PETROL DAN DIESEL TURUN 10 SEN LAGI ESOK

Syukur Alhamudulilah.

Kerajaan mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok 16 Disember.

Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Ini adalah kali ketujuh kerajaan menurunkan harga minyak sejak 2 Disember lalu iaitu pada 23 Ogos, 24 September, 15 Oktober, 1 November dan 18 November 2008.

Pada 2 Disember lalu, harga petrol RON97 diturunkan daripada RM2 kepada RM1.90 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter.

Pada 17 November, kerajaan mengumumkan harga minyak diturunkan sebanyak 15 sen berkuat 18 November dengan harga petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Pada 14 Disember lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad membayangkan harga runcit minyak petrol dan diesel di negara ini akan diturunkan lagi dalam masa terdekat.

Beliau berkata, buat masa ini masih terdapat ruang untuk harga petrol dan diesel diturunkan sedikit lagi berikutan penurunan berterusan harga bahan api itu di pasaran global.

Menurutnya, pada kebiasaannya kerajaan mengadakan semakan terhadap harga bahan api itu pada awal atau pertengahan bulan sebelum membuat sebarang pengumuman.

Advertisements

One Response to “PETROL DAN DIESEL TURUN 10 SEN LAGI ESOK”

  1. Terima kasih kepada pentadbiran kerajaan kerana menurunkan harga minyak. TETAPI harus diingat!!!!!! kepada kerajaan dan rakyat jelata, bila kerajaan melakukan semakan harga setiap 2 minggu, adakah bila menjelangnya kenaikan minyak dunia ,minyak dalam negara kita turut serta mengambil bahagian? (ikut teori macam tu la) tetapi kalau bila minyak dunia naik, hagra minyak dalam negara pun turut serta maka kerajaan BN akan dimaniplsaikan kembali oleh pihak pembangkang,,, dimana slogan BN naik,minyak naik akan bergema semula dan CIS (ceramah isu semasa) akan bersepah anjuran PR. Contoh senario yang akan berlaku “Bila minyak naik hari ini, esok harga barang akan terus naik ” dengan alasan minyak naik .Bagimana bila minyak turun? ooo harga barang bukan ditrntukan oleh fktor minyak sahaja …. maka nasihat kepada kerajaan …. seharusnya jangan terlalu ghairah menurunkan harga minyak, tetapi fikir-fikirlah kesan yang akan ditanggung oleh orang kampung…. kerana mereka-mereka ini adalah pengundi yang menjadi harapan BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: