RIFIDAH, SHAHRIZAT HENTILAH MEMBEBEL

Baik henti membebel. Semakin melalut. Kedua-dua dah dapat bertanding dah!

Seorang pertahankan jawatan dan seorang lagi menginginkan jawatan. Kedua-duanya ‘demi UMNO’.

Lebih banyak bercakap akan membuka pekung di dada (?), baik duduk diam-diam. Mulut orang perempuan bahaya.

Perkemaskan saf dan tunggu hari ‘pesta tarik rambut’ Mac depan. Siapa menang kena buat kerja kuat. Yang tidak menang pun kena buat kerja kuat sebab awak pun bertanding, Cuma tidak bernasib baik.

Rafidah dan Shahrizat sudah menyatakan kenapa mereka bertanding dan kedua-duanya juga sudah menyatakan isi hati masing-masing. Dalam media pulak tu. Sampai muka depan akhbar berhari-hari.

Benar kata Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique agar semua pihak diminta tidak ‘menelanjangkan’ Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Rafidah dan Shahrizat bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Dibimbangi persaingan sengit itu nanti dikhuatiri mewujudkan golongan yang berkempen secara agresif termasuk mengutuk, mengaibkan dan menggunakan media massa bagi memastikan pemimpin yang disokong menang.

“Hentikanlah perangai buruk seperti itu sebaliknya pertandingan mestilah berasaskan keyakinan dan keikhlasan untuk memperjuangkan nasib Melayu,” katanya yang juga Exco Wanita UMNO .

Utusan Malaysia memetik beliau mengulas keputusan Rafidah yang merupakan Ketua Wanita UMNO dan juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mempertahankan jawatan itu selepas Naibnya, Shahrizat mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap itu.

Halimah mendedahkan, golongan tersebut akan bertindak seolah-olah kumpulan pendesak yang memberi tekanan kepada Rafidah dan Shahrizat bagi menghangatkan lagi pertandingan hingga memalukan sayap wanita itu.

Perdebatan mengenai pertandingan itu perlu dihentikan kerana semua anggota dan perwakilan sayap sudah matang untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak bagi menerajui Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang UMNO.

Hakikatnya, kemelut Wanita UMNO jika dibiarkan akan bertambah parah.

Presiden UMNO kena bertindak. Buat ruling supaya kedua-duanya jangan bercakap banyak. Cakap hal nak bina UMNO lebih baik.

Nasib baik isu politik wang tidak melanda Wanita UMNO. Jawatan tinggi lain dalam UMNO dan Pemuda sudah dikaitkan dengan politik wang.

Kalau ada politik wang dalam Wanita UMNO lagi parah.

Habis segala batik, songket, beg tangan, jam tangan, alat solek, segala-galanyalah kata. Hanya mungkin tidak ialah tuala wanita.

Tak taulah UMNO zaman Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) ni macam-macam.
Terbuka sungguh, sampai terselak kain atas peha. Kalau macam itu baik pula orang yang pakai skrit seperti dalam Wanita MCA atau Gerakan atau MIC yang lagi hebat nampak perut tidak bergolak seperti Wanita UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: