbangkan kerana sekiranya kerajaan turun harga lagi esok, dan seterusnya dinaikkan kembali pada pertengahan bulan, rakyat tidak akan suka.

“Sebaliknya sebarang kenaikan atau penurunan harga petrol perlu dilihat dengan lebih teliti bagi kebaikan semua pihak,” katanya.

Advertisements

One Response to “HARGA PETROL NAIK KEPADA RM1.90?”

  1. Tuan….Penurunan harga minyak yang mendadak telah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran.Ini akan menyebabkan keperitan orang kampung seperti kami yang bergantung kepada hasil getah. Ketika ini pula, musim hujan. Musim persekolahan baru telah bermula yang memerlukan banyak wang untuk menampung keperluan.Bagi saya kerajaan tidak perlulah menurunkan harga minyak di pasaran domestik secara kerap seperti sebelum ini. Lebihan hasil minyak boleh digunakan untuk menstabilkan harga getah sehingga harga getah kembali pulih.Dengan cara ini, akan meringankan beban pekebun kecil getah diluarbandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: