RASIONALLAH TERHADAP HUJAH ZULKIFLI NORDIN

Bercakap mengenai Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (Kulim/Bandar Baharu) saya teringat akan kata-katanya, ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Kelmarin di Dewan Rakyat beliau menegaskan: ‘‘Agama Islam merupakan tonggak ke stabilan politik, oleh itu perlu dimartabatkan dan saya mencadangkan agar Perkara 3 dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia banyak digunakan untuk menyerang agama Islam.”

Hakikatnya, saya jarang mendengar hujah sebegini daripada wakil rakyat UMNO, termasuk oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Kerana itu inilah masanya kita menyokong usaha Zulkifli yang mencadangkan beberapa perkara berikut:

1. Mencadangkan Perkara 11(1) dipinda dengan memperjelaskan perkara berhubung dengan kebebasan beragama dan bagi orang Islam tertakluk pada undang-undang Islam itu sendiri serta ditentukan oleh Mahkamah Syariah; dan,

2. Mencadangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam sebagai agama rasmi dipinda supaya ia dapat ditegaskan dalam bentuk syariah dan un dang-undang.

3. Majlis Peguam Muslim perlu ditubuhkan bagi menaungi peguam-pe guam Islam agar mereka tidak perlu merujuk kepada Majlis Peguam bagi mendapat kelayakan untuk menjadi peguam.
Zulkifli berhujah, pindaan ini (Perkara 11(1) perlu dilakukan kerana beliau tidak mahu perkara seperti Azalina Jailani berlaku apabila sebuah gereja memberi baptis kepadanya.
Berikutan itu beliau mengesyorkan Bahagian Jenayah Syariah kerajaan Persekutuan ditubuhkan untuk menguatkuasakan pindaan itu.”
Zulkifli akhir-akhirnya ini konsisten dengan apa yang dilafazkannya.

Sebelum ini, ketika mempertahankan tindakannya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council, Zulkifli berkata:

“… saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.

Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR. Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Apabila beliau menimbulkan perkara ini selain beberapa perkara berkaitan Melayu dan Islam, untuk siapa beliau memperjuangkannya? Siapa yang ‘terkena belasah’ oleh beliau?
Zulkifli mengkritik PKR kerana menyoal ketuanan Islam. Selain itu beliau juga menghentam pembangkang terutama PKR yang dilihat tidak mempertahankan agama Islam.

Batang hidung siapa yang terkena ‘penumbuk’ Zulkifli ini? Bukankah Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Dalam konteks ini wajarkah kita marah atau bengang dengan tindakannya?

Beliau juga menghentam parti-parti komponen BN yang menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut anjakan dengan agama-agama lain.

Hakikatnya, apabila Zulkifli membidas Majlis Peguam yang mewakili kes permohonan murtad Azalina Jailani tanpa memikirkan bahawa ki ra-kira 40 peratus anggota majlis itu terdiri daripada peguam beragama Islam, kenapa tiada sokongan jelas khususnya daripada Pas yang mendakwa mereka parti memperjuangkan Islam?

Amat malang sekali jika pemimpin dan penyokong UMNO dan Pas berdiam diri mengenai perkara ini sedangkan Zulkifli seperti bersaorangan mempertahankan Islam dengan memperkatakannya di medan paling sesuai iaitu Dewan Rakyat.

Zulkifli juga dengan nada berani menegaskan, ada juga pihak yang mencabar penggunaan nama Allah dengan menegaskan mereka juga berhak serta mem bawa kes itu ke mahkamah dan perkara tersebut telah mencabar kestabilan politik serta keharmonian rakyat.
Selain itu, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Apakah wajar kita menilai kata-katanya dan membiarkannya kesaorangan hanya kerana beliau dikaitkan akan masuk UMNO?

Sebenarnya, Zulkifli dalam kritikannya turut mengkritik UMNO dan Barisan Nasional dan bukan PKR semata-mata.

Jelas Zulkifli apabila menyatakan pendapatnya mengenai ancaman terhadap Islam di Malaysia, beliau bukan menghentam tidak tentu pasal.

Mesej Zulkifli ialah Islam untuk semua, bukan untuk UMNO atau Pas sahaja dan oleh kerana ia melampaui parti-parti politik dan kaum, sewajarnya semua pihak melihat apa yang ditimbulkan oleh beliau secara rasional.

Hujah Zulkifli bukan untuk mengkritik seseorang tetapi sesiapa juga yang memperlekehkan Islam kerana baginya, ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: