KESIAN – PAS TERTIPU

Kapten (B) Datuk Zahar Hashim meninggalkan UMNO dan menyertai PAS Disember lalu sambil mendakwa turut membawa bersama 20 ketua cawangan lain dalam UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) .

Maka keluarlah berita kononnya UMNO Bahagian itu tutup kedai dan ranap.

Bagi saya, pemimpin datang dan pergi tetapi ahli parti yang setia kira-kira 20,000 orang tetap setia di situ.

Malah, dalam ucapannya di majlis penyerahan borang menyertai PAS, Zahar mendakwa, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Semalam Ketua UMNO Cawangan Seri Mulia, Hussin Uda Itam menafikan bahawa beliau turut mengikuti tindakan 20 ketua cawangan yang dimaksudkan.

Memang Husin pernah menghadiri satu pertemuan yang disertai bersama-sama penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian PJS itu, namun katanya: “Saya tidak tahu apa-apa sebelum ini sehinggalah saya mengetahui nama saya antara yang tersenarai keluar dari UMNO dan menyertai Pas,” katanya.

Beliau menjelaskan kedudukannya yang dikaitkan dengan tindakan Zahar bersama-sama 20 ketua cawangan bahagian itu keluar UMNO dan menyertai Pas Disember lalu.
Jadi tidak benarlah 20, dan kalaupun ada 19 lagi. Selain itu sesetengah mereka disyaki datang dari ‘cawangan hantu’.

Sebelum ini Setiausaha bahagian itu, Mohamad Yahya Sudin mendedahkan, pemimpin Umno cawangan, mengikut langkah bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, itu datang daripada “cawangan hantu”.

Katanya, cawangan-cawangan berkenaan hanya wujud menjelang mesyuarat agung tahunan Umno sahaja.

Susulan itu, tambahnya, Umno bahagian itu masih kuat dan berfungsi seperti biasa walaupun tanpa bekas ketuanya itu yang menyertai PAS pada 24 Disember lalu.

Menurutnya lagi, angka sebenar ketua-ketua cawangan Umno yang melompat parti dikenal pasti dalam mesyuarat khas minggu lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Menurut laporan Malaysiakini 31 Disember lalu, mesyuarat yang dipengerusikan timbalan ketua bahagian itu Datuk Raja Hapipudin Raja Nong Chik, ia membincangkan usaha memantapkan Umno Petaling Jaya Selatan selepas menerima tamparan hebat akibat tindakan mengejut Zahar.

Bekas kapten bersara itu – yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter – mendakwa 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian mengikut jejak langkahnya.

Tidak menolak jumlah ketua cawangan tersebut yang berbuat demikian, Yahya berkata sebahagiannya bukan cawangan yang sah atau “cawangan hantu.”

Beliau bagaimanapun menjelaskan hanya tujuh daripada 39 AJK bahagian itu yang meninggalkan Umno, bukan 13 orang seperti yang didakwa.

“Itu pun ahli jawatankuasa yang dilantik, bukan dipilih,” tambahnya.

Yahya berkata, daripada tujuh AJK itu pula, empat daripadanya merupakan “orang Zahar” yang menguruskan pejabat Umno bahagian dan dibayar gaji oleh bekas ketua itu.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 39 AJK – 20 dipilih, sepuluh dilantik dan sembilan lagi mewakili sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Bahagian itu juga mempunyai lebih 100 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 21,000 orang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata semalam seramai 21,000 ahli termasuk timbalan ketua cawangan tidak terpengaruh dengan tindakan Zahar itu dan masih kuat berpegang kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dengan kata lain, UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) langsung tidak terjejas berikutan tindakan bekas ketua bahagiannya.
Jelas UMNO bahagian itu masih kukuh kerana tindakan tersebut hanya melibatkan Zahar bersama-sama 19 ketua cawangan sahaja.

“Walaupun ada yang keluar parti, UMNO PJS masih padu dan kuat kerana yang terlibat hanyalah ketua cawangan. Tetapi timbalan ketua cawangan dan ahli masih kekal, mereka tidak tinggalkan UMNO.

“Ini menunjukkan UMNO bahagian ini masih kuat walaupun ada segelintir keluar parti mungkin disebabkan kepentingan peribadi. Malah, kita tidak ada masalah jika mereka ini nak keluar parti kerana kita yakin bilangan ahli akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.
Muhammmad akui Zahar merupakan pemimpin lama dalam UMNO dan tidak pernah lupa jasanya.

Bagaimanapun beliau berdoa Zahar akan kembali semula kepada UMNO kerana tidak ada siapa yang meminta atau menyuruh beliau keluar parti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: