JERIT YANG MENJERIT UNTUK PEMBANGKANG

Beginilah kalau sudah terlalu gilakan kuasa dan mahukan kuasa untuk berkuasa.
Mahfuz Omar sanggup menganggap pengayuh Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) sebagai wira rakyat dan negara.

Mudahnya memberikan gelaran – apakah jasa mereka itu sehingga menjadi wira rakyat dan negara.

Tetapi itu yang dianggap oleh Ketua Penerangan PAS ini apabila aktivis (Jerit) adalah wira rakyat dan negara.

Apakah jasa mereka sebelum ini yang membolehkan mereka dianggap wira rakyat dan negara?

Sejauh manakah mereka ini mewakili rakyat tertindas? Siapakah rakyat tertindas? Kenapa Jerit hanya bagaikan mewakili satu kaum sahaja?

Pertanyaan ialah, bolehkah mereka dianggap wira dan wajarkah PAS, PKR serta DAP menyambut mereka sedemikian sedangkan ternyata kumpulan ini menyalahgunakan remaja di bawah umur?

Sudah pasti mengayuh itu mendapat upah dan sesetengahnya tidak tahupun matlamat kayuhan mereka.

Pada 20 Disember lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasikan kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, titah Sultan Selangor itu disampaikan kepadanya sebelum baginda berangkat ke luar negara pada kelmarin.

Katanya, baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukannya.

“Baginda merasa dukacita di atas perkembangan yang berlaku ini, tuanku ingin perkara ini dihebahkan kepada semua khususnya rakyat Selangor,” katanya pada sidang akhbar
Tindakan pertubuhan tidak berdaftar itu menggunakan kanak-kanak dalam programnya di Bangunan Parlimen minggu lalu, mencabuli hak asasi golongan tersebut.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Zaleha Ismail berkata, ia bukan sahaja melanggar Akta Kanak-Kanak 2001 malah menyalahi Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang diamalkan di seluruh dunia.

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang bertanggungjawab mencetuskan idea penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 berkata, hak yang digariskan di bawah undang-undang dan konvensyen itu tidak hanya tertakluk kepada kanak-kanak sekolah rendah tetapi meliputi bawah 18 tahun.

“Kanak-kanak ada hak asasinya sendiri. Sesiapa sahaja termasuk ibu bapa atau mana-mana pertubuhan yang menggunakan kanak-kanak dengan membawa mereka ke majlis seperti yang dilakukan oleh Jerit adalah satu perbuatan mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya.
Antara tuntutan yang dikemukakan Jerit ialah, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); gaji minimum, air bersih; rumah yang selesa dan pilihan raya kerajaaan tempatan (PBT).

Mengulas tuntutan itu Mahfuz meminta kerajaan setidak-tidaknya membuat perubahan satu dari enam tuntutan yang dibuat itu.

Mahfuz berkata, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga 18 Disember lalu tiba di Parlimen, membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 120 aktivis Jerit sesudah penyerahan memorandum Jerit kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri di bangunan Parlimen 18 Disember lalu.

Dengan melihat senarai ahli Parlimen yang hadir ialah pada majlis itu – Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Tian Chua (KeADILan-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang); Dr Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) dan Senator T Murugiah yang mewakili Perdana Menteri – kita sudah dapat mengagak siapa Jerit ini.

Polis membenarkan 30 peserta program berbasikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.

Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang ke bangunan tersebut.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

Sikap Perdana Menteri yang terbuka dan sanggup menerima memorandum itu perlu dilihat secara positif dan tidaklah perlu menagung-agungkan kumpulan ini sebagai wira.
Perbuatan menyerahkan memorandum adalah perkara biasa dan kini juga menjadi kebiasaan pembangkang menggunakan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun penggunaan kanak-kanak dan pemuda di bawah umur adalah salah, apalagi jika mereka yang mengambil bahagian pun tidak tahu apa tujuan mereka mengayuh basikal berkenaan!

Advertisements

3 Responses to “JERIT YANG MENJERIT UNTUK PEMBANGKANG”

  1. off topik sikit sdr HAL,Mahfuz dah kaya…sekarang kerana menang RM120K . Adakah mahkamah di malaysia tidak adil, hakim rasuah,peguam rasuah? saya rasa bait-bait ayat diatas tidak akan kedengaran kerana pihak pembangkang telah menang dalam kes di mahkamah. cuba kalau mahfuz kalah dalam perbicaraan.. konform beliau akan menuduh hakim rasuah,pendakwaraya makan rasuah…dan bla.bla.bla…

  2. Hello mamat..sadau la sikit si Mahathir tu yg buat angkara semua ni. Baca bawah niAddAPA MAKNA PENSWASTAANPenswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 80’an dahulu. Ini adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ini adalah dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrim.Sebelum dasar penswataan di perkenalkan banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat awam. Banyak syarikat-syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.Kaum pemodal meleleh air lior apabila melihat syarikat air, syarikat api, pejabat pos, syarikat talipon, syarikat kapal terbang, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat in diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksima. Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.Khidmat untuk orang ramai ialah shahadah untuk semua syarikat-syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan – khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada orang ramai.Tiba-tiba Mahathir Muhamad melancar skim cepat kaya pada tahun 80an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, Pembeklan Air, Pejabat Pos, Hospital, Taman Negara, Jalan Raya, Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah Rehat – semua ini adalah contoh-contoh syarikat dan harta orang yang ditelah diagih-agihkan oleh Mahathir Muhamad kepada kaum kerabat dan kroni-kroninya.Inilah skim cepat kaya Mahathir Muhamad yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Di tahun-tahun itu, ketika Mahathir ditahta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi towkay gedung-gedung perniagaan. Kita mendengar Mat Driber Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.Semua harta-harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk di jadikan milik pribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni. Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada badan Unit Perancangan Ekonomi – EPU. Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan Perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.Hasilnya di zaman Mahathir Muhamad banyak lanun dan perompak menjadi kaya raya.Bayangkan berpuluh puluh tahun syarikat dan harta-harta ini telah dibagunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS – dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa. Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara. Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka dan jalan raya dan landasan keretapi dibuat.Berapa bilion ringgit pelaboran telah di curahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat yang telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini? Dalam sekelip mata sahaja semua harta-harta ini telah dirompak oleh Mahathir Muhamad. Harta-harta milik kita semua ini dengan bagitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar pengswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar globalisasi ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom. Tidak kah kita merasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar. Tidak kah kita merasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika? Tidak kah kita terganggu apabila syarikat talipon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea dan Australia?Dasar penswastaan ini telah berjalan lebih dari 20 tahun. Porak peranda hasil dari dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung ‘menipu’ untuk membuat duit. Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang ‘tidak bermutu’ tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar. Jika tidak ada duit maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.Lihat pula berapa banyak jalan-jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan harga saban tahun. Talipon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat swasta ini.Dahulu – ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung – keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Bila syarikat ini di swastakan bila ada untung maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini. Ini bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan rompakan di siang hari. Najib Razak sedang mula membuat jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby adalah kroni pertama Najib Razak. Jika di selidik dan di halusi maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib Razak dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan dalam syarikat Sime Darby ini. Atau telah ada ‘persetujuan’ yang syarikat Sime Darby ini akan memperkukuhkan kedudukan Najib dari segi sokongan politik dan kewangan.Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara. Ini telah di persetujui oleh Najib Razak. Najib Razak sendiri membuat kenyataan – DIA TIDAK AKAN MENGHALANG NIAT SIME DARBY.Lihat dengan jahat dan licik Najib Razak telah ‘membocorkan’ berita rancangan rompakan ini sesudah perlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Ini niat jahat.Najib Razak tidak mahu projek rompakan IJN ini dibicangkan di parlimen. Pasti perancangan rompakan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap. Secara sulit pasti ada ‘deal’ yang telah dibuat. Kenapa projek rompakan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib besetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu di warwarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?Semua rompakan penswastaan di buat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan. Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang di janjikan.Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengkayakan kroni dan kaum kerabat. Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran. Selagai mereka berkuasa rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan –hentikan dasar ini dan mereka kita nyahkan dari tampok kuasa. (TT)

  3. Kalau orang panggil kita hoi, kita balas dengan hai cukuplah, Ha tengok melalut tak tentu pasal, orang cerita pasal keadilan, dia cerita pengswastaan.tapi tak pe kita layan je…Kalau TDM tak buat dasar pengswastaan masa jadi PM dulu, negara kita tak semeriah macam ni ekonminya. dan pengswastaan yang dicadangkan kan bukan melibatkan umum yang akan menanggung bebab yang terlalu besar. Pada hemah saya TDM terlalu besar jasa dan terlalu genius otaknya yang melibatkan kepentingan negara jika nak bandingkan dengan mana-mana pemimpin sebelum ini walau dimana negara pun. DSAI. pencacai yahudi je..IJN ada mahathir setuju nak swasta????Kita ambil contohlah satu syrkt besar ,spt LLN=TNB, kalau dibawah taklukan LLN dulu berapa ramai sykat kecil ada sub con dengan LLN tak de kan? tapi sekarang zaman TNB bersepah sub con TNB. ni baru satu contoh mudah. Kalau pasal kroni… berapa ramai anak-anak mahathir bangkrap dalam bisnes masa TDM jadi PM ? sama ke zaman pak lah sekarang,zaman DSAI dulu macam mana berapa ramai kroni beliau?Khalid ibrahim, tengok sampul dibawah meja PBT sekarang (konon tender terbuka) padahal amalkan “under table terbuka” .Yang seronok sekaranh ni ialah : saya mohon sdr HAL kalau ada masa cuba risik sikit pasal konspirasi memburuk kan nama Perbadanan Menteribesar Kelantan diatas pengambil alihan pasar MPKB lama dari kerajaan negeri kepada Takiyudin dengan anggaran kos 14juta rial. Exco ni beli dan dengar kata nak buat hotel madinah… dan terbaksa “hambat” peniaga ke bangunan dekat restoran ulam makan bersila ,,, disuruhnya jabatan keselamatan ishtiharkan bangunan tak selamat…. ni bukan kroni, ni bukan rasuah,ni bukan pengswastaan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: