TAHNIAH…

Tahniah Malaysiakini dan chedet.com kerana dinobatkan sebagai laman web yang paling dicari pengunjung internet di Malaysia sepanjang tahun ini oleh enjin pencari terkenal Google.

Tinjauan berdasarkan “peningkatan mendadak carian sepanjang 2008” menyaksikan laman web berita ini menewaskan populariti laman sosial terkenal Facebook dan stesen televisyen TV3.

Ini membuktikan akhbar internet atau portal berita kini semakin menjadi pilihan utama pembaca.

Laman perkongsian fail, termasuk pornografi, Rapidshare di tempat keenam dan blog kontroversi Malaysia Today setangga di atasnya.

Tinjauan tahunan syarikat itu Zeitgeist dibuat berdasarkan jutaan carian yang diterimanya setiap hari.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula dinobatkan sebagai penulis blog paling dicari di Malaysia, mengalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di tempat kedua.

Dalam kategori personaliti, Anwar bagaimanapun mengungguli senarai tokoh paling dicari di negara ini selepas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan tokoh popular DAP Lim Kit Siang.

Dr Mahathir di tangga keempat dalam kategori ini, manakala penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berada di tangga kelapan, bawah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: