CABUT SEGERA DURI DALAM DAGING

Datuk M. Kayveas memang sudah melampau.

Parti Progresif Rakyat (PPP),nya yang selama ini meminta ehsan Barisan Nasional (BN) seakan-akan lupa bahawa selama ini PPP bergantung kepada sokongan orang Melayu dalam pilihan raya.

Kayveas menang pun dengan ehsan pengundi Melayu dan UMNO pada pilihan raya 2004. Kemudian dia gagal mempertahankan kemenangannya di Taiping yang menjadi satu-satunya kerusi Parlimen, yang ditandingi PPP apabila memperoleh 16,800 undi manakala lawannya Ketua Pemuda DAP, Nga Kor Ming mendapat 28,098 undi sekali gus menang dengan majoriti 11,298 undi pada pilihan raya Mac lalu. Mahu salahkan siapa? Harapkan orang PAS, PKR dan DAP mengundi beliau?

Selepas menduduki kerusi Presiden dan pernah merasa kerusi Timbalan Menteri, Kayveas seakan-akan menjadi ‘kacang yang lupakan kulit’.

Dengan mendesak dan mengugut akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah sesuatu yang tidak menguntungkan BN, PPP, Kayyeas dan penyokong parti berkenaan.

Jika BN melayan politik mengugut seperti ini, ia akan menadi contoh kepada parti lain yang akan mengugut dalam perkara lain yang kadangkalanya tidak ada kena mengena dengan kepentingan penyokong mereka.

Apakah Kayyeas mahu menjadi jaguh orang India dan penyokong lainnya apabila memperkatakan isu ini?

Jika PPP merasakan ia tidak lagi menyokong BN hanya kerana ISA, bagi saya wajar ia meninggalkan parti berkenaan.

Dengan mempunyai parti yang menjadi ‘duri dalam daging’ PPP tidak menyumbang apa-apa.

Lagipun bukan sekali Kayyeas bersuara dan bernada sebegini.
Benar seperti ingatan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden PP itu agar tidak mengeluarkan kenyataan berupa ugutan kepada Barisan Nasional (BN).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ingatan itu perlu kerana ia tidak memberi gambaran yang baik tentang perpaduan dan kesatuan parti-parti komponen dalam BN.
Malah, tegasnya, ia juga selaras dengan janji yang pernah dibuat oleh semua pemimpin parti komponen BN sebelum ini yang mahu ‘tenggelam dan timbul bersama BN’.

”Jadi saya fikir adalah lebih baik Kayveas membawa apa yang dirasakan tidak puas hati ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN daripada membuat sebarang kenyataan berupa ugutan ke atas perkara yang belum dibincangkan lagi,” katanya.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, PPP tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya ke-13 pada 2012 untuk tinggalkan BN.

Beliau berkata, PPP sering membuat ‘kacau’ dalam BN dan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar menyahut ugutan Presiden PPP, Datuk M.Kayveas dengan menyingkirkan segera PPP.

Syed Ali turut menyeru orang Melayu yang menyertai PPP supaya bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana pimpinan PPP hanya mengutamakan agenda politik peribadi daripada kepentingan negara.

Syed Ali juga kecewa kenyataan terbuka Kayveas menggambarkan kerajaan menggunakan ISA untuk menekan mana-mana pihak kerana kepentingan politik.

”Kenapa hendak tunggu hingga 2012? UMNO tidak akan rugi dan terkilan jika PPP bertindak keluar BN. Tiada untungnya dia (PPP) berada bersama BN jika sekadar menyusahkan kerajaan BN,” kata Syed Ali.

Utusan Malaysia melaporkan, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Kayveas berbaur ugutan jahat dan amat menyakitkan hati.

Menurutnya, ”BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya dan Kayveas telah membuat berkali-kali ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapat sokongan murahan penyokongnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Khusairi Abdul Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim berkata, BN akan lega jika PPP keluar daripada komponen BN sekarang kerana parti itu sudah lama menjadi duri dalam daging sejak Kayveas menjadi Presidennya.

”Kayveas perlu terima hakikat bahawa PPP mampu bernafas ketika ini kerana berada dalam komponen BN. Jika keluar daripada BN, rakyat tidak akan mempedulikannya lagi,” kata beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: