BAGAIMANA KES NIRMALA DINILAI

(Kemaskini) Saya menerima respon yang baik melalui posting ‘KESAN NIRMALA BONAT PENGAJARAN UNTUK SEMUA’, Jumaat 28 November 2008.

Sehingga saat ini masih ada komen-komen yang sesetengahnya marah, nakal, menyimpang dan tidak kurang yang mahu majikan Nirmala dikenakan hukuman lebih berat.

Seperti saya katakan kes ini meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Ada pengomen yang melihatnya daripada sudut kemanusiaan dan hubungan antara pekerja dan majikan – sebaliknya perkauman.

Ada yang berpuashati dengan tempoh hukuman, malah ada yang merasakan ia tidak setimpal dengan kesengsaraan Nirmala Bonat.

“Saya kira kita angkat topi kepada mahkamah Malaysia yang telah membuat keputusan seperti itu dan benar-benar mempertimbangkan fakta yang ada,” demikian kata Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri di parlimen Indonesia Theo L. Sambuaga.

Berikutan itu, beliau mahu setiap pekerja Indonesia dipastikan tahu selok belok pekerjaan dan didedahkan juga kepada adat, budaya dan pengetahuan asas undang-undang setempat.

Beliau adalah salah seorang daripada beberapa anggota Parlimen Indonesia yang menyambut baik keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara ke atas Yim Pek Ha, majikan kepada pembantu rumah dari Indonesia, Nirmala Bonat.

Pek Hwa, suri rumah, didapati bersalah atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala dengan menggunakan seterika dan air panas empat tahun lepas.

Beliau memberikan penghargaan kepada mahkamah di Malaysia yang menurutnya telah mempastikan perjalanan undang-undang dengan baik dan adil.

Bernama melaporkan, akhbar-akhbar di Indonesia turut melaporkan berita keputusan mahkamah sesyen Kuala Lumpur itu yang dianggap telah memberikan keadilan kepada Nirmala, yang berasal dari Kupang, Nusa Tenggara Timur.

Speaker Parlimen Indonesia Agung Laksono turut mengingatkan pekerja Indonesia yang sedang mencari rezeki di Malaysia supaya berhati-hati dalam bekerja dan sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia.

Beliau mengelak daripada mencampuri urusan mahkamah tetapi menghargai sistem undang-undang di Malaysia yang menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan kesalahan penderaan itu
Katanya, selain menunjukkan berjalannya proses penegakan hukum di Malaysia, keputusan ke atas majikan Nirmala Bonat cukup bererti bagi Indonesia kerana ada banyak lagi pekerja Indonesia di negara ini.

Selain itu Speaker Parlimen Indonesia itu percaya penguatkuasa undang-undang di Malaysia baik polis mahupun pihak lain sentiasa bertindak tegas dan tidak mendiskriminasi.

Dia berharap keputusan ini menjadi peringatan kepada majikan-majikan lain di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Badan Kerjasama Antara Parlimen di parlimen Indonesia Abdillah Thoha pula berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah menyelesaikan proses undang-undang dan kehakiman ke atas rakyat Indonesia yang mencari keadilan seperti dalam kes Nirmala.

“Saya melihat keputusan itu memberi gambaran positif bahawa proses undang-undang telah berjalan dengan baik. Mereka yang bersalah dan melanggar undang-undang tetap dihukum,” katanya, yang berpendapat hukuman penjara 18 tahun bukanlah ringan.

Apapun, semalam Suri rumah Yim Pek Ha, yang dikenakan hukuman penjara 18 tahun kelmarin selepas didapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, semalam keluar dari Penjara Kajang apabila Mahkamah Sesyen membenarkan wanita itu diikat jamin.

Hakim Akhtar Tahir membenarkan Pek Ha diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Suami Pek Ha, Hii Ik Ting, membayar wang jaminan itu pada pukul 3.30 petang ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Kuala Lumpur. Pek Ha, yang digari dan diiringi empat warden, dibawa ke pejabat itu pada pukul 4 petang untuk menandatangani dokumen ikat jamin.

Pengomen, bungaraya berkata “Masyallah. Apa agaknya sifat dan sikap isteri majikan tersebut? Sehingga tergamak berbuat kejam sedemikian rupa. Saya pun boleh jadi fobia membaca dan mendengarnya dalam TV semalam. Masih dikalangan rakyat kita yang bertindak di luar batasan. Aku pun tidak terkata-kata.Sorry.”

YusRi pula berpendapat, “Patutnya hukuman tu berjalan berasingan. Masa buat tak ingat…Jika anda berada ditempat mangsa dera, bagaimana anda nak hadapi hidup dalam trauma?” FunTooSurf yang menyokong pandangan ini berkata: “Inilah majikan yang tak tahu beza binatang dan manusia.18 years is to short, why don’t double up the sentence?”

Seladang pula mengingatkan, “Jangan anggap manusia bawahan sebagai binatang bila kita menjadi kaya raya!” Senyumsempoi pula berkata: “Yim Pek Ha mula belajar jadi manusia. Satu kos pengajian yang panjang.”

Hakim Akhtar dalam membenarkan permohonan ikat jamin berkata, permohonan itu dibenarkan kerana beliau berpuas hati dengan kehadiran Pek Ha semasa perbicaraan dan tidak ada sebab untuk Pek Ha menghilangkan diri dan juga dia mempunyai empat orang anak kecil.

“Mengikut undang-undang, tertuduh mempunyai hak untuk merayu ke peringkat tinggi sehingga percubaan akhir. Dia perlu diberi kebebasan untuk merayu. Oleh kerana dia disabit kesalahan, saya menambah jumlah jaminan kepada RM200,000,” katanya.

Akhtar juga memerintahkan supaya bekas pramugari berusia 40 tahun itu menyerahkan semua dokumen perjalanan dan memaklumkan kepada mahkamah mengenai pergerakannya apabila meninggalkan Kuala Lumpur.

Pek Ha kelamrin didapati bersalah atas tiga tuduhan dengan sengaja mencederakan Nirmala Bonat menggunakan seterika dan air panas di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004. Dia dikenakan hukuman penjara masing-masing 18 tahun bagi setiap tuduhan tetapi Hakim Akhtar mengarahkan supaya hukumannya berjalan serentak berkuat kuasa semalam.

Peguam Pek Ha, Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kadir kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Suri rumah itu pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Mei, 2004 dan dibenarkan ikat jamin RM85,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Kadir Musa pada 19 Julai, 2004, sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Sesyen.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Cuma yang sedikit mengejutkan saya ialah pendapat seorang pengomen, add apabila beliau mengatakan:

“Inilah akan berlaku kepada orang melayu jika kaum cina memerintah negara malaysia. Dah dera cukup-cukup lepas tu tuduh yang pembantunya yang dera diri sendiri. Kepada melayu yang dok suka sangat nak jadi malaysia malaysian ha ni lah dia malaysian cina. Walaupun saya faham , nirmala tu orang indon, tapi spesis cina ni, kalau dia jadi “tuan” inilah realitinya dilakukan keatas “hamba”. contoh mudah “tuan” dan “hamba” dalam bisnes.”

Saya jadi kelu dan tidak menyangka kes Nirmala Bonat ini dilihat sebegitu jauh – sehingga menjadi isu perkauman – yang kini jelas kembali semula ke persada politik Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: