FATWA PUN MAHU DILANGGAR

Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) kelmarin mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Jabatan Agama Islam negeri akan mewartakan fatwa itu selepas dimaklumkan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu untuk digunakan pakai pada peringkat negeri.
Berikutan itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mendesak kerajaan menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan bagi bertindak ke atas pihak yang mempertikaikan institusi fatwa.

Utusan Malaysia hari ini memetik Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar sebagai berkata, tindakan itu penting bagi memelihara kesucian Islam berikutan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media secara terbuka mengeluarkan kenyataan dan laporan yang mencabar institusi berkenaan.

‘‘Undang-undang telah ada dan bagi PGSM, kerajaan perlu bertindak segera bagi menangani keresahan umat Islam setelah melihat institusi fatwa dicabar lebih-lebih lagi oleh umat Islam sendiri,

‘‘Mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sama seperti menghina agama Islam kerana institusi fatwa mempunyai peranannya yang tersendiri dan diiktiraf syarak serta Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Setiap fatwa adalah untuk menyelamatkan orang Islam daripada tergelincir akidah atau amalan jadi jangan pula ada yang mencabar dan mengingkari termasuk bersubahat seperti menganjurkan kelas yoga,’’ jelasnya.

Fatwa mendapat reaksi daripada Presiden Malaysia Hindu Sanbgam, Datuk A. Vaithilingam bahawa MFK kena hormati sensitiviti dan perasaan penganut agama lain di Malaysia, pada ketika memberikan panduan kepada orang Islam.

“Ramai penganut Hindu terkejut dan kecewa dengan pengumuman majlis itu,” katanya menurut laporan The Star.

Kata Vaithilingam, mereka kesal kerana MFK tidak merujuk kepada pertubuhan Malaysia Hindu Sanbgam untuk mendapatkan penjelasan aspek keagamaan dan bukan keagamaan.

Persoalannya, apakah MFK turut sama mengharamkan mereka yang beragama Hindu atau agama lain mengamalkannya?

Malah MFK semalam menjelaskan, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

Asasnya semua pihak kena faham, Agama kamu, agama kamu. Kenapa pertubuhan Hindu mahu mempertikaikannya?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap fatwa dikeluarkan MFK adalah panduan kepada umat Islam saja. Dalam hal ini, umat Islam dilarang melakukannya kerana dikhuatiri terpesong akidah kerana mempunyai unsur mentera dan meditasi serta penyatuan diri dengan tuhan.

“Hukum itu tidak membabitkan untuk penganut agama lain dan semua pusat yoga boleh meneruskan operasi senaman itu untuk penganut bukan Islam,” katanya.

Begitu juga Sisters in Islam (SIS) tidak habis-habis mengkritik fatwa. Sebelum ini mereka mengkritik fatwa mengenai pengharaman ‘budak perempuan yang menyamai laki-laki’.

Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.

Fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan senaman yoga adalah sebagai panduan kepada umat Islam supaya tidak melakukannya secara sistematik kerana ia mengandungi unsur mentera dan meditasi yang dibimbangi memesongkan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata berasaskan keputusan itu, umat Islam yang mengamalkan senaman itu perlu menghentikannya segera dan tidak mengunjungi pusat yoga terbabit.

Zahid mengajak umat Islam menjauhi amalan itu kerana tujuan dan matlamat seperti mendapat ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah umat Islam.

SIS menolak keputusan majlis dengan berkata MFK mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

”Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia .

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

”SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, ” katanya.

Pengerusi MFK, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, semalam berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.

“Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

“Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan,” katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: