SIAPA MAKAN CILI, DIALAH ‘BERASAP’

Siapa mereka? Sudah tentu bukan Muhyiddin!

Dengan mengutuk dan membantah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan melayakkannya bertanding, tidak akan membersihkan UMNO.

Cara membersihkan UMNO ialah menolak pemimpin berkenaan jika tahu mereka bermain ‘politik wang’.

Memcerca, membelasah, mengutuk dan menganggap pemimpin seperti Dr Mahathir celupar tidak akan membersihkan UMNO.

Kenyataan Dr Mahathir yang hanya percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan melayakkannya bertanding.

Beliau percaya ada calon yang berhasrat merebut jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan melayakkannya bertanding pada pemilihan parti, Mac depan.

Kemungkinan itu besar kerana ada calon yang ketinggalan pada peringkat awal persidangan perwakilan Umno bahagian tiba-tiba mendapat banyak pencalonan sehingga layak bertanding.
Yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (92 pencalonan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam 47 pencalonan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, 45 pencalonan.

Dalam konteks ini yang sah, Dr Mahathir tidak merujuk kepada Muhyiddin tetapi mungkin dua calon lain.

Muhyiddin ketika diminta mengulas isu sama pula berkata: “Saya tak nak cakap benda itu (politik wang)… saya rasa malu, saya dah selalu kata (mengenainya), saya malu untuk bercakap sebab mendedahkan kelemahan parti sendiri.

“Saya adalah calon dalam pemilihan, kalau saya cakap banyak, nanti undi saya kurang tapi sebagai ahli Umno dan sebagai Naib Presiden hal ini sudah selalu kita bincangkan,” katanya.

Hakikatnya, inilah masanya UMNO perlu melakukan sesuatu, bukan dengan membuat kenyataan-kenyataan membidas Dr Mahathir kononnya ‘aku tidak melakukan politik wang’.
Apakah Dr M begitu bodoh dan tidak tahu mendapatkan sumber dan menapis sumber berkenaan?

Bekas Perdana Menteri itu sendiri mengatakan beliau membuat kenyataan selepas menerima maklumat daripada beberapa individu.

Sudah pasti bekas Perdana Menteri itu enggan mendedahkan nama individu terbabit bagi melindungi sumbernya.

“Saya hanya mendengar cerita mengenainya daripada beberapa individu… saya pun sama macam kamu (pemberita) juga yang dapat maklumat dari sumber tersendiri. Tapi saya tak bolehlah dedahkan sumber itu,” katanya kepada wartawan semalam.

Jadi UMNO kenalah membuktikan bahawa ia parti ‘bersih rasuah’ dan pemimpinnya jangan cepat melatah.

Cara pemimpin UMNO mengutuk Dr Mahathir seakan-akan ‘orang yang memakan cili terasa pula pedasnya”.

Semalam calon Timbalan Presiden Umno, Muhammad berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pemimpin yang bertanding jawatan kedua tertinggi parti itu terbabit dengan politik wang, bersifat cuba memburuk-burukkan orang lain.

Muhammad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebagai bekas pemimpin parti dan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak sepatutnya bertindak membuat tuduhan sedemikian kerana ia hanya akan memburuk-burukkan orang lain.

Katanya, usaha membanteras rasuah dan politik wang politik dalam Umno perlu dilaksanakan secara bersama-sama dengan semua pihak menjauhinya terutama dalam tempoh empat hingga lima bulan ini sebelum pemilihan parti pada Mac depan.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mohd Ali kelmarin memberikan jawapan yang lebih bijak apabila mengatakan beliau mengambil perhatian terhadap dakwaan Dr Mahathir itu.
Bagaimanapun, tidak menolak pendapat yang dilontarkan bekas Perdana Menteri itu sekadar pandangan peribadi beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Nazri Aziz semalam menanggap tuduhan main duit adalah serius, jadi menuduh seseorang calon yang nak bertanding ini adalah tuduhan amat serius.
“Saya harap Dr Mahathir tak usahlah celupar cakap begitu saja kerana ia memberi kesan kepada calon dan juga parti,” katanya.

Menurutnya, Dr Mahathir perlu mengemukakan bukti adanya calon Timbalan Presiden yang menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan pada persidangan perwakilan seperti yang didakwanya.

Jika demikian, Jawatankuasa Disiplin serta sesiapa juga pihak yang menyiasat politik wang, termasuk Badan Pencegah Rasuah perlu menyiasat dengan sebaik-baiknya, termasuk mendapatkan bukti daripada Dr Mahathir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: