PAS MOHON PROJEK DARIPADA PUSAT

Inilah perangai Kerajaan Pas Kelantan!
Pada pilihan raya umum lalu apabila Barisan Nasional (BN) mengemukakan manifesto untuk membina lapangan terbang lebih besar dan panjang untuk Kelantan, Pas memujuk rakyat menolaknya.

Ketika itu bukan main lagi nada angkuh Pas yang menolak apa sahaja tawaran kerajaan Pusat melalui manifesto ‘Kelantan Maju, Kelantan Baru’ termasuk lapangan terbang baru untuk Kelantan.

Semalam, melalui Utusan Malaysia, Kerajaan Pusat diminta supaya tidak terus menangguhkan cadangan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa daripada 1.98 kilometer kepada 2.4 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Anizam Abdul Rahman berkata semalam, pemanjangan landasan yang mengikut spesifikasi antarabangsa itu amat penting bagi membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A330 dan Boeing 777.

Katanya, ia sekali gus boleh menampung permintaan perkhidmatan penerbangan yang semakin tinggi di kalangan pengguna di negeri ini, di samping membantu merancakkan ekonomi negeri termasuk sektor pelancongan.

Ketika kempen pilihan raya umum lalu, Pas meminta rakyat Kelantan, khususnya di Pengkalan Chepa sendiri jangan memilih BN kerana katanya, Pas mampu melakukan yang terbaik untuk Kelantan.

Malah, Pengkalan Chepa yang menjadi kubu Pas seolah-olah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan Pusat.

Hakikatnya, lapangan terbang, kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan, sekolah-sekolah utama dan banyak lagi projek lain adalah ikhsan Kerajaan Pusat.

Semalam Anizam berkata, kerajaan negeri sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan projek ini dijalankan memandangkan LTSIP masih mempunyai tanah yang luas dan urusan pengambilan tanah juga telah selesai sejak tahun 1980-an lagi.

Pada 27 Ogos 2006, Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan berkaitan projek berkenaan.
Mustapa dilaporkan berkata, sebanyak RM70 juta diperuntukkan untuk projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

LTSIP telah mempunyai bangunan terminal baru LTSIP seluas 12,000 meter persegi dengan kos kira-kira RM55 juta dan telah dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra pada 12 April 2004.

Bangunan terminal baru yang antara termoden di Malaysia mampu mengendalikan 580 penumpang dalam tempoh sejam berbanding 130 orang di bangunan terminal lama yang hanya seluas 1,785 meter persegi.

Menurut Anizam, LTSIP memang layak dinaik taraf memandangkan potensinya yang tinggi untuk menjadi hab pelancongan dan penerbangan antarabangsa secara terus tanpa perlu terlebih dahulu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“LTSIP pada masa ini dalam sebulan mengendalikan sehingga 30,000 penumpang domestik dengan 25 kali perjalanan sehari. Berdasarkan kepada fakta ini, LTSIP memang perlu untuk dinaik taraf lebih awal.

“Lapangan terbang di Kuala Terengganu yang hanya mengendalikan enam perjalanan sehari sudah mempunyai landasan panjang yang juga diberikan kebenaran untuk penerbangan bagi jemaah haji,” katanya.
Pada masa ini, ujarnya, LTSIP mempunyai Sistem Instrumen Pendaratan (ILS) yang membolehkan pesawat mendarat walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

“LTSIP juga mempunyai akademi penerbangan swasta pertama di pantai timur dan ketiga di negara iaitu Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasifik (APFT),” katanya.

Satu lagi yang peliknya, Anizam menggunakan Utusan Malaysia yang dikempen oleh Pas dan Pakatan Rakyat supaya memboikotnya.

Ternyata apabila terdesak, Utusan Malaysia pun Utusan Malaysialah. Harapkan akhbar Harakah, ia hanya bercakap politik Pas tanpa memberikan sumbangan apa-apa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: