RAFIDAH – MENANG PILIHAN RAYA LEBIH PENTING…

Ada orang mengatakan peralihan kuasa perlu dilakukan pada Jun tahun depan kerana Tan Sri Rafidah , 65 ‘gila jawatan Kabinet’.

Semalam beliau menafikan sekeras-kerasnya pandangan itu kerana baginya peralihan di buat demi kepentingan kuasa UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Tidak tahulah sama ada beliau merujuk kepada seseorang atau beberapa orang. Utusan Malaysia melaporkan 11 November lalu, bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani ada berkata, beliau tidak nampak alasan kukuh untuk tidak mempercepatkan pelan peralihan kuasa Wanita dari Jun ke Mac melainkan kemungkinan Rafidah masih menaruh harapan kembali ke Kabinet.

”Yalah, era Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), Rafidah tidak terpilih, mana tahu apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih selepas Mac ini, Rafidah kembali ke Kabinet, kata Aishah.

Namun saya yakin soal peralihan kuasa ini sudah ‘berbiuh’ diperjelaskan Rafidah kepaada Exco Wanita tetapi selepas masuk beberapa ketika ke lubang telinga kanan, ia kemudian berasap-asap mahu keluar pula ke telinga kiri.

Tidak munasabah pemimpin Wnita UMNO tidak faham apa yang cuba diperjelaskan oleh Rafidah.

Namun oleh kerana ada perkara lain atau kerana ada gerakan untuk mencabar beliau sebagai ketua pergerakan itu menyebabkan pelan itu terpaksa dimusnahkan sendiri oleh Wanita UMNO selepas ia dipersetujui.

Tidak salah sedikit pun jika Ketua Wanita UMNO itu mengatakan gerakan berkenaan itu wujud biarpun pelan peralihan kuasa – untuk menyerahkan jawatan ketua Wanita kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – pada Jun 2009 dipersetujui dengan sebulat suara sebelum ini.

Siapa yang dok ‘pam’ Shahrizat hingga menyebabkan beliau tiba-tiba ‘naik syok’ nak bertanding melawan Rafidah?

Semua sudah tahu bahawa mengikut pelan peralihan kuasa,- selepas kekal sebagai ketua Wanita,- Rafidah akan menyerahkan jawatan itu dalam keadaan yang sebaik-baiknya.
Malah sebelum ini, kalau ada yang tidak suka pun kepada pelan peralihan itu, suara yang dikeluarkan pun bagai ‘suara mengerang dalam selimut’ kerana Rafidah akan berunding dengan Shahrizat dalam melantik ketua Wanita UMNO negeri.

Tidakkah ini bermakna ketua Wanita UMNO negeri semuan ya ‘orang Shahrizat?”.

Benarlah juga jika mempersoalkan tindakan Shahrizat yang hanya mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan ketua Wanita selepas mesyuarat Wanita Umno bahagian berakhir.

Menurut laporan Malaysiakini, Rafidah ada mengatakan: “Saya memang hendak serahkan elok-elok kepadanya, jadi buat apa dia bangkit lagi kononnya saya sudah tidak ada penyokong.

“Jangan guna kempen kononnya untuk pembaharuan. Tidak ada orang lama Umno akan hancur. Kita terima yang baru untuk digandingkan dengan pemimpin Wanita yang lama,” katanya.

Rafidah turut mendedahkan banyak bahagian Wanita yang mahu mencalonkan calon lain selain Shahrizat bagi bertanding jawatan naib ketua Wanita Umno namun beliau tidak mahu mereka mencalonkan orang lain kerana mahu berpegang kepada pelan peralihan kuasa yang telah ditetap dan dipersetujui pada Jun 2009.

Banyak bahagian difahamkan mahu mencalonkan Datuk Halimah Sadique, Datuk Maznah Mazlan serta Datuk Seri Azalina Othman Said untuk calon jawatan naib ketua tetapi kerana wujudnya pelan peralihan itu, Azalina tidak cukup kuota pencalonan sementara yang dua lagi itu ‘berdiam diri’.

Sebagai orang lama dalam politik, Rafidah boleh menerima dan tidak mungkin bermusuh dengan naib ketuanya itu dan begitulah dengan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman apabila beliau berkata: “Saya masih boleh bersama, bertegur dan bercakap dengan Dr Siti Zaharah.

Katanya dengan pencalonan iaitu 117 pencalonan, beliau tidak cabar Shahrizat sekadar mempertahankan jawatan.

Kerana itu dalam soal ini, Rafidah tetap mempertahankan untuk mengekalkan peralihan kuasa sehingga Jun 2009 bertujuan memperkuatkan Wanita Umno, kerana pada pendapatnya, setelah rakyat menolak UMNO di beberapa negeri, kekuatan Wanita Umno dilihat berkurangan.

Rafidah mengakui: “Kelemahan wanita Umno telah menyebabkan kekalahan parti dalam pilihanraya umum lalu. Kalau orang kata, saya mengekalkan jawatan ketua semata-mata untuk mendapatkan jawatan kabinet, itu adalah kerja gila,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Cuma yang sampai waktu ini Rafidah tidak faham ialah mengapa Shahrizat mahu bertanding jawatan ketua Wanita sedangkan beliau (Shahrizat) sendiri telah setuju dari awal lagi mengenai penyerahan kuasa itu.

Kata Rafidah: “Dalam mesyuarat Exco Wanita, Shahrizat tidak pernah bercakap yang beliau tidak setuju dengan pelan peraihan kuasa (Jun) itu, walaupun saya beri peluang kepada dia untuk bercakap mengenai ini, tapi beliau tidak cakap, tapi sebaliknya tetap setuju dengan peralihan kuasa. Saya hairan mengapa selepas pencalonan tamat, isu pemangku jawatan ketua Wanita dibangkitkan. Kalau tidak setuju dengan jawatan pemangku, mengapa tidak diberitahu atau dibangkitkan lebih awal?”

Sebagai orang lama Rafidah mengatakan jawatan pemangku ketua dalam Umno bukan perkara baru.

Menurutnya:

• Tun Hussein Onn menjadi pemangku presiden selama satu tahun 9 bulan;

• Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadi pemangku ketua Pemuda selama dua tahun; dan

• Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga pernah memangku presiden Umno beberapa ketika;

Berikutan itu, jawatan pemangku tidak ada kurangnya tetapi yang penting ialah kerja yang perlu dilakukan untuk parti. Tegasnya, yang ada hanyalah kerja dan tanggungjawab dan bukan masalah besar walaupun menjadi pemangku kerana ada exco dan ada Ketua Wanita Negeri selain Ketua Wanita Bahagian.

Tegas Rafidah: “Yang paling penting menghadapi pilihanraya umum ke-13… Jangan lagi kita mengalami kekalahan yang baru.”

Beliau bertanya, “kerja adalah sama, kalau pemangku ketua Wanita tidak ada kuasa, apa kuasa yang ada pada ketua wanita?”

Sokongan kepada Rafidah tidaklah buruk sangat kerana semalam ketua Wanita dari lima negeri – Pulau Pinang, Johor, Pahang, Kelantan dan Selangor datang menyatakan sokongan kepadanya.
“Mereka ini bukan saya panggil, mereka datang sendiri,” katanya.

(RALAT – dalam posting bertajuk Wanita Juga Sudah Pandai Main Belakang semalam – saya melakukan kesilapan menaip meletakkan umur Tan Sri Rafidah Aziz 56 tahun – sebenarnya 65 – Maaf di atas kesilapan).

Advertisements

One Response to “RAFIDAH – MENANG PILIHAN RAYA LEBIH PENTING…”

  1. Itek gembo-bembo mula buka kepak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: