PERTELINGKAHAN PAS KELANTAN, TERENGGANU

PAS sehingga kini masih mengatur strategi untuk meletakkan siapa calon mereka pada ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu yakin bahawa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh boleh berdepan dengan sesiapa sahaja.

Semalam Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata BN negeri sedia berdepan dengan sesiapa saja yang akan dicalonkan Pas bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan 17 Januari depan.

Ahmad Said yang juga Pengerusi BN Terengganu berkata, BN tidak gentar dengan siapa saja calon yang akan dikemukakan Pas, termasuk kononnya mereka daripada kalangan profesional seperti digembar-gemburkan.

Dengan PAS yang semakin terdesak menamakan calonnnya pada 1 Januari 2009, hanya empat hari lagi, sukar untuk PAS melakukan yang terbaik, lebih-lebih lagi perbezaan antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan semakin ketara.

Suara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang awal-awal menonjolkan nama Mohamad Sabu (Mat Sabu) menggambarkan bahawa PAS Kelantan yang kini menjadi rujukan penting bagi PAS keseluruhannya, berusaha mempengaruhi keputusan PAS Terengganu.

Kenapa PAS Kelantan berani berbuat demikian? Apakah PAS Terengganu dilihat ‘lekeh’ (tidak bertenaga)?

PAS Kelantan merasakan ia lebih penting daripada PAS negeri lain, selain sudah memegang kuasa sejak 1990, penjawat penting parti adalah wakil rakyat di Kelantan, selain Presiden.
Apalah strategi PAS Kelantan (untuk menguasai PAS) bagi memudahkan laluan Husam untuk bertanding Presiden PAS pada pemilihan parti akan dating?

Siapa orang penting PAS ada di Kelantan?
1. Musyidul Am Pas – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
2. Timbalan Presiden – Nasaruddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok
3. Naib Presiden PAS – Datuk Husam Musa, Exco Kanan Kerajaan
4. Setiausaha Agung PAS – Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat
5. Ketua Pemuda PAS – Salahuddin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Krian
6. Bendahari Agung PAS – Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai
7. AJK Agung PAS – Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Abdul Halim
8. Ketua Dewan Ulama PAS – Mohd Daud Mohamad

Selain itu beberapa ahli Dewan Muslimat PAS pusat juga ada di Kelantan dan kedudukan seperti ini memberikan kelebihan kepada PAS Kelantan.

Kerana itu ada pendapat mengatakan, PAS Kelantan berusaha ‘merampas kuasa’ daripada Presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menonjolkan Husam yang bukan sahaja diterima oleh PAS tetapi juga oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

Dengan menawarkan tempat untuk pemimpin tertinggi PAS menjadi Ahli Parlimen di Kelantan, mereka ini kini ‘dibeli’ oleh PAS Kelantan untuk menonjolkkan Husam dan dengan cara beliau mewakili banyak acara bagi pihak Nik Aziz dan PAS Kelantan, negeri itu member isyarat mereka perlu menjadi ketua atau hulubalang – bukan lagi Terengganu yang sudah kalah pilihan raya.
Jika kalah lagi Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti, PAS Terengganu akan menerima lebih besar ‘aib’ dan ‘pengaruhnya’.

Selain itu nampaknya pendirian Husam mengenai Hudud mudah diterima oleh mereka ini berbanding Hadi. Apalagi Hadi dilihat sebagai pelopor Hudud.

Banyak pendapat memperkatakan suara Husam yang mewakili PAS Kelantan adalah suara majoriti PAS dan menenggelamkan suara Hadi dan PAS Terengganu.

Sejauh mana benar pendapat ini tidak diketahui tetapi persoalannya apakah PAS Terengganu sanggup membelakangkan suara PAS Kelantan dalam soal memilih calon?

Apakah mereka masih mahu bertegas meletakkan Datuk Mustapa Ali sebagai calon untuk menentang Wan Farid?

Kerana itu PAS jelas sukar mengemukakan calon dan faktot tarik tali PAS Terengganu dan PAS Kelantan akan menjadi faktor penentu calon PAS.

Kalau tidak masakan tempoh lima jam bermesyuarat minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya boleh mengatakan ‘nama calon sudah ada dalam poket saya”?

Ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada UMNO yang sudah awal-awal menentukan calonnya dan mendapat sokongan padu semua pihak – UMNO cawangan, UMNO bahagian ,UMNO negeri dan UMNO pusat.

Selain itu komponen BN sama ada di negeri atau pusat, seratus peratus menyokong Wan Farid sebagai calon.

Benar kata Ahmad Said: “Kita sedia berhadapan dengan siapa saja yang dipilih Pas. Paling penting ialah jentera, penyokong dan persefahaman yang perlu kita kukuhkan di kalangan BN,” katanya.

Menurut beliau: “BN sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan calon kita. Itulah sebabnya kita isytiharkan nama calon lebih awal dan Umno Terengganu sendiri tak ada masalah kerana nama calon kita memang dicadangkan sendiri Umno Bahagian Kuala Terengganu,” katanya selepas menghadiri Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Cina Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin di sini, semalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: